RUNDINGAN DAN TAWARAN

RUNDINGAN DAN TAWARAN

Menurut apa yang diceritakan oleh Ibnu Hisyam daripada Ibnu Ishaq bahawa pada satu masa ‘Utbah Bin Rabi’ah salah Seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangannya telah menawar kepada Quráisy semasa di kelab mereka dengan katanya: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk menawarkan beberapa tawaran semoga beliau menerimanya dan dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah tadi, “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”, jawab hadirin. Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pun tibalah di rumah Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan disambut baik oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, ‘Utbah pun membuka hasrat hati dan kaumnya: “Wahai anak saudaraku, sebagaimana kita ketahui bersama bahawa engkau adalah sedarah sedaging dengan kami, berasal dan keturunan dan baka yang mulia dan seperti yang diketahui ramai, bahawa engkau telah membawa suatu ajaran baru, memecahkan kaum puak kita di samping engkau selalu mengolok-olokkan dan memperbodohkan penyembahan berhala. Mahukah sekiranya aku tawarkan beberapa perkara, semoga engkau dapat menerima sebahagian darinya. Maka RasuluLlah SailaLlahu ‘alaihi Wasallam pun berkata kepadanya; Katakan, ya Abal-Walid, saya cuba mendengarnya.

Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila—bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan Maka berkatalah ‘Utbah: “Sekiranya tujuanmu membawa agama baru ini untuk mendapatkan harta kekayaan maka kami akan kumpulkan harta-harta kami untuk kamu sehingga kamu menjadi seorang yang lebih kaya-raya dan kami, sekiranya engkau bermaksud untuk mendapatkan kemuliaan maka kami sekalian bersedia bila—bila masa melantik engkau sebagai ketua kami, sekiranya engkau ingin menjadi raja, yang demikian pun kami bersedia juga untuk mempertabalkan engkau sebagai raja kami dan

Setelah itu RasuluLlah menjawab dengan katanya: “Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak dicurahkan itu?” Jawab ‘Utbah: “Ya.” Maka sambung RasuluLlah, “sekiranya deniikian maka dengarkanlah dariku pula (RasuluLlah membaca beberapa ayat-ayat A1-Qur’an dan Surah Fusilat) :-

Yang bermaksud: “Ha Mim. Diturunkan dart Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang menjelaskan

ayat-ayat dalam bahasa ‘Arab, untuk kaum yang mcngetahui. Yang membawa berita gembira dan membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling (daripadanya) mereka tidak mahu mendengar. Mereka berkata, “Hati kami berada di dalam tutupan (yang menutup) apa yang kamu seru kamu kepadanya dan telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada dinding, maka bekerjalah kamu sesungguhnya kami bekerja pula. “Katakanlah: Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetaplah padajalan yang lurus menuju kepadaNya dan mohonlah apa pun kepadaNya. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutu kanNya”.

(Surah Fusilat 41:1 — 6) “Utbah pun mengikuti (mendengar) bacaan RasuluLlah itu hingga sampai pada ayat:

Yang bermaksud: “Jika mereka berpaling maka katakanlah, Aku telah memperingatkan kamu dengan petir seperti

yangmenimpa kaum ‘Ad dan Thamud.” (Surah Fusilat 41:13) ‘Utbah pun menutup mulut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan tangannya

memohon supaya berhenti bercakap kerana terpaku dengan ayat yang penuh ugutan itu. ‘Utbah pun kembali kepada sahabat-sahabat lalu ia ditanya: “Apakah pengkhabarannya,” jawab ‘Utbah.

“Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy “Demi Sesungguhnya belum pernah aku dengar lagi barang sesuatu sepertimana aku dengar hari ini, ianya bukan sya’ir, bukan jampi, seloka, sihir dan bukan gurindam biarawan. Wahai kaum Qu raisy

Jawab mereka: “Demi sesungguhnya engkau pun juga telah diperdaya oleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya.” Jawab ‘Utbah pula: “Apa yang kukatakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekelian.”

Al-Tabari dan lbnu Kathir serta periwayat yang lain menceritakan: Beberapa orang musyrikin termasuk di antaranya Al-Walid Bin Al-Mughirah dan Al-’As bin Wail telah datang menemui Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di rumahnya di mana mereka sekelian telah menawar kepada baginda hendak menyerahkan wang kekayaan mereka kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sehingga menjadi manusia yang paling kaya di antara yang lain dan menawarkan juga untuk mengahwinkannya gadis jelitawan ‘Arab. Kedua tawaran itu meminta ditukarkan dengan satu syarat sahaja iaitu memberhentikan sikap penentangannya terhadap orang ‘Arab dan penyembahan berhala serta memberhentikan kecamannya terhadap adat tradisi yang mereka warisi dan datuk nenek terdahulu. Bila saja segala tawaran itu ditolak mentah—mentah oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sebagai usaha diplomatik mereka yang terakhir ialah menawarkan supaya Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bertolak ansur sehari menyembah berhala dan di hari yang lain pula mereka beramai- ramai menyembah Tuhan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tetapi tawaran ini juga telah ditolak oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sebagai keterangan lanjut di dalam soal ini maka Tuhan menceritakan kepada kita yang bermaksud:

“Katakanlah “Hai orang-orang kafir, Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu (pula) tidak pernah menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku.”

(Surah al-Kafirun 109:1 — 6) Pembesar—pembesar Qurai tidak berputus asa dengan usaha mereka. Sekali lagi mereka datang

beramai-ramai menemui Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengemukakan kepada baginda apa yang pernah ditawarkan oleh ‘Utbah bin Rabi’ah dahulu, menawarkan kepadanya untuk memegang jawatan sebagai penganjur bangsa ‘Arab, kekayaan dan mengemukakan persediaan dan kesanggupan mereka untuk mencari tabib atau dukun sekiranya Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dirasuk oleh jin dan syaitan dengan syarat yang dahulu juga.

Semuanya itu dijawab oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan katanya: “Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi, segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan dan pangkat dan kekuasaan, tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekelian di samping itu diturunkan Kitab Suc kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan mengembirakan, kewajipanku Semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku, sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat dan kalaulah kamu tolak, tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekelian.”

Setelah perbincangan berlarutan dan tawar-menawar pun berlanjutan tetapi Nabi Muhammad SaflaLlahu ‘alaihi Wasallam tetap dengan pendiriannya dan sebagai kata yang terakhir dan pihak Quraisy:

“Apa yang telah sampai kepengetahuan kami tentang seorang yang tinggal di Al-Yamamah bernama “Al- Rahman” dialah yang telah mengajar engkau segala-galanya ini, sesungguhnya kami tidak percaya langsung dengannya, segala-galanya telah kami usahakan setakat daya dan upaya kami dan sebagai kata yang terakhir dan kami untuk kau iaitu kami tidak akan biarkan engkau begitu sahaja, dan pilihlah antara dua; kalau tidak engkau yang membinasakan kami maka kamilah yang akan memusnahkan engkau; itu sahaja. “Dengan kata-kata itu mereka pun berangkat pulang tanpa sesuatu pun yang tercapai.[ Tahzib Sirah Ibnu Hisyam dan Kitab Sirah yang lain.]