PERJALANANN YANG PERTAMA KE NEGERI SYAM DAN USAHA MENCARI REZEKI HALAL

PERJALANANN YANG PERTAMA KE NEGERI SYAM DAN USAHA MENCARI REZEKI HALAL

Dalam usia dua betas tahun bapa saudara Baginda Abu Talib membawa bersama-samanya ke Negen Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan

“Basra”, mereka telah bertemu dengan seorang paderi yang bernama “Buhaira”, seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani (Kristian). memerhati Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasailam kemudian bertanya kepada Abi Talib, katanya: “Budak ini anak tuan hambakah? Lantas dijawab oleh Abi Talib; Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku. Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih dan sayang kepada RasuluLlah sejak dahulu lagi maka beliau menyebut-nyebut baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan; “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.” Abu Talib menjawab; “Sebenarnya budak ini anak saudaraku, bapanya meninggal ketika ia masih dalam perut ibunya”. Paderi tadi menambah; “Memang benar apa yang engkau ceritakan kerana segala—galanya tercatat dalam Injil dan di sini ingin saya memberi nasihat iaitu supaya segeralah engkau membawanya pulang sebab kalaulah ternampak oleh orang-orang Yahudi mereka akan mengancam nyawanya kerana anak saudaramu ini di masa muka nanti akan membawa suatu perkara besar dan agung.” Maka Abu Talib pun segeralah pulang ke Mekah bersama RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam.

(1) Diringkaskan dan Sirah Ibnu Hisham: 1/180, dan diriwayatkan juga oleh Al-Tabari dalarn “Tarikh Al- Tabari”: 2/287, juga oleh Al-Baihaqi dalam Al-Sunan, juga oleh Abu Na’im dalam “A1-Hulliyah”. Kedapatan serba sedikit kelainan huraian dalam masing.

Selepas itu RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mula memasuki gerbang kedewasaan dan keremajaan. Bagmda mula bertungkus-lumus dan menyingsing lengan mencari rezeki halal, seharian menternak kambing. RasuluLlah SallaLlahi ‘alaihi Wasallam menceritakan:yang bererti

“Dahulu pernah aku menternak kambing penduduk Makkah dengan upahnya beberapa Karat sahaja. “masing riwayat, cuma Tirmizi saja yang menghuraikan riwayat ini secara panjang, mungkin beiau melalui sanad-sanad yang mudah difaham, beliau berkata: bahawa riwayat ini adalah “Hadits Hasan Gharib” tidak kita ketahuinya melainkan dengan cara ini”. Mengenai riwayat ini kata Abdul Rahman Bin Ghazwan dalam “Al-Mizan”:“Dalam riwayat ini ada beberapa perkara yang boleh ditolak, Malik telah menolak cerita dan Yunus Bin lshaq bahawa di masa dalam perjalanan ke Syam bersama Abu Talib, baginda Nabi sudah hampir baligh” Kata Ibnu Saiyidun-Nas pula dalam “Al Matan”: ada sesuatu yang boleh di tolak” (Rujuk” ‘Uyunul-Atsar” 1/43.) tetapi yang menjadi ganjil ialah Syeikh Nasir al-Din Al-Albarn yang berkata mengenai ini dalam Fiqhus-Sirah karangan Al-Ghazali: bahawa sanad-sanad riwayat ini adalah sahih Riwayat A1-Bukhari.

Allah telah mengawal dan mengawasi zaman keremajaan RasuluLlah SallaLlahu ‘alathi Wasallam. Oleh itu Baginda tidak pemah menyeleweng seperti pemuda-pemuda lain dan berhubung dengan hal ini Bagmda sendiri telah menceritakan kepada kita mathumnya:

“Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu wata ‘ala. Lepas itu aku tak ingat ingat lagi hinggalah aku diutuskan. Di suatu ketika aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain di mana aku telah meminta beiau agar tolong melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi melihat-lihat di kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah ke rumah pertama di Kota Makkah dan aku mendengar permainan lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu. Orang memberitahuku bahawa itulah keramalan dan pesta. Aku pun duduk hedak mendengar tetapi Tuhan (Allah) telah menulikan (tidak dapat mendengar) sejurus telingaku menyebabkan aku terlena dan aku terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta-merta menemui sahabatku tadi. Beiau bertanya bagaimana halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang telah sebenarnya berlaku. Dan di suatu malam yang lain sekali lagi aku meminta supaya membenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku sampai ke Makkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Lepas itu aku tidak mencuba lagi. Riwayat Ibnul-Atsir, diriwayatkan juga “Aku tidak pernah teringat hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliyyah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah Subhanahu wata ‘ala. Lepas itu aku tak ingat ingat lagi hinggalah aku diutuskan. Di suatu ketika aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain di mana aku telah meminta beiau agar tolong melihatkan (menjaga) kambing ternakanku sementara aku hendak pergi melihat-lihat di kota Makkah. Pemuda itu sanggup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehingga akhirnya sampailah ke rumah pertama di Kota Makkah dan aku mendengar permainan lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu. Orang memberitahuku bahawa itulah keramalan dan pesta. Aku pun duduk hedak mendengar tetapi Tuhan (Allah) telah menulikan (tidak dapat mendengar) sejurus telingaku menyebabkan aku terlena dan aku terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku. Aku pulang serta-merta menemui sahabatku tadi. Beiau bertanya bagaimana halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang telah sebenarnya berlaku. Dan di suatu malam yang lain sekali lagi aku meminta supaya membenarkan aku keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja aku sampai ke Makkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu ke atas diriku. Lepas itu aku tidak mencuba lagi. Riwayat Ibnul-Atsir, diriwayatkan juga