Rekod dari Kitab-kitab Pada Zaman Sebelum Islam
20. Rekod dari Kitab-kitab Pada Zaman Sebelum Islam
21. Upanishad Ajaran agama Hindu adalah berasaskan pantheisme di mana langit, bumi, tinggi dan rendah, manusia dan alam, segalanya menunjukkan (kesatuan dalam berbilangan dan berbilangan dalam satu kesatuan). Agama Hindu tidak memisahkan alam daripada Tuhan dalam bentuk Pencipta dan makhluk. Dalam kitab Upanishad, yang merupakan sebahagian daripada kitab ke lapan Hindu, terdapat beberapa petikan yang menerangkan tentang langit sebagai dunia Brahma dan sebagainya, dan dikatakan bahawa jiwa manusia selepas disucikan daripada kekotoran dan mencapai kesempurnaan naik ke langit dan bersatu dengan Brahma atau kemudian menjadi Brahma.
3. Sesungguhnya tempat bagi jiwa ialah hati sesungguhnya sesiapa yang beransur-ansur menyedari hal ini akan mencapai ke alam yang tinggi.
4. Sekarang jiwa yang tenang akan meninggalkan jasad dengan pantas dan mencapai kehidupan yang luhur; justeru, ia kelihatan dalam bentuknya yang sebenar. Inilah yang dikatakan sebagai jiwa, ia bersifat kekal. Ia adalah Brahma.
5. Sesungguhnya ada tiga tahap Sat-ti-yam. Sat merujuk kepada kewujudan, yang kekal ti bermaksud fana; yam menyatukan kedua-duanya, justeru ia dipanggil yam dari hari ke hari, sesungguhnya barang siapa yang mengenalinya, akan mencapai alam yang tinggi. [13]
6. Semua kejahatan akan berpaling dari sana, kerana dunia Brahma bebas dari sebarang kejahatan. [14]
7. Tetapi hanya orang yang dapat mencapai alam Brahma yang hidup dengan baik; mereka akan mencapai alam yang kekal dan kebebasan mutlak.
Sesungguhnya ada dua kehidupan di alam Brahma di langit ketiga dan ia adalah Aya, Nya, ada sebuah tasik bernama Aairamad ya yang diberkati dan dari sana memancar air; di sini terdapat sebatang pokok berdaun lebar bernama Samasavana; di sini ada kota bernama Aparjitah; ada tempat kediaman suci daripada emas.
Tetapi hanya mereka yang hidup dengan kebaikan dapat menemui dua sungai ini (Aya, Nya). Hanya mereka ini yang dapat memiliki alam Brahma. Mereka menikmati kebebasan yang kekal.
3. Dalam Avesta terdapat banyak rujukan tentang alamlangit (Jahan-e-Minawi). Kami dapati terdapat ciri-ciri tertentu tentang alam langit dalam Avesta yang diterangkan ayat-ayat demi ayat seperti alam langit adalah rumah Tuhan dan para malaikat.
Wahai Ahura Aku memohon kepadamu, terangkan kepadaku: Adakah aku yang mensucikan orang-orang yang baik daripada
dosa dan memandu mereka ke jalan yang lurus, dengan izin dari Tuhan langit dapat memberikan mereka kehidupan yang baik di mana mereka dimasukkan ke rumah sepertinya, Wahai Mazda, dengan Urdibehist dan Brahman dalam tidur nyenyak [17].
Alam langit adalah bertentangan dengan alam fana dunia ini. Wahai Mazda Ahura! Anugerahkan kepadaku dengan rahmat
Urdibehist yang membebaskan orang yang baik , membuat kebajikan
dalam dua dunia; langit dan dunia; Aku dengan sifat-sifat yang baik mendekatinya[18].
