PENGAJARAN DAN PENGI’TIBARAN

PENGAJARAN DAN PENGI’TIBARAN

Inilah operasi pemulauan yang kejam. Cubalah saudara bayangkan kesengsaraan yang dialami oleh RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat—sahabatnya selama tiga tahun. Kita telah perhatikan di mana Musyrikin dan keturunan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib telah turut menanggung akibat buruk bersama—sama orang—orang Islam dan mereka tidak rela meninggalkan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam keseorangan.

Kita tidak mempunyai cerita yang panjang mengenai golongan musyrikin itu dan sebab pendirian mereka. Apa yang mendorongkan mereka ialah semangat hamiyyah kekeluargaan dan keturunan di samping keengganan mereka menerima kehinaan sekiranya mereka bertindak meninggalkan dan melepaskan Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam ke tangan Musyrikin Quraisy yang bukan dan keturunan Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib yang akan bertindak membunuh dan membina sakannya tanpa memperdulikan soal ‘aqidah dan ugama.

Di sini mereka telah mengutamakan untuk berpegang kepada dua prinsip yang tertanam di dalam jiwa mereka.

Pertama: Kekal dengan syirik dan keangkuhan mereka dan menolak kebenaran yang dibawa oleh RasuluLlah SallaL lahu ‘alaihi Wasallam.

Kedua: Tunduk dan patuh kepada semangat hamiyyah kekeluargaan yang mengajak mereka mempertahankan keluarga karib dan kekafiran dan kezaliman pedagang yang merantau tanpa memperdulikan samada tindakan mereka itu berlandaskan kebenaran atau kebathilan, manakala orang- orang Islam pula yang dikepalai oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam, kesabaran mereka hanyalah kerana mematuhi suruhan Allah dengan mengutamakan akhirat dan dunia, di mana dunia pada mereka ialah dipangkuan keredhaan Allah ‘Azzawa jalla. Inilah yang perlu kita bincangkan di sini.

Kemungkinan saudara mendengar suara golongan pendokong kebathilan dan kalangan penyerang ideologi yang profesional menda’wa bahawa semangat asabiyyah (kesukuan) Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib memainkan peranan di belakang da’wah RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Semangat inilah yang mengawal, menjaga dan memagari perjalanan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam. Dalilnya ialah sikap mereka yang negatif terhadap operasi pemulauan Quraisy ke atas orang— orang Islam.

Kenyataan ini merupakan tuduhan yang tidak berasas. Nampak sangat yang ianya tidak dapat dikaburi dengan tirai logika walau dalam bentuk zahir sekalipun. Ini adalah satu perkara yang sangat bersifat tabi’e di mana semangat jahiiyyah keturunan dan kekeluargaan Bani Hashim dan Bani ‘Abdul Mutalib membawa pendokongan mempertahankan jiwa anak saudara mereka ketika adanya tangan ganjil yang mengugut keselamatannya.

Semangat kekeluargaan jahiliyyah yang mendorong mereka ke arah kefanatikan sebegini rupa tidak akan melihat sebarang prinsip dan tidak pula terpengaruh dengan kebenaran atau kebathilan kerana ianya adalah asabiyyah semangat kekeluargaan dan tidak ada yang lain dan itu. Oleh yang demikian memang boleh terdapat pada keluarganya dua sifat yang berlainan dan bertentangan secara zahir sifat takabbur dan angkuh serta ingkar terhadap da’wahnya.

Yang kedua ialah memihak kepada baginda dengan penentangan terhadap kafir Quraisy. Namun demikian apakah faedah yang diperolehi oleh Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam hasil penyertaan mereka bersama-samanya itu. Mereka telah diseksa sebagaimana seksaan yang diterima oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan sahabat-sahabatnya. Pihak Quraisy tetap juga meneruskan rancangan pemulauan mereka terhadap kaum Muslimin dengan ganas dan kejam sebagaimana yang mereka telah putuskan itu tanpa dapat diredakan óleh Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib barang sedikitpun.

Yang penting ialah supaya saudara rnenyedari bahawa perlindungan yang diberi oleh kaum keluarga RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kepadanya bukanlah perlindungan kepada risalah yang dibawanya itu tetapi perlindungan kepada diri RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam yang berdagang keseorangan itu. Sekiranya perlindungan itu dapat dipenuhi oleh kaum Muslimin dengan jalan jihad dan penguasaan ke atas kaum kafir serta dapat menolong sebarang helah jahat dan perseteruan mereka alangkah bahagianya bagi orang yang terpuji ini dan merupakan sebaik jalan yang sepatut mereka sedari.

