Tawhid sebagai Penyerahan diri dan Ketaatan:
14. Tawhid sebagai Penyerahan diri dan Ketaatan:
Ketaatan dari sudut pandangan al-Qur an terdapat dua bentuk:
1. Ketaatan mutlak dengan penyerahan tanpa soal-jawab terhadap apa yang diperintahkan kepada manusia.
2. Ketaatan kepada mereka yang berhak untuk ditaati (wilayah) terhadap kita. Demi kepentingan kita dan umum juga dari sudut
pandangan kecenderungan manusia amatlah penting untuk taat kepada wali bahawa Nabi-nabi as, Imam as dan pemimpin- pemimpin yang mempimpin umat pada zaman keghaiban Imam Mahdi as menurut hadith-hadith yang sahih, ibubapa dan seterusnya. Syarat-syarat yang menyebabkan ketaatan kepada mereka wajib adalah mereka tidak menyeleweng daripada jalan keadilan dan syariah. Maka menjadi tugas dan tanggungjawab orang ramai meneliti tentang hal ini dan menjauhkan daripada mereka yang menyelewengn daripada hukum syariah dan zalim. Seterusnya ketaatan yang demikian bukanlah ketaatan mutlak.
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putara Maryam; padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (9: 31)
Muhammad ibn Yaqub al-Kulaini (329H) dalam kitabnya al-Kafi, berkata bahawa:
Beberapa orang sahabat-sahabat kami meriwayatkan daripada Abu Basir bahawa dia bertanya daripada Imam Sadiq as berkenaan dengan ayat-ayat Allah:
Mereka menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah (9: 31)
Imam berkata: Demi Allah, mereka (rahib-rahib yahudi dan orang alim kristian) tidak pernah menyeru (pengikut) mereka menyembah diri mereka kerana jika mereka menyeru mereka (pengikut), sudah tentu mereka membalas seruan mereka itu. Sebenarnya, mereka golongan rahib dan alim ini menyampaikan yang halal sebagai haram (mengikut kehendak diri mereka sendiri) dan begitu juga di sebaliknya.
Al-Kulaini juga memetik riwayat yang sama dengan rujukan kepada sumber lain di mana Imam as telah menegaskan perkara berikut:
Demi Allah, mereka (penganut Kristian) tidaklah berpuasa kerana rahib- rahib mereka atau beribadah kerana mereka tetapi sebenarnya mereka mengikuti mereka (para rahib) dengan taqlid buta apabila rahib-rahib mereka mengeluarkan hukum yang haram sebagai halal dan yang halal sebagai haram. (2: 53)
Para mufassirin Syiah secara umum menafsirkan ayat Qur an ini merujuk kepada hadith yang sama. Imam Fakhr al-Razi (543 atau 4-406H) juga dalam tafsirnya al-Kabir menulis:
Ketahuilah Allah SWT menggunakan perkataan ittakhidzu (mereka telah mengambil) menerangkan bahawa golongan Kristian dan Yahudi telah melakukan perbuatan syirik. Ada beberapa isu yang dapat dipertimbangkan dalam ayat ini seperti berikut: Isu pertama.... Isu kedua: Kebanyakan mufassirin berpegang bahawa istilah Arbaban (Tuhan-tuhan) yang terdapat dalam ayat ini bukan bermaksud orang alim dan rahib-rahib tetapi ia merujuk kepada pengikut yang berada di bawah mereka yang menerima secara taqlid buta apa sahaja yang mereka
katakan. Ada sebuah hadith tentang dengan Adim bin Hatam [9] bahawa ketika beliau masih lagi seorang Kristian, pada suatu hari datang bertemu Nabi SAWAW dan Nabi SAWAW membacakan Surah al- Baqarah (2: 165). Apabila beliau SAWAW sampai kepada ayat ini, Adi Berkata Aku berkata kepada Nabi SAWAW bahawa kami tidak menyembah mereka. Nabi SAWAW berkata: tidakkah mereka mengiystiharkan yang halal sebagai haram dan tidakkah anda mengisytiharkan perkara yang sama? Adi berkata: Benar. Kemudian Nabi SAWAW berkata bahawa hal itu sama seperti menyembah mereka.
Al-Razi berkata: Aku berkata kepada Abu al-Aliyyah apakah perkara yang menjadi kebiasaan rahib-rahib dan orang alim di kalangan Bani Israel sehingga mereka dianggap sedemikian rupa?
Dia menjawab: Apabila mereka menemui sesuatu dalam Kitab Suci yang bertentangan dengan kata-kata yang diucapkan oleh rahib-rahib dan orang alim, mereka menerima apa yang dikatakan oleh para rahib dan orang alim dan menolak apa yang terkandung dalam Kitab Suci. 916:
36, 37,. Tafsir al-Kabir).