PERJANJIAN AL ‘AQABAH YANG KEDUA

PERJANJIAN AL ‘AQABAH YANG KEDUA

Musim Haji di tahun selepasnya, Mus’ab bin Umair pun pulang ke Mekkah bersama-samanya sebilangan besar orang Islam Madinah, curi keluar bersama—sama keluarga mereka yang musyrikin.

Mengikut apa yang diceritakan oleh Muhammad bin Ishak yang diriwayatkan dari Ka’ab bin Malik, katanya, “Kami telah berjanji dengan Rasulullah untuk bertemu di Al ‘Aqabah pada Hari Tasyrik. Selepas selesai kami mengerjakan haji dan tepat pada malam yang telah kami berjanji itu, kami pun tidur bersama-sama keluarga dan barang-barang kami. Bila sampai sepertiga malam kami pun keluar dari kediaman menuju ke tempat yang dijanjikan untuk menemui Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Kami keluar perlahan—lahan bersembunyi seperti burung qata sehingga kami bertemu kesemua berjumlah tujuh puluh tiga orang lelaki dan dua orang perempuan keluarga kami iaitu Nasibah binti Ka’ab dan Asma’ binti ‘Amru bin ‘Adiy’.

“Di lorong itu kami menunggu ketibaan Rasulullah, akhirnya Baginda pun tiba dengan diiringi oleh bapa saudaranya Al ‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib. Sidang ramai pun berkata: “Ambillah dari kami apa saja yang engkau mahu untuk tuan hamba dan Tuhan.” Kemudian Rasulullah pun berucap di samping membaca beberapa ayat Al—Qur’an sambil menyeru ke jalan Allah dan mempelawa mereka kepada agama Islam. Di akhirnya RasuluLlah menyuarakan hasrat baginda, katanya: “Saya berjanji dengan kamu supaya sanggup mempertahankan diriku seperti mana kamu mempertahankan anak isteri kamu.”

Al Barra’ bin Ma’rur memegang tangan RasuluLlah dan berikrar: “Ya, demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran sebagai Nabi, kami berjanji dan berikrar akan membela diri engkau sepertimana kami mempertahankan diri sendiri, berjanjilah dan percayalah kami wahai RasuluLlah, demi Tuhan, kami kesemua adalah juara peperangan dan persenjataan belaka, keistimewaan ini kami warisi sejak turun temurun dari datuk nenek kami yang ulung.”

Semasa Al Barra’ sedang membuat ucapan dan penegasannya itu, Abu Al-Haitham bin Al-Tihan menyampuk, kata beliau, “Wahai RasuluLlah, sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi termetri satu perikatan dan akan kami putuskan perikatan tadi, andaikata Tuhan telah menolong tuan hamba mendapat Semasa Al Barra’ sedang membuat ucapan dan penegasannya itu, Abu Al-Haitham bin Al-Tihan menyampuk, kata beliau, “Wahai RasuluLlah, sesungguhnya antara kami dan orang Yahudi termetri satu perikatan dan akan kami putuskan perikatan tadi, andaikata Tuhan telah menolong tuan hamba mendapat

RasuluLlah senyum lantas berkata: “Tidakkah kita ini sudah sedarah sedaging, kalau runtuh sama- sama runtuh, aku ini kamu dan kamu itu aku, akanku perangi sesiapa yang memerangi kamu dan berdamai dengan sesiapa yang kamu damaikan.”

RasuluLlah meminta dengan katanya: “Pilihlah dua belas orang di antara kamu sebagai pengawas “Al Naqib” untuk kaum puaknya.” Mereka pun pilihlah dua belas orang pengawas; sembilan dari puak Al-Khazraj dan tiga dari ‘Aus. Sejurus selepas pemiihan, RasuluLlah pun beramanah dan berpesan kepada pengawas yang dipilihnya itu: “Kamulah bertanggungjawab mengawas kaum puak kamu sebagaimana pengikut ‘Isa ‘Alaihissalam, dan aku ini pengawas kaumku.”

Al-Barra’ bin Ma’rur adalah orang pertama berjabat tangan dengan RasuluLlah tanda bersetuju, lepas itu barulah peserta yang lain turut berjabat.

Setelah kesemua mereka membuat perjanjian RasuluLlah pun berkata: “Dan sekarang ini bolehlah kamu bersurai balik ke tempat masing-masing”. Al ‘Abbas bin ‘Ubadah bin Naflah berkata: “Demi Allah yang mengutus engkau dengan sebenarnya, sekiranya tuan hamba setuju besok akan saya selesai keluarga saya dengan pedang-pedang kami.” Jawab RasuluLlah: “Kita tidak disuruh bertindak demikian, dan bersurailah ke tempat masing-masing.