Adapun RasuluLLah bersama-sama para sahabatnya yang Mu’min pula, apakah sebab yang membawa mereka sanggup berhadapan dengan tekanan yang mencekik ini? Dan apakah matlamat yang mereka harapkan di sebalik kecekalan hati berhadapan dengan kepahitan ini? Dengan apakah untuk dijawab dengan pertanyaan ini? Itulah pandangan mereka yang mentakwilka dan membayangkan bahawa Risalah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan keimanan para sahabatnya dengan Risalahnya itu Adapun RasuluLLah bersama-sama para sahabatnya yang Mu’min pula, apakah sebab yang membawa mereka sanggup berhadapan dengan tekanan yang mencekik ini? Dan apakah matlamat yang mereka harapkan di sebalik kecekalan hati berhadapan dengan kepahitan ini? Dengan apakah untuk dijawab dengan pertanyaan ini? Itulah pandangan mereka yang mentakwilka dan membayangkan bahawa Risalah Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam dan keimanan para sahabatnya dengan Risalahnya itu

Cuba saudara gambarkan rangkaian peristiwa yang telah kita bentangkan itu. Rangkaian tekanan dan penyiksaan terhadap penbadi Rasulullah dan kaum Muslimin. Lepas itu cuba saudara menjawabnya berdasarkan kepada rangkaian penyiksaan tadi. Apakah benar da’wah Islamiyyah itu satu pemberontakkan ekonomi yang didesakkan oleh kebuluran dan didorong oleh hasad-dengki terhadap peniaga-peniaga Makkah dan pengusaha-pengusaha ekonomi?

Kaum musyrikin sebelum ini telah pun menawarkan kepada baginda RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam kekuasaan, kekayaan dan kepimpinan dengan syarat baginda melepaskan diri dan da’wah Islamiyyah. Apakah sebabnya baginda Rasulullah SallaLlahu ‘alaihi Wasailam tidak menerima tawaran itu? Dan kerana apa pula sahabatnya tidak melawan dan menentang RasuluLlah sekiranya matlamat perjuangan mereka hanya sekadar untuk mengisi perut? Di hari RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam bersama para sahabatnya berhijrah ke Madinah mereka telah meninggalkan segala harta; tanah dan milikan mereka yang lain menuju bulat ke Madinah Al—Munawwarah dengan merongkaikan diri mereka dan sebarang tambatan harta yang biasanya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tamak.

Mereka memburu keimanan dengan Allah Subhanahu Wata’ala yang tidak boleh diganti dengan sesuatu yang lain, tanpa menilai sesuatu pun terhadap dunia yang terlepas dan tangan mereka dan kekuasaan beredar dan mereka. Apakah ini dalil bagi membuktikan gerakan mereka itu satu pemberontakan kiri memperjuangkan sesuap makanan?

Boleh jadi alasan mereka pada sudut pandangan yang mereka buat ini kerana dua perkara berikut:—

Pertama: Golongan sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam di Makkah terdiri kebanyakan mereka dan golongan kafir miskin, golongan hamba ‘abdi dan golongan tertindas. Ini membuktikan bahawa dengan mengikut Nabi Muhammad SallaLlahu ‘alaihi Wasallam mereka boleh menyuarakan penindasan yang berlaku ke atas mereka dan dengan harapan di suatu masa mereka boleh mencapai suatu taraf ekonomi yang lebih baik di bawah lindungan agama baru ini.

Kedua: Golongan para sahabat ini tidak lama kemudian menikmati pintu kekayaan dunia terbuka di hadapan mereka, kesenangan datang menggolek. Ini membuktikan bahawa perencanaan RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam memang bermatlamat pencapaian ini.

Sekiranya saudara mengamati cara penyimpulan alasan yang mereka buat ke atas sudut pandangan mereka dengan dua hakikat di atas dapatlah saudara menyelami betapa jauhnya khayalan yang menguasai ‘akal pemikiran dan cara mereka berfikir.

Adapun kumpulan atau jama’ah pertama dan golongan para sahabat RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam terdiri dan pada lapisan fakir-miskin dan hamba abdi. Memang benar tetapi kebenaran hakiki ini tidak ada kena—mengena atau kaitan dengan khayalan mereka. Sebenarnya suatu syari’at itu bertujuan menegakkan ke’adilan di kalangan semua manusia dan menghancurkan setiap kekuasaan yang zalim, kejam dan sombong. Memang menjadi suatu kenyataan yang boleh diterima bahawa golongan yang zalim, kejam dan sombong akan memerangi mereka kerana golongan ini menelurkan kebencanaan lebih daripada kemanfa’atan. Suatu hakikat yang nyata golongan tertindas dan mustadh’afin mengalu- alukan RasuluLlah malah oleh setiap manusia yang tidak ada saham dalam kezaliman—kezaliman, kerana mereka menerima kebaikan lebih daripada kebencanaan atau mereka paling kurangnya tidak ada banyak sangat masalah dengan manusia lain yang boleh menimbulkan kesan buruk terhadap diri mereka.

