PENGAJAR DAN RENUNGAN

PENGAJAR DAN RENUNGAN

Perniagaan Nabi Muhammad dengan harta Khadijah tadi merupakan sambungan dan siri perjuangan untuk menghadapi cabaran hidup yang dulunya dimulakan dengan berternak kambing seperti mana yang telah diterangkan dahulu.

Perkahwinan dengan Khadijah membayangkan kepada kita yang RasuluLlah tidak memberatkan soal-soal kepuasan hawa nafsu dan sebagainya seperti pemuda-pemuda yang Seumur dan sebaya dengannya. Kalau tidak sedemikian sudah pasti baginda telah memiih wanita-wanita yang lebih muda daripadanya. Di sini nyatalah kepada kita di mana perkahwinannya semata-mata kerana kejujuran dan kemuliaan budi Khadijãh sehingga ianya digelar di masa jahiliyyah dengan “Wanita Suci”.

Perkahwinan ini telah hidup dan membunga sehingga wafatnya Khadijah dalam usia enam puluh lima tahun sedang RasuluLlab SallaLlahu ‘alaihi Wasallam berusia lima puluh tahun dan tidak terlintas di hati sanubari baginda untuk berkahwin dengan perempuan yang lain sedangkan manusia biasanya dalam usia antara dua puluh hingga lima puluh merupakan musim gelora perasaan mahukan perempuan dan mahukan lebih dan satu untuk melepaskan hawa nafsu kebinatangan. Nabi Muhammad dapat melintasi usia dan musim gelora ini tanpa memikir langsung soal-soal hendak berkahwin lebih, memadailah dengan Khadijah seorang. Kalaulah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mahukan lebih dan satu sudah tentu mudah baginya dan tidak pula menyalahi adat resam di masa itu yang mana orang-orang ‘Arab di masa itu berkahwin lebih dan satu atau mencari hamba abdi sebagai gundik simpanan. Di samping itu penlu kita ingat di mana Khadijah adalah janda umurnya melebihi Muhammad SailaLlahu ‘alaihi Wasallam hampir dua kali ganda.

Bila kita memperkatakan soal ini barulah dapat kita menyumbat mulut-mulut orang yang mengeluarkan racun-racun berbisa yang mengancam kesucian Islam dan kekuatannya yang terdiri dan golongan misionary orientalis dan kuncu-kuncu mereka yang selalu mencanangkan berita-berita palsu yang tidak berasas. Mereka ini menyangka bila memperkatakan tentang perkahwinan Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wa sallam dapatlah mereka menggambarkan kepada umum yang Muhammad itu manusia yang tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu.

Seperti yang kita ketahui di mana golongan misionary Kristian dan para orientalis adalah seteru yang professional yang paling ketat menentang Islam. Mereka berusaha mencari kesempatan untuk menghala tikaman yang membunuh ke arah Islam demi untuk mencari makan dengannya.

Di sana terdapat talibarut mereka yang menentang Islam secara hobi meniru-niru dan bertaqlid saja. Persetujuan dan penentangan mereka terhadap Islam semata-mata untuk menunjukkan mereka tidak memihak kepada Islam dan adalah sahabat karib kepada penjajahan yang dianjurkan oleh para miSionary dan onientalis. Oleh yang demikian maka karya kajian mereka langsung tidak berbau dengan objektif walaupun mereka mengatakan yang karya mereka adalah kajian objektif.

Tidakkah perkara perkahwinan RasuluLlah ini merupakan suatu tajuk yang paling mudah difaham dan dipegang oleh Muslim yang waras. Ini adalah berlainan sekali dengan apa yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam.

Kesemuanya ini bertujuan hendak menggambarkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai seorang lelaki yang telah tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu dan syahwat tetapi tajuk perkahwinannya ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita pendapat yang sebaliknya sebab Kesemuanya ini bertujuan hendak menggambarkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam sebagai seorang lelaki yang telah tenggelam ke dasar lautan hawa nafsu dan syahwat tetapi tajuk perkahwinannya ini sudah cukup untuk membuktikan kepada kita pendapat yang sebaliknya sebab

Manusia yang bersyahwat tinggi mustahil sanggup hidup dengan seorang janda yang sudah lanjut usianya. Kemudian terus hidup bersama—samanya tanpa memikir dan mengarahkan pandangannya ke arah perawan-perawan yang lain. Malah penghidupan baginda yang sedemikian itu berjalan dan zaman mudanya hingga menjangkau usia tua.

Tentang perkahwinan baginda selepas wafat Khadijah dengan ‘Aisyah RadiyaLlahu ‘anhuma dan dengan yang lain itu sebenarnya setiap perkahwinan ini mengandungi cebisaan hikmat ilahi yang kesemuanya menambahkan isipadu dan peratus keimanan seorang Muslim kerana di dalamnya tersemat penagung dan tingginya akhlaq dan budi pekerti Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam (dan kesemuanya ini akan kita perkatakan di termpat-tempat yang lain).