Kami pun pulang ke tempat tidur masing-masing, di mana kami tidur sampai ke pagi hari. Bila pagi menyusur tiba, sebilangan puak Quraisy datang ke tempat kami, mereka melaung: “Wahai sekelian kaum Khazraj, sesungguhnya suatu berita hangat telah sampai ke pengetahuan kami, di mana kamu merancang hendak membawa keluar saudara kami itu (Muhammad) dari sini, dan kami telah dengar juga kamu telah berjanji dengannya untuk memerangi kami, demi Tuhan sesungguhnya peperangan yang paling benci bagi kami ialah peperangan dengan kamu sekelian.”

Keluarga kami yang musyrik dan kafir bangun menyumpah-nyumpah kata mereka: “Sedikit pun kami tak tahu ...“ Perkara ini memang benar tetapi mereka tidak tahu, kemudian Ka’ab bin Malik menyambung ceritanya: “Setengah-setengah dari kami memerhati satu sama lain.”

Setelah semua orang pulang dari ‘Mina’ maka puak musyrikin pun membuat siasatan lanjut mengenai berita yang dihebohkan oleh Quraisy itu, di mana mereka dapati berita itu memang benar seperti yang diheboh-hebohkan. Mereka pun keluar mencari kami, antaranya mereka berjumpa Sa’ad bin ‘Ubadah di suatu tempat berhampiran dengan Makkah bernama ‘Azakhur’ dan Munzir bin Amru kedua— dua mereka ini pengawas tetapi mereka tidak sempat menangkapnya. Ada pun Sa’ad bin ‘Ubadah mereka telah mengikat kedua-dua tangan ke lehernya kemudian diseret dengan binatang tunggangannya hingga sampai ke bandar Makkah. Di sana mereka menyebat dan merabut-rabut rambutnya yang panjang.

Sa’ad sendiri telah menceritakannya: “Allah sahaja yang mengetahui ketika aku di dalam tangan mereka, maka semasa aku diseret tiba—tiba seorang di antara mereka datang sambil berkata: “Apa cerita awak ini tidak adakah salah seorang dari Quraisy yang telah kamu meminta perlindungan?” Jawab Sa’ad: “Oh Ya! Sebenarnya aku di sini di bawah perlindungan dan perjanjian Jabir bin Mut’am dan Al Harith bin Umaiyah, seperti perlindunganku kepada mereka bila mereka berada dalam negeriku” kata orang itu: Kalau begitu laung dan pekikkan nama mereka. Akupun melaungkan nama mereka. Akhirnya mereka pun sampai di mana mereka membebaskan aku dari tangan dan keganasan mereka.”

Ibnu Hisyam seorang penulis sejarah Rasulullah mencatat begini: “Dimetrikan perjanjian peperangan (Bai’atul Harb atau Bai’atul ‘Aqadah Kedua) tepat pada ketika Tuhan memberi arahan kepada RasulNya supaya berperang. Perjanjian itu mengandungi beberapa syarat selain daripada syarat- syarat perjanjian Al ‘Aqabah yang pertama dulu. Perjanjian yang pertama itu juga dikenal dengan ‘perjanjian wanita’ di mana RasuluLlah belum lagi diarah supaya berperang. Selepas RasuluLlah diarah dan diizinkan oleh Allah supaya berjihad dan berperang maka RasuluLlah dan umat Islam pun berikrar di perjanjian Al ‘Aqabah yang kedua ini untuk berjuang ke titisan darah yang terakhir. Tuhan pula telah berjanji kepada mereka yang benar-benar ikhlas dan menepati akan ikrar itu syurga nirwanalah sebagai balasan.”

‘Ubãdah bin Al-Samit menceritakan: “Kami telah berikrar di dalam Al Bai’atul ‘Aqabah yang kedua atau Bai’ah Al Harb akan taat setia di masa kesusahan mahupun di masa senang, di masa genting mahupun di masa tenang berjanji tidak akan berpecah, berjanji akan bercakap benar di mana-mana saja berada dan berjanji tidak akan takut sesuatu kerana Allah.”

Firman Allah: - Yang bermaksud:

“Telah diizinkan (berperang) kepada mereka yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa menolong mereka itu (iaitu) mereka yang telah diusir dan kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, hanya mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah. Sekira Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja rumah rumah ibadat Yahudi dan Masjid—masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah dan sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya) bahawasanya Allah sungguh Maha Kuat, Maha Perkasa”

(Surah Al-Hajj: Ayat 39 — 40) Inilah ayat Al Qur’an yang julung-julung diturunkan mengenai peperangan di mana dibenar dan

diizinkan kepada RasuluLlah berperang dan berjihad (Lihat Tabaqat Ibnu Sa’d dan Tahzib Sirah Ibnu Hisyam) yang bererti: