HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM

Setelah RasuluLlah meihat penyiksaan puak Quraisy terhadapnya dan penderitaan pengikut baginda yang amat sangat dan baginda tidak sanggup lagi untuk melindungi mereka maka baginda sendiri mengemukakan pendangan supaya umat yang kecil bilangannya itu berhijrah ke Habsyah (Ethiopia) kerana rajanya di kala itu tidak kejam. Mereka dianjurkan tinggal di sana buat sementara sehingga Tuhan membuka jalan dan ke lapangan di masa muka. Kaum muslimm pun menerima baik pandangan RasuluLlah itu lalu mereka pun berhijrah beramai-ramai untuk melindungi diri di sana. Di antara mereka yang terkemuka yang turut sama ialah: ‘Uthman bin ‘Affan isterinya Ruqaiyah puteri RasuluLlah, Abu Huzaifah dan isterinya, Al Zubair bin A1-Awwam, Mus’ab bin ‘Umair dan ‘Abdul Rahman bin ‘Auf. Jumlah kesemuanya lebih kurang dalam lapan puluh orang.

Bila puak Quraisy melihat kejadian ini mereka terus mengirimkan perutusan ke hadapan Najasyi maharaja Habsyah yang terdiri daripada ‘Abdullah bin Abi Rabi’ah dan Amru bin A1’Ash (mereka belum memeluk agama Islam). Perutusan ini membawa cenderamata yang banyak kepada maharaja sendiri, pengiring dan abli agamanya dengan harapan yang Najasyi akan menghalau semua orang Islam, dari Habsyah dan menyerah kembali mereka kepada seteru Islam iaitu puak Quraisy.

Tujuan mereka membawa hadiah-hadiah dan ganjaran yang banyak itu ialah untuk menawan hati Najasyi dan dengan itu beliau akan menyerah kepada mereka orang-orang Islam. Tetapi Najasyi enggan menyerah sesiapapun melainkan sesudah bersoal jawab tentang agama baru yang mereka anuti itu. Orang Islam pun masuk ke hadapan Najasyi di mana dua orang utusan Quraisy berada di samping Najasyi, raja Habsyah. Najasyi pun meminta dan orang Islam supaya menerangkan tentang diriereka dan agama baru mereka anuti itu.

Ja’far bin Abi Talib pun bangun dan berucap: “Kehadapan maharaja, sebenamya kami ini di masa—masa dahulu iaitu di zaman jahiiyyah menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yang kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah mengutus seorang Rasul dan kalangan kami juga. Beliau itu memang terkenal dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami supaya bercakap benar, bersifat dengan sifat yang terpuji, jujur, ikhlas dan beramanah, menyeru kami menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan penyembahan berhala, berbaik-baik dengan jiran tetangga, meninggalkan kejahatan dan peperangan yang berlarutan serta segala sesuatu yang terkeji, seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang di bawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk dua orang utusan ini menyiksa dan menekan kami supaya kami balik semula kepada agama yang lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar— benar di dalam penyiksaan yang tidak dapat kami menanggungnya maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dan penyiksaan dan kezaliman.”

Sekali lagi Najasyi meminta supaya mereka membentangkan antara apa yang dibawa oleh utusan Allah (Nabi Muhammad) tadi daripada Tuhannya. Ja’far bin Abi Talib sekali lagi bangun dan membaca ayat-ayat yang pertama dan surah Mariam.

Setelah Najasyi mendengarnya beliau menangis sehingga airmata mengalir membasahi pipi dan janggutnya dan kemudian beliau berkata: Sesungguhnya apa yang kau baca tadi dengan apa yang dibawa oleh ‘Isa ‘alaihissalam adalah dan sumber yang sama. “Lepas itu beliau berpaling kepada dua orang utusan Quraisy dan katanya: “Beredarlah kamu dan sini dan sekali-kali aku tidak akan menyerahkan mereka ini”.

Sebagai percubaan yang terakhir untuk menggoda Najasyi mereka menegaskan yang orang-orang Islam yang datang ke sini terlalu sangat mengecam ‘Isa dan Maryam. Sekali lagi Najasyi menyoal orang Islam tentang pandangan Islam terhadap ‘Isa dan Maryam. Buat pertama kalinya Ja’far menjawab dengan katanya: “Tentang ‘Isa dan Maryam pada pandangan kami dan orang-orang Islam seluruhnya seperti mana yang dibawa oleh Nabi kami Muhammad SallaLlahu ‘alaibi Wasal lam, ‘Isa itu adalah seorang hamba Allah setelah dimasukkan roh dan kalimatnya ke dalam jiwa Maryam dara yang suci.

Najasyi pun menunjukkan persetujuan dan sependapat dengan apa yang dikemukakan oleh Ja’far tadi.

Al-Najasyi menyerah kesemua kembali hadiah yang dipersembahkan kepadanya dan disebaliknya ia bertambah mesra dengan orang-orang Islam dan lebih berazam untuk melindungi mereka. Utusan Quraisy itu pulang diburu kegagalan.

Setelah beberapa lama mereka tinggal di Habsyah di bawah lindungan maharajanya maka sampailah berita kepengetahuan mereka yang penduduk Makkah telah memeluk agama Islam, dan dengan pengkhabaran tersebut tanpa berlengah mereka berundur diri dan Habsyah hendak pulang kepangkuan Makkah tempat tumpah darah mereka. Tetapi alangkah buruk padahnya setelah mereka tahu berita tadi adalah palsu. Sungguhpun yang demikian mereka terpaksa masuk ke Makkah Secara sulit dan bersembunyi-sembunyi agar tidak diketahui oleh pihak Quraisy manakala sebahagian yang lain pula memasuki kota Makkah dengan meminta perlindungan dan beberapa pembesar Quraisy, antara mereka ialah ‘Uthman bin Maz’un di bawah perlindungan Al-Walid bin Al-Mughirah dan Abu Salamah di bawah jagaan dan perlindungan Abu Talib. Adapun jumlah yang pulang ke Makkah masa itu tiga puluh tiga orang.