Riwayat Hidup Ibrahim Libya
                                                                                negeri  Kedah  dan  Perlis  ketika  di  peringkat  sekolah  SMA.  Ustaz  Ibrahim melanjutkan  pelajarannya  ke  Akademi  Islam  Nilam  Puri,  Kelantan,  yang
merupakan pusat pengajian tinggi Islam yang terkenal di Malaysia. Kelantan pada waktu tersebut sedang diperintah oleh PAS, sebuah gerakan Islam tertua tanahair
yang  menggerakkan  pendidikan  Islam  dengan  bersungguh-sungguh.
3
Akademi Islam  Nilam  Puri  melahirkan  ramai  tokoh  ulama  dan  pendakwah  yang  disegani,
sebutir mutiaranya yang berharga ialah Ustaz Ibrahim Libya sendiri. Tokoh dakwah ini berkelana di beberapa buah Negara untuk menimba ilmu
agama  dengan  harapan  untuk  berbakti  kepada  masyarakat.  Beliau  mendapat pendidikan tinggi Darul Ulum di Deoband, India yang terkenal pada tahun 1968.
India  Utara  seperti  Uttar  Pradass  sangat  terkenal  dengan  pusat  pengajian  ilmu hadith  Nabi  SAW.  India  utara  sejak  zaman  berzaman  disegarkan  dengan
pengajian  kitab  turath  terutama  di  zaman  kerajaan  Islam  Moghul  yang  telah memayungi tradisi intelektual.
4
Dalam  kesempatan  berada  di  India  yang  menyaksikan  pertembungan panjang Islam dan Hindu, beliau menjelajahi beberapa buah negeri. Ustaz brahim
Libya mengkaji gerakan Islam fenomenal di subcontinent itu yaitu Jamiat Islami yang  ditubuhkan  oleh  Maulana  Maududi.  Semua  ini  memberikan  sejuta
3
http:aneroid09.wordpress.com20090411kisah-benar-tragedi-memali-ustaz-ibrahim-libya Diakse pada 270311 jam 13:45 WIB
4
R iduan  Mohamad  Nor,  Memori  Tragedi  Memali,    Selangor,  Percetakan  Zafar  Sdn  Bhd:
2010 , cet I, hlm 50
pengalaman  berharga  sebagai  daie  sekembalinya  ke  tanahair.  Jamiat  Islami sebagai  sebuah  gerakan  sentiasa  berhadapan  dengan  ancaman  dan  tekanan
daripada  pemerintah,  terutama  di  Pakistan.  Maududi  sendiri  merupakan  ikon kepada  Ibrahim  Libya,  yang  namanya  sentiasa  disebut  dalam  program  tarbiah
pemuda. Ustaz  Ibrahim  Libya  melanjutkan  lagi  pendidikannya  di  Universitas  Al-
Azhar, sebuah pusat pengajian tinggi tertua di dunia. Ardul Kinanah dengan angin Sahrawi  lembut  bertiup  panas  mendamaikan  tetamu  ilmu  yang  datang  dari
pelbagai belahan dunia Islam, Kaherah tidak pernah bosan berkongsi ilmu. Salah seorang anak muda  yang tidak jemu mendatangi  dewan kuliah dan mengunjungi
para ulama  yang bersedia menabur ilmu  ialah  Ibrahim Mahmud, keberahian dan keterujaannya pada ilmu begitu tinggi.
5
Ustaz  Ibrahim  belajar  dengan  bersungguh-sungguh  di  Mesir,  beliau mendapat  ijazah  Sarjana  Muda  Syariah,  bahkan  dua  tahun  selepas  pengajian
secara  formal  beliau  terus  bertamu  di  Kaherah  untuk  belajar  bertalaqi  dengan ulama-ulama  besar  Mesir.  Beliau  dengan  perasaan  penuh  minat  yang  amat
mendalam  terhadap  dakwah  terus  menyambung  pelajarannya  ke  benua  Afrika, beliau  bertamu  di  Libya  dengan  mendapat  biasiswa  dari  kerajaan  Libya.  Pada
tahun  1973  beliau  memasuki  Maahad  Dakwah  Tropoli  dan  akhirnya  mendapat ijazah  dakwah  tertinggi.  Di  Libya  juga  beliau  sempat  mengunjungi  tokoh  besar
5
Ibid, hlm 55
Ikhwanul Muslimin, Sheikh Abu Salam. Pergerakan sosio politik ini menghadapi tekanan yang buruk di Negara-negara Afrika Utara seperti Libya. Pengalaman di
Libya  sangat  bewarna  warni  bagi  Ustaz  Ibrahim,  kebenciannya  kepada  kuasa kuffar dibenih secara sistematik ke dalam jiwa beliau.
6