Kebijakannya di dalamPartai Islam Se-Malalysia PAS

Dengan suaranya yang lantang dan tegas menghadapi kezaliman-kezaliman pihak pemerintah ketika itu yang diketuai oleh Perdana Menteri Tun.Dr Mahathir Bin Mohamad, setiap majlis-majlis pidatonya pasti dihadiri oleh ribuan pendengar dikalangan penyokong dan pendokong gerakan Islam. Internal Security Act ISA yang dikuatkuasakan oleh pemerintah adalah merupakan diantara perkara yang sangat kuat ditentang oleh beliau selain dari sikap pemerintah yang dilihat tidak memandang Islam sebagai „Aqidah Negara serta jalan penyelesaian masalah ummah. Ditambah lagi dengan peribadi pemerintah yang dicemari amalan korupsi dan sebagainya membuatkan Ustaz Ibrahim begitu bersungguh-sungguh dalam memberi semangat kepada ahli PAS agar berazam untuk membuat perubahan dalam kepimpinan Negara. 7 Sokongan dan dokongan kuat dari ribuan umat Islam di Malaysia yang mencintai perjuangan Islam menjadi „mimpi ngeri’ kepada pihak pemerintah. Ianya begitu menakutkan mereka yang mengimpikan kekuasaan dapat dipegang selama-lamanya. Akhirnya, pelbagai tuduhan, fitnah dan label-label jahat dilemparkan kepada PAS khasnya Ustaz Ibrahim Libya.

C. Sejarah Singkat Berlakunya Peristiwa Memali

Menjelang operasi penangkapan, Kg. Memali dipantau dan dikepung hampir seminggu lamanya. Pertambahan bilangan anggota keselamatan dari sehari ke sehari persis ingin menghadapi satu bala militer musuh yang besar atau 7 Ibid, hlm 59 pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang dikarang mengenai kegiatan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada koran bagi mengelabui mata orang awam. Ustaz Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi. Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah dikepung, dikhuatiri ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata „orang kampung’ disediakan karena bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajiban yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata „orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh mobil perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polisi disediakan termasuk Pasukan Polisi Hutan dan segala macam kelengkapan lain. 8 Anggota polisi berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada 8 http:aneroid09.wordpress.com20090411kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim-libya Diakse pada 270311 jam 13:45 WIB