PERANTAUAN RASULULLAH KE TA’IF

PERANTAUAN RASULULLAH KE TA’IF

Setelah RasuluLlah menerima tentangan dan seksaan yang pahit dan kaum Quraisy maka baginda telah cuba keluar dan Makkah merantau ke Ta’if untuk mencari perlindungan dan sokongan dan suku kaum qabilah Thaqif dan semoga mereka akan menerima baik apa yang telah diturunkan Allah kepadanya.

Ketika RasuluLlah sampai di Ta’if baginda telah mengemukakan hasratnya kepada beberapa orang yang mula-mula ‘ditemüinya. Mereka itu terdiri dan ketua-ketua puak Thaqif tapi rnalangnya sebaik sahaja RasuluLlah menyeru mereka, seruannya ditolak mentah—mentah bahkan mereka bertindak penuh kekerasan dan makian yang bertalu-talu. Dengan itu RasuluLlah bangun mengundur din dan Ta’if dan meminta supaya mereka merahsiakan perkara ini dan Quraisy tetapi harapan baginda itu tidak diindahkan. Tidak memadai setakat itu malah ada di antara mereka hamba abdi, khadam dan anak nakal barn Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu hingga luka-luka kedua belah kaki baginda yang mulia itu. Zaid bin A1-Harithah yang mengiringi baginda ke sana cuba melindungi RasuluLlah dari serangan dan lontaran anak-anak nakal itu hingga luka beberapa tempat di kepalanya [Tabaqat Al-Kabir ooleh Ibn Sa’id].Dengan keadaan sedemikian akhimya baginda sampai ke sebuah dusun yang dimiliki oleh Atabah bin Rabi’ah di mana anak-anak tadi sudah tidak mengikuti baginda lagi. Di dusun itu RasuluLlah berhenti di bawah pokok anggur di mana dua orang anak lelaki Rabi’ah melihat baginda. Di situlah RasuluLlah menengadah berdoa:

“Wahai Tuhanku Dikau sahajalah tempatku mengadu kelemahan tenagaku dan kurang bicaraku, kehinaanku di mata ramai, wahai Tuhan yang maha pengasih Dikaulah Tuhan mereka-mereka yang lemah, Dikaulah Tuhanku kepada siapakah Dikau akan serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaanmu ke atasku maka tidak akan kupedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Kau lebih luas untukku. Aku berselindung dengan cahaya zatMu yang menyinari segala kegelapan dan yang memberi manfa’at dunia dan akhirat (aku berselindung denganNya) dan kemarahanNya ke atasku dan kemurkaanMu, Dikau sahaja yang menegur sepuasnya. Dan tidak ada helah bicara dan tenaga hanyalah dengan Dikau sahaja.”

Seketika RasuluLlah dalam keadaan begini dua anak lelaki Rabi’ah yang telah nampak RasuluLlah terasa kasihan juga terhadap RasuluLlah lalu mereka menyuruh budak suruhan mereka yang bernama “Edas” membawa buah anggur yang diisi di dalam pinggan kepada Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semasa RasuluLlah hendak memakan buah-buah anggur tadi didahulukan dengan sebutan “Bismillah” kemudian baru dimakannya buah anggur itu. Dengan penuh kehairanan “Edas” menyoal RasuluLlah:

“Sebutan yang tuan hamba ucapkan sebentar tadi belum pernah hamba dengarnya dan penduduk di sini.” Kemudian Rasulullah menyoal balik.

“Kamu ini berasal dan mana?” Jawab Edas. “Sebenarnya saya ini berugama Nasrani dan berasal dan sebuah kampung di Al Musil iaitu Ninawa.”

[Tahzib Sirah Ibnu Hisyam] RasuluLlah pula: “Jadi kamu ini sekampunglah dengan seorang manusia yang saleh itu iaitu Yunus bin Matta? “Bagaimana tuan hamba boleh kenal Yunus bin Matta itu? tanya Edas pula dan dijawab oleh RasuluLlah. “Ianya saudaraku, kerana ianya Nabi dan aku pun Nabi juga.... dengan tidak membuang masa Edas pun

menerpa ke arah Rasulullah dan memeluk Rasulullah seeratnya [Tabaqat Al-Kabir oleh Ibn Sa’d] lantas mengucup kepala, kedua kaki dan tangan Rasulullah.

Ibnu Ishaq telah menceritakan: Setelah itu RasuluLlah Sal laLlahu ‘alaihi Wasallam beredar dan Ta’if pulang semula ke Makkah sebingga apabila Baginda tiba di suatu dusun tamar baginda beristirehat dan bangun di tengah malam melakukan salat malam kemudian beberapa orang dan kalangan mereka seperti yang disebutkan oleh Allah Tabaraka Wa Ta’ala melintasi kawasan itu dan mereka mendengar segala bacaan RasuluLlah. Setelah tamat Baginda membaca maka mereka pun beredar dan situ menemui kaum mereka dengan menyampaikan berita berupa peringatan yang menakutkan lantas dengan itu kaum mereka pun beriman dengan apa yang mereka dengar dan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam.

Sebenarnya Allah telah memperihalkan cerita mereka dengan kataNya:

Yang bermaksud: “Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan A1-

Qur’an, maka tatkala mereka rnenghadiri bacaan (nya) lalu mereka ber kata: “Diamlah kamu (untuk rnendengarkannya).” Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: “Hal kaum kami sesungguhnya karni telah mendengarkan kitab (A1-Qur’an) yang diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi rnemirmpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Hai kaurn kami, terirnalah (seruan) orang yang men yeru kepada Allah dan berirnan kepadaNya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dan ‘azab yang pedih.”

(Surah A1-Ahqaf 46:29 — 31) Allah berfirman lagi.

Yang bermaksud: “Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku bahawasanya: telah

mendengarkan sekumpulan jin (akan A1-Qur’an), lalu rnereka berkata: Sesungguhnya kami telah rnendengar A1-Qur’an yang menakjubkan.”

(Surah Al-Jin 72 : 1) Semasa RasuluLlah bergerak hendak pulang ke Mekah Zaid bin Al Harithah yang telah

mengiringi Baginda sejak ke Ta’if bertanya kepada RasuluLlah. Katanya: “Bagaimana hendak pulang ke Makkah pula wahai RasuluLlah! Tidakkah mereka telah pulau dan halau tuan hamba?” Maka jawab Rasulullah:

“Wahai Zaid! Dengarlah! sebenarnya Allah jua yang akan memberi luang dan kelapangan dan Allah jua yang akan menolong dan membantu agamaNya.”

Bila sampai di perbatasan Mekah RasuluLlah mengirim seorang utusan dan puak Khuza’ah ke hadapan Mat’am bin ‘Adi memberitahu yang Baginda masuk ke Makkah di bawah perlindungan dan jagaannya. Harapan dan hasrat RasuluLlah diterima baik oleh Mat’am dan dengan itu RasuluLlah pun masuklah ke kota Makkah.