PEMULAUAN EKONOMI

PEMULAUAN EKONOMI

Melalui beberapa isnad hadith yang berlainan dan Musa bin ‘Uqbah daripada Ibnu Ishaq dan selain daripada mereka berdua menyebutkan bahawa pihak kafir Quraisy telah sebulat pendapat untuk membunuh RasuluLlah SallaLlahu ‘Alaihi Wasallam. Keputusan ini telahpun disampaikan kepada Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib tetapi mereka enggan menyerahkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam untuk tindakan nekad itu.

Setelah golongan Quraisy tidak berjaya membunuh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai langkah yang telah dirancangkan sebelumnya mereka bermuafakat pula untuk memulaukan baginda dan sesiapa saja orang Islam yang bersamanya, demikian juga memulau Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan itu mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual-beli dengan mereka yang diputuskan hubungan itu, menyekat sumber-sumber rezeki yang mengalir kepada kalangan mereka, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berkasihan belas kepada mereka kecuali setelah Bani ‘Abdul Mutalib menyerahkan RasuluLlah kepada mereka untuk dibunuh. Naskah perjanjian itu digantung di dalam ruang Ka’bah.

Seluruh kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian itu untuk selama tiga tahun yang bermula dan bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai RasuluLlah. Ada pendapat yang mengatakan pemulauan itu berjalan selama dua tahun sahaja.

Riwayat Musa Bin ‘Uqbah menunjukkan peristiwa itu berlaku sebelum perintah baginda kepada sahabat-sahab berhijrah ke Habsyah malah suruhan baginda untuk berhijrah ke Habsyah ialah semasa pemulauan ini berlaku manakala riwayat Ibn Ishaq pula menunjukkan perjanjian pemulauan ini berlaku selepas perintah berhijrah ke Habsyah dan selepas Islamnya ‘Umar bin Ibnu Khattab RadhiyaLlahu ‘anh.

Bani Hashim, Bani ‘Abdul Mutalib dan orang yang bersama mereka dan orang Islam termasuklah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah dikepung dan dipulau di lorong Syi’ab Bani Al-Mutalib kerana Makkah terdiri dan lorong-lorong, (Syi’ab) yang bercabang-cabang. Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib yang Islam dan yang kafir berkumpul di lorong-lorong itu. Orang-orang Islam berkumpul kerana beragama, manakala yang kafir pula kerana semangat hamiyyah kecuali Abu Lahab, (‘Abdul ‘Uzza bin ‘Abdul Mutalib) keluar menyertai Quraisy dengan mencabar RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat—sahabatnya.

RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama—sama orang Islam bertungkus-lumus dan berjuang bersungguh-sung guh dalam masa tiga tahun ini. Dugaan ke atas mereka terlalu berat. Dalam RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama—sama orang Islam bertungkus-lumus dan berjuang bersungguh-sung guh dalam masa tiga tahun ini. Dugaan ke atas mereka terlalu berat. Dalam

Sebaik sahaja masuk tiga tahun dan tarikh pengepungan, satu kaum dan Bani Qusai memarah sesama sendiri. Kelompok mereka bersepakat untuk melanggar perjanjian mereka. Di masa yang sama Allah Subhanahu Wata’ala telah mengutuskan anai-anai menggigit serta menggerit naskhah perjanjian yang digantung di d ruang Ka’bah menggerit keseluruhan perjanjian. Tidak ada suatu pun yang tertinggal kecuali ayat—ayat yang tersebut perkataan nama Allah ‘Azzawajalla sahaja.

Kejadian ini telah diceritakan oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepada bapa saudaranya Abu Talib. Setelah ditanya balik oleh Abu Talib, “Apakah Tuhan engkau telah memberitahu kepada engkau.” Jawab Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam “Ya”. Kemudian Abu Talib pun bersama beberapa orang kaumnya pergi menemui Quraisy dengan meminta dan mereka membawa datang naskhah perjanjian mereka dulu dengan mengisyaratkan kepada mereka yang ianya seolah-olah tunduk kepada seteru-seteru mereka dahulu dan mereka pun membawa keluar naskhah itu dengan keadaannya yang masih berlipat lantas berkatalah Abu Talib “Anak saudaraku telah memberitahu aku dan hingga kini beliau belum pernah berbohong, di mana Allah Ta’ala telah menghantar anai-anai untuk menggerik naskhah perjanjian kamu ini dan memakan setiap nas perjanjian yang zalim dan yang memutus kan hubungan silaturrahim. Sekiranya kata-katanya itu benar, sedarlah kamu dan kembalilah semula dan jalan jahat kamu itu kepada Allah. Kami tidak akan menyerahnya kepada kamu. Biar kami mati kesemuanya tetapi kalau apa yang diceritakannya itu dusta maka kami akan serahkannya kepada kamu dan lakukanlah apa yang kamu suka ke atasnya.” Lalu mereka menjawab: “Ya kami setuju dengan segala apa yang kamu ucapkan itu. Dengan itu mereka pun membuka naskhah perjanjian dan didapatinya tepat seperti mana yang diceritakan oleh Al—Sadiq al-Masduq (yang benar lagi membenarkan) SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Tapi mereka menjawab: “Ini adalah sihir anak saudara kamu itu.” Oleh itu mereka makin bertambah sesat dan bertambah bermusuh.

Selepas peristiwa itu lima orang pemuda Quraisy keluar melanggar perjanjian yang telah dipersetujui dahulu dan menamatkan pengepungan pihak Quraisy. Mereka ialah:Hisham Bin ‘Amru Bin Al-Harith, Zuhair bin Umayyah, Al Mut’am Bin ‘Adi, Abu A1-Bakhtari bin Hisham dan Zam’ah bin Al- Aswad.

Orang yang mula-mula bergerak melanggar perjanjian dan berterus—terang mengajak ke arah itu ialah Zuhair Bin Ummayah. Beliaulah yang telah membelah masuk di tengah orang ramai di Makkah sambil melaung; “Wahai penduduk Makkah apakah layak kita memakan makanan dan memakai pakaian sedangkan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib dimamah kebinasaan; tidak siapa berjual—beli dengan mereka, demi Allah aku tidak duduk sahaja hinggalah aku menentang perjanjian pemulauan yang kejam ini.

Kemudian empat orang yang lain pula bangun menyuara nada yang sama di mana A1-Mut’am Bin ‘Adi bangun meluru ke arab naskhah perjanjian dan mengoyakkannya. Lepas itu kelima—lima mereka bersama—sama dengan satu jama’ah bergerak menuju ke hadapan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mu talib dan orang-orang Islam lain yang bersama dengan mereka lalu menyeru agar mereka yang dipulau itu keluar dan rumah mereka (supaya mereka bebas dan pemulauan kaum Quraisy).