Saling Ingat-Mengingati Di Antara Kita

21.2 Saling Ingat-Mengingati Di Antara Kita

Alangkah perlunya kita saling ingat-mengingati tatkala kita berjalan di atas jalan dakwah kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang yang beriman. Marilah kita saling ingat-mengingati bahawa kewajipan yang menghimpunkan kita di atas jalan dakwah, tidak ada pilihan lain lagi bagi kita melainkan itu sahaja. Sesungguhnya Islam mewajibkan ke atas kita untuk melaksanakan segala ajarannya. Sesungguhnya setiap Muslim berdosa selagi mereka tidak bekerja dan berdakwah untuk mendirikan daulah Islam, negara Islam dan pemerintahan Islam.

Marilah kita ingat-mengingati bahawa dakwah kita ini adalah salafiah dan manhaj kita adalah manhaj salafussoleh ridwanullahuanhum, menurut cara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. dan pengikut mereka sebagaimana yang telah dijelaskan kepada kita oleh Imam as-Syahid Hassan al-Banna r.a. Beliau telah menunjukkan kita kepada jalan dakwah dan menerangkan kepada kita bahawa jalan dakwah adalah satu-satunya jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat-sahabat dahulu dan dilalui oleh para pendokong dakwah kemudiannya. Di atasnyalah kita berjalan dengan taufik dari Allah selepas mereka berpandukan iman dan amal, persaudaraan dan kasih sayang. Berpadulah kekuatan akidah dengan kekuatan perpaduan dan jadilah jamaah mereka sebagai jamaah contoh, jamaah ideal, pasti akan berkuasa dan menang dakwahnya sekalipun ditentang oleh seluruh penghuni bumi ini.

Ingatlah wahai saudaraku! Peranan yang kita mainkan sekarang ini sangat susah dan berat. Tetapi ianya sangat penting dan asasi iaitu memantapkan dan meneguhkan dasar mukmin yang kukuh yang di atasnya akan dibangunkan bangunan daulah Islam yang mencakar langit. InsyaAllah. Iaitu dengan mempersiapkan generasi mukmin yang kuat dari manusia akidah yang beriman dengannya dan mampu, sanggup dan rela melaksanakannya. Generasi yang mempertahankan dan memantapkan asas itu sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa ia merupakan marhalah dan tahap yang paling susah dan penting.

Ingatlah bahawa musuh-musuh kita, musuh-musuh Islam sentiasa mengintip kita dan mengatur berbagai-bagai tipu daya untuk memperdayakan kita. Ingatlah bahawa cita-cita yang diharapkan itu tidak akan sempurna kecuali melalui berbagai-bagai pertarungan yang hebat dan payah di antara pendokong hak dan pendokong kebatilan, di antara pendokong dakwah yang hak dan pendokong dakwah yang batil. Ketahuilah bahawa balasan yang baik itu hanyalah untuk orang- orang yang bertakwa.

"Demikianlah Allah membuat perumpamaan bagi yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya; adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ". Ar-Ra'ad: 17

"Mereka tidak henti-henti memerangi kamu sampai mereka dapat mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup". Al-Baqarah:217 Hendaklah kita ingat bahawa mehnah dan bencana itu adalah sunnah Allah dalam dakwah Islam untuk menapis dan membezakan di antara yang benar dan palsu, di antara munafik dan mukmin, di antara muslim dan kafir dan untuk menentukan jenis yang mampu memikul amanah kemenangan. Oleh kerana itu mehnah dan bencana itu adalah sebahagian perkara yang lazim dari jalan dakwah, ia juga mukaddimah (pendahuluan) dan mubasyirah, (berita gembira) untuk kemenangan. Dan benarlah Allah yang Maha Agung:

"Dan sesungguhnya telah didustakan pula rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Kami kepada mereka. Tak ada seorangpun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu". Al-An'aam: 34

Hendaklah kita ingat bahawa limpah kurnia Allah dicurahkan ke atas angkatan kita ini (as- sirah-al-Muhammadiah) itu kerana baginda telah melalui jalan dakwah dengan penuh keazaman, kemantapan, ketahanan tanpa pertukaran, tanpa perubahan atau penyelewengan. Tanpa kelemahan, kehinaan dan kelesuan walaupun ereka telah menghadapi berbagai-bagai ujian, bencana dan berbagai-bagai usaha dan tindakan ganas untuk membunuhnya atau untuk memesongkannya dari Hendaklah kita ingat bahawa limpah kurnia Allah dicurahkan ke atas angkatan kita ini (as- sirah-al-Muhammadiah) itu kerana baginda telah melalui jalan dakwah dengan penuh keazaman, kemantapan, ketahanan tanpa pertukaran, tanpa perubahan atau penyelewengan. Tanpa kelemahan, kehinaan dan kelesuan walaupun ereka telah menghadapi berbagai-bagai ujian, bencana dan berbagai-bagai usaha dan tindakan ganas untuk membunuhnya atau untuk memesongkannya dari

Hendaklah kita yakin dan percaya bahawa Allah pasti memberi pertolongan dan kemenangan kepada dakwah Islam ini. Pasti dia akan merealisasikan janjiNya kepada kita. Dia pasti akan mengurniakan al-khilafa al-Islam pemerintahan Islam kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagaimana firmanNya:

"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal- amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku ".(An-Nur: 55)

Hendaklah kita ingat ketika kita berada di atas jalan dakwah, bahawa kita menyeru manusia kepada perkara yang paling baik dari segala yang diserukan orang kerana kita menyeru manusia kepada Allah:

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri". Fussilat: 33 Sesungguhnya kita dengan Islam ini telah menjadi guru dunia yang mempunyai kemuliaan pimpinan:

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agarRasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu" Al-Baqarah: 143 "Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tiada mengetahui". Al-Munafikun: 8 Hendaklah kita ingat wahai saudaraku, di samping itu semua, bahawa sebenarnya Allah itu Maha Kaya dari kita dan jihad kita. Dan kitalah yang berhajat kepadaNya dan berhajat kepada limpah kurniaNya dan pahalaNya.

"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam ". Al-Ankabut: 6 Hendaklah kita ingat bahawa apabila kita berjuang di medan dakwah, maka kita tidak akan memperoleh yang lainnya iaitu apabila kita tidak memperjuangkan dakwah, maka dakwah itu tetap berjalan dan berlaku. Maknanya jika kita tidak memperjuangkan Islam, Islam itu akan tegak juga, Islam tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan lslam. Jika kita tidak berjuang, Insya Allah, akan ada orang lain yang lebih baik dari kita.