SERUAN SECARA TERANG – TERANGAN
SERUAN SECARA TERANG – TERANGAN
Ibnu Hisham menceritakan; Seruan Islam telah mendapat sambutan yang tidak putus-putus dan orang ramai lelaki mahu pun perempuan sehingga menjadi buah mulut dan perbualan umum di kota Makkah. Kemudian Allah Subhanahu Wata’ala pun meminta NabiNya supaya menjalankan tugas secara terang- terangan dengan membentangkan perkara ini kepada orang ramai serta menyeru mereka beriman denganNyá. RasuluLlah telah menjalankan tugas da’wahnya secara sulit lebih kurang tiga tahun sehingga turunnya ayat Qur’an yang ber bunyi:
Yang bermaksud: “Maka sampaikanlah olehmu secara terang—terangan segala apa yang diperintahkan
(kepadamu) dan berpalinglah dan orang-orang yang musyrik.” (Surah Al-Hijr 15:94)
Dan firman Allah lagi yang berbunyi:
Yang bermaksud: “Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu
terhadap orang orang yang mengikutmu iaitu orang-orang yang beriman.” Dan firman Allah yang berbunyi:
(Surah Al-Hijr 15:89) Yang bermaksud:
“Dan katakanlah; Sesungguhnya Aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan.” (Surah Al-Hijr 15:94)
Di ketika itulah RasuluLlah SallaLlahu‘alaihi Wasallam melaksanakan perintah-perintah Tuhannya sebagai mematuhi seruan Allah yang berbunyi:
RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah mengumpul Bani Fihr dan Bani ‘Adi di atas bukit Safa. Kesemua mereka turut hadir dalam perjumpaan itu. Bagi mereka yang uzur tidak dapat hadir terpaksa menghantar wakil peribadi. Di situlah Nabi telah bangun lantas berkata: Apakah kamu sekelian akan percaya atau tidak sekiranya aku ceritakan bahawa di sebalik bukit ini ada sekumpulan musuh yang akan menyerang kamu. Jawab mereka: Sudah pasti kami akan percaya kerana kami belum pernah mendengar lagi percakapan dusta darimu. Kemudian RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam menambah: Sesungguhnya aku ini pembawa berita yang menakutkan iaitu di hadapanku ini suatu azab sengsara yang paling hebat. Abu Lahab pun bangun lalu menjawab: “Binasalah engkau hai Muhammad, apakah untuk ini sahaja yang engkau kumpulkan kami?” Selepas itu maka turunlah ayat Al—Qur’an:
Yang bermaksud:
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa. “ (Surah Al—Lahab 111:1)
[Dipersetujui ramai bahawa ayat ini berhubung dengan peristiwa Abi Lahab tadi.]
Sebagai menyahut kepada firman Tuhan yang berbunyi:
(Surah Asy Syu’ara 26:2 14) Maka Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam pun mengumpul kaum kerabatnya yang hampir
sambil berkata; “wahai Bani Ka’b bin Luai bebaskanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Murrah bin Ka’b jauhkanlah dirimu daripada api neraka, wahai Bani Hisyam selamatkanlah dirimu dan api neraka, wahai Bani Abdul Manaf jauhilah dirimu dan api neraka, wahai Barn Abdul Mutalib hindar kanlah api neraka dan dirimu, wahai Fatimah bebaskanlah dirimu dan neraka. Sesungguhnya aku tidak upaya hanyalah setakat menghubung tali silaturrahim yang abadi di antara kamu sekelian.” Pihak Quraisy telah menunjuk reaksi mereka terhadap seruan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dengan berpaling tadah dan mencemuh seruannya itu dengan alasan mereka tidak sanggup meninggalkan agama yang diwarisi dan datuk nenek mereka yang telah sebati dan menjadi darah daging. Untuk demikian Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam telah menegaskan yang mereka terpaksa dibebaskan dan direvolusikan mental dan cara pemikiran mereka daripada belenggu taqlid dan turut membabi-buta ini dan cuba menggunakan akal fikiran dan lojik serta menerangkan kepada mereka di mana berhala yang diperbuat daripada batu kemudian disembah itu langsung tidak memberi faedah atau membahayakan mereka.
Penyembahan mereka terhadap berhala-hala tadi semata-mata bergantung kepada perasaan sentimen dan ta’sub yang melulu kepada datuk nenek mereka yang terdahulu. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka; Marilah (mengikut kepada apa yang diturunkan Allah dan kepada Rasul. Mereka menjawab: Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya. Apakah mereka akan mengikuti juga nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk.”
Bila Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mengecam berhala dan penyembahannya, memperhinakan cara mereka berfikir dan cara pemikiran datuk moyang mereka lantas kecaman Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam tadi di tentang habis-habisan. Kecualilah mereka yang telah memeluk agama Islam dan terkecuali juga bapa saudaranya Abu Talib yang telah mempertahankan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan serangan-serangan orang-orang Quraisy.[ Tahzib Sirah Ibm Hisyam Vol. I halaman 68.]