Kebanyakan orang yang di sekeliling RasuluLlah sudah yakin bahawa RasuluLlah berada di atas landasan kebenaran dan baginda adalah seorang nabi yang diutus. Jadi bagi golongan pemimpin dan penagih kekuasaan dan kedudukan mendapati tabi’at dan suasana yang semulajadi yang ada pada mereka menghalang mereka dan tunduk dan menerima kebenaran itu malah menolak pencernaan ke dalam diri mereka. Ada pun golongan lain tidak ada suatu alasan pun yang boleh menyekat mereka dan beriman. Sebab itu mereka beriman dan yakin dengannya. Di sini apakah hubungan di antara hakikat ini yang boleh difahami setiap pengkaji dengan apa yang disangka oleh golongan (seteru yang profesional) itu.

Adapun perancangan da’wah Islamiyyah yang telah dilalui oleh RasuluLlah SallaLlahu ‘alaihi Wasallam adalah bertujuan supaya orang Islam menguasai sumber kekayaan; menawan tempat pemerintahan beraja dan mencabut kekuasaan mereka dengan alasan bahawa orang Islam telah mencapai kesemuanya itu. Demi Allah sebenannya usaha ini bagaikan usaha mencantumkan timur dan barat di suatu tempat.

Sekiranya kaum Muslimin telah berjaya membuka negeri Rom dan Parsi di dalam tempoh yang singkat, setelah mereka beriman dengan Allah melalui Islam mereka, apakah ini boleh menjadi alasan bahawa mereka memeluk Islam kerana tamak haloba untuk menguasai tempat pemerintahan Rom dan Parsi.

Kalaulah mereka memeluk agama Islam dengan niat untuk mencapai kepuasan hawa nafsu keduniaan dalam apa bentuk sekalipun, maka cita—cita tersebut tidak akan dicapai dan maksud pembukaan negeri-negeri tersebut juga tidak akan terlaksana.

Sekiranya persiapan bala tentera peperangan Al—Qadasiyyah yang dibuat. oleh ‘Umar Radiya’Llahu‘anh dan mengucapkan selamat jalan kepada pengerusi agongnya Sa’ad bin Abi Waqqas sebagai satu persiapan yang bertujuan menawan gedung khazanah Kisra, melilih air liurnya mengidam dan terlalu bercita-cita sangat untuk menguasai kesenangan dan kemewahan Kisra itu dan keinginan sangat untuk duduk di atas kerusi ‘arasynya maka sudah pasti Sa’ad tidak akan kembali kecuali dengan bebanan kekalahan dan kehinaan. Sebaliknya persiapan dan pemergian itu adalah atas dasar keyakinan mereka dengan Allah Subhanahu Wata’ala dalam jihad (mereka) untuk menegakkan agamaNya dan Allah membenarkan mereka dengan segala apa yang telah dikurniakan kepada mereka dengan menyerahkan kekuasaan pemerintahan kepada mereka dan memberi kesenangan kepada mereka yang tidak pernah mereka khayalkan.

Sekiranya pengumpulan harta dan kesenangan hidup itu menjadi angan-angan yang membuai perasaan orang Islam dalam peperangan Al-Qadasiyah masakan sanggup Rub’i Bin ‘Amir Radiya’Llahu ‘anh ketika masuk ke dalam singgahsana Rustam yang terhias dengan permaidani yang gebu, menikam- nikam dengan tombaknya sehingga carik-carik kemudian beliau berkata kepada Rustam: “Sekiranya kamu memeluk ugama Islam kami akan tinggalkan kamu, bumi kamu dan harta kamu!....” Apakah ini jawapan yang diberi oleh segolongan yang datang untuk tujuan merampas kekuasaan bumi dan harta orang. Persoalannya tidak lain daripada terlaksananya Qanun Allah yang telah ditentukan.

Yang bermaksud: “Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang orang yang tertindas di muka bumi itu dan

hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”.

(Surah Al—Qasas: 28:5) Qanun ini mudah sekali difahami oleh ‘aqal iaitu apa jenis ‘aqal sekalipun tetapi dengan satu

syarat iaitu hendaklah orangnya bebas dan segala macam bentuk ‘ubudiyyah atau perhambaan kepada mana-mana tujuan dan kehendak.

Allah Subhanahu Wata’ala telah memulia dan mengurniakan mereka dengan segala kemudahan dunia kerana mereka tidak memikirkan dengan segalanya itu tetapi seluruh pemikiran mereka hanyalah bagi mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata’ala semata-mata.

Sekiranya mereka bertujuan di dalam jihad mereka itu untuk mencari kemewahan dan kemudahan dunia pasti tidak akan mereka sampai dan capai sepertimana apa yang telah mereka capai itu.