Sejarah Singkat Berlakunya Peristiwa Memali

pengganas yang sangat merbahaya yang diperlukan segera. Cerita-cerita karut yang dikarang mengenai kegiatan Ustaz Ibrahim dan pengikutnya di Kg. Memali disiarkan di dada koran bagi mengelabui mata orang awam. Ustaz Ibrahim yang istiqamah mengajar anak-anak muridnya dikalangan orang tua dan anak muda di Madrasah yang dibinanya dimaklumkan mengajar fahaman salah dan sesat. Semuanya berlaku dalam tempoh menjelang operasi. Sangat dahsyat. Tanggal 18 Nov 1985, hampir segenap penjuru kampung telah dikepung, dikhuatiri ada sasaran yang terlepas keluar. Penduduk Kg. Memali yang begitu setia bersama guru mereka terus bermunajat kepada Allah memohon keselamatan dan bantuan. Persiapan persenjataan ala kadar dengan senjata „orang kampung’ disediakan karena bagi mereka mempertahankan diri dan nyawa yang diancam adalah satu kewajiban yang sangat besar. Namun apalah sangat dengan senjata „orang kampung’ berbanding pihak pemerintah yang mengantar bala tentera dengan kelengkapan seolah-olah menghadapi peperangan yang besar. Berpuluh-puluh mobil perisai disediakan, lori water canon, gas pemedih mata, senjata, pelbagai jenis polisi disediakan termasuk Pasukan Polisi Hutan dan segala macam kelengkapan lain. 8 Anggota polisi berpecah kepada dua kumpulan akibat berlainan maklumat yang diterima mengenai siapa sasaran dalam operasi ini. Ada yang mendapat maklumat, mereka akan menggempur perkampungan saki baki Komunis dan ada 8 http:aneroid09.wordpress.com20090411kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim-libya Diakse pada 270311 jam 13:45 WIB yang mendapat maklumat mereka akan menghadapi kumpulan pemberontak kerajaan. Namun, atas arahan dari pemimpin tertinggi pasukan polisi yang mesti ditaati, mereka akur juga walaupun ada yang mengetahui bahwa dihadapan mereka bukanlah Komunis. Selepas kejadian, maklumat diterima bahwa pada malam serangan ingin dilakukan yaitu malam 18 November tersebut, sebagian anggota polisi bersuka ria dan berpesta besar di sebuah balai polisi di Negeri Kedah. Antara anggota polisi yang terlibat didalam operasi ini termasuklah dikalangan mereka yang bukan beragama Islam. 9 Antara watak utama dibelakang operasi yang disebut „Ops Komunis’ ini, Musa Hitam Wakil . PM, Dato’ Yahya Yeop pemimpin tertinggi Polisi Negeri Kedah dan Dr. Mahathir sendiri . Mereka inilah yang memainkan peranan utama bagi memastikan tertangkapnya Ustaz Ibrahim Libya pada tanggal tersebut. 10 Keesokannya harinya, tanggal 19 November 1985, selesai Solat Subuh, Ustaz Ibrahim terus memberikan tausiah penuh bermakna kepada para pendokong perjuangan yang terdiri dikalangan anak-anak muridnya yang setia dengan majlis- majlis ilmu beliau. Antara lain, beliau mengingatkan kepada ahli jam a’ah supaya jangan ada yang kabur dari perjuangan yang sedang dihadapi ini serta menjelaskan mengenai kelebihan mati syahid. Seluruh ahli jama’ah semakin kuat 9 Jabatan Penerangan PAS Pusat, Isu Memali Hakikat dan Realiti, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd Cet, I, hlm. 28 10 Mohd Sabu, Air Mata Memali, Selangor, Warisan Syuhada: 2010 , cet I, hlm. 48 azam dan tekad untuk tidak menyerahkan Ust Ibrahim kepada pihak pemerintah. Mereka rela mati demi mempertahankan As-Syahid. 11 Antara mereka yang dekat dengan Ustaz Ibrahim ialah Sdr. Yusuf Husein dan Pak Teh Mat Piah sudah meninggal. Mereka inilah antara yang sering melakukan rundingan dengan pihak keselamatan pada hari tersebut agar mengelakkan berlakunya pertumpahan darah terutamanya orang ramai. Namun, Ustaz Ibrahim tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyerahkan dirinya kepada kerajaan yang zalim karena baginya, beliau tidak melakukan kesalahan jenayah apapun. Tugasnya hanya memberi nasihat kepada pemerintah yang begitu kuat menganut fahaman Nasionalisme dan Sekularisme yang bertentangan dengan Islam. 12 Berita kehadiran anggota polisi untuk menangkap Ustaz Ibrahim akhirnya berjaya dihidu oleh pasukan tentera Malaysia yang berada di Negeri Kedah. Bahkan di kalangan mereka juga terdapat anggota-anggota yang sering mengikuti pengajian-pengajian agama daripada Ustaz Ibrahim. Beberapa orang di kalangan mereka akhirnya bergegas ke Kg. Memali dan memberikan peringatan kepada pasukan polisi agar mengelakkan serangan. Dengan bilangan mereka hanya beberapa orang membuatkan pihak polisi tidak mempedulikan. Di kalangan anggota t entera ini ada yang menyebut, “Ingat hari ini hari kamu. Boleh jadi satu masa nanti kita akan bertempur”. Lalu mereka meninggalkan tempat tersebut. 11 http:aneroid09.wordpress.com20090411kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim- libya Diakse pada 270311 jam 13:50 WIB 12 Op, cit, Mohd Sabu, hlm. 50 Setelah dilihat Ustaz Ibrahim enggan lagi bertemu mereka, akhirnya orang kampung diberi arahan agar mundur ke belakang. Serangan akan dilancarkan. Namun, untuk menerima arahan tersebut tidak semudah itu. Penduduk kampung yang terdiri di kalangan orang tua, kaum ibu, anak muda, wanita dan anak kecil dengan penuh keberan ian melaungkan kalimah „Allahu Akbar’ berkali-kali bagi menggerunkan pihak musuh. Golok panjang yang sering digunakan di kebun untuk tugasan harian, digenggam kuat bagi menghadapi kemungkinan- kemungkinan yang bakal terjadi. Ibu-ibu dengan golok dan buluh-buluh panjang mengusir pasukan polisi. Anak-anak kecil yang masih tidak mengerti apa itu perjuangan menghadapi pasukan polisi bersenjatakan golok dan pisau. 13 Pihak keselamatan yang panik akhirnya melepaskan gas pemedih mata dan water canon ke arah orang kampung yang kukuh berdiri tidak mahu beranjak. Seorang kanak-kanak terkena serangan tersebut lalu pingsan dengan mulutnya yang berbuih. Melihat anak kecil tersebut menjadi korban, lantas seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Cikgu Shafi’e nekad untuk melakukan serangan balas. Golok ditangan digenggam dan terus berlari ke arah anggota polisi. Subhanallah. Belum sempat goloknya singgah ke tubuh anggota polisi tersebut, sebutir peluru terus menembusi dadanya. Cikgu Syafi’e menjadi korban pertama tragedi tersebut. 13 http:aneroid09.wordpress.com20090411kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim- libya Diakse pada 270311 jam 13:55 WIB Teriakan pekik penduduk semakin kuat apabila serangan terus menerus dari mobil perisai polisi dilakukan. Seorang demi seorang tumbang menerima hadiah peluru dari Kerajaan Barisan Nasional. Rumah Ustaz. Ibrahim dirempuh kasar. Akhirnya peluru me nghinggapi juga tubuh ulama’, pendakwah dan pemimpin gerakan Islam ini. Di dalam pelukan dan tangisan istrinya, beliau menghembuskan nafas terakhir. Beliau sempat bert anya, “abang kena apa?”. Si ist ri menjawab, “abang ditembak”. Menjelang waktu Zohor, hujan rintik-rintik turun membasahi Kg. Memali. Hujan rahmat yang turun sebagai saksi kezaliman pemerintah yang rakus mengahdapi rakyat yang serba kekurangan. Operasi pembersihan dilakukan segera agar bau bangkai jinayah mereka dapat ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia. Korban yang terbunuh diangkat ke dalam truk-truk polisi. Di dalamnya turut dimuatkan beberapa ekor anjing buat menemani para syuhada’. Ada penduduk kampung yang terluka karena ditendang . Mereka menyebut, “ ada lagi yang belum mati”. Semua penduduk kampung dimasukin ke dalam truk polisi untuk dibawa ke balai polisi. Yang terluka dibawa ke rumah sakit. Maklumat dijaga agar tidak sampai kepada media atau orang ramai. Tahanan diugut agar merahasiakan kejadian. 14 Beberapa hari kemudian barulah mereka dibebaskan. Jenazah dipulangkan semula dengan bilangan korban seramai 14 orang semuanya. Maka bermulalah 14 Op, cit, Mohd Sabu, hlm. 55 perbalahan di antara pihak berkuasa agama Majlis Fatwa Kebangsaan dengan penduduk. Mereka mendakwa Ustaz Ibrahim Libya dan 13 yang lain mati sebagai Syuhada’ dan perlu diuruskan sebagai orang mati syahid. Pandangan ini diambil dari tuan-tuan guru di pesantren-pesantren Negeri Kedah yang melihat bahwa mereka ini mati karena mempertahankan agama dan nyawa mereka. Bagi pihak berkuasa agama di bawah pemerintah, mereka terus ditekan untuk mendakwa Ustaz Ibrahim dan lain-lain mati sebagai Bughah penderhaka kerajaan Islam dan wajib diurus sebagai orang mati biasa. Penduduk tetap dengan keyakinan mereka. Akhirnya para korban diurus sebagai syuhada’ dengan tidak dimandikan beserta pakaian mereka yang masih basah dengan darah yang terus mengalir walaupun telah beberapa hari ditembak. 15

D. Hal-Hal Yang Terkait Dengan Politik dan Hukum

Tanggapan awal semua pihak, terutama pembela dan yang bersimpati dengan Ustaz Ibrahim Libya dalam insiden Memali, itu adalah tanggungjawab Menteri Dalam Negeri ketika itu, Dat o’ Musa Hitam yang juga menjabat wakil Perdana Menteri. Dalam sehari dua menjelang tragedi Memali itu, laporan media banyak tentang jadwal kunjungan Perdana Menteri, Dr. Mahathir ke Beijing. Rakyat berfikir Perdana Menteri sudah di luar negara ketika ledakan itu. Dekade 15 Jabatan Penerangan PAS Pusat, Isu Memali Hakikat dan Realiti, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd Cet, I, hlm. 30 2M Mahathir Musa diliat sebagai perkongsian kuasa yang menarik. Bila saja Dr. Mahathir keluar negara, maka secara automatis Dato’ Musa Hitam menjadi wakil Perdana Menteri. Beliau berkuasa penuh semasa ketiadaan Perdana Menteri. Justru itu Musa Hitam dipercayai rakyat sebagai orang yang paling penting bertanggungjawab dalam pertumpahan darah itu. 16 Itulah persepsi umum, banyak menyalahkan Musa Hitam atau Musa Hitamlah yang menjadi dalangnya. Ramai yang senang apabila beliau dipecat dari jabatan wakil Perdana Menteri. Ada yang beranggapan itu adalah balasan atas angkaranya. Beberapa nama penting dalam kerajaan dipercayai berperanan dalam ka sus itu, seperti Dato’ Rais Yatim, Menteri Penerangan karena suaranya menjadi suara latar dalam video peristiwa Memali, Da to’ Radzi Sheikh Ahmad, wakil Menteri Dalam Negeri yang mengeluarkan kenyataan mengenainya, Tan Sri Amin Osman, wakil Ketua Polisi Ne gara dan Dato’ Yahya Yeop Sani, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam yang menjadi ketua polisi dalam operasi di Memali itu terkeluar dari kedudukan masing-masing dan hilang dari pandangan umum. Lalu ada yang mengira ia adalah gara-gara tempias bahana Memali tadi. Mungkin tidak demikian tetapi tanggapan itu sudah membatu dalam pemikiran pembenci kejadian itu. 16 R iduan Mohamad Nor, Memori Tragedi Memali, Selangor, Percetakan Zafar Sdn Bhd: 2010 , cet I, hlm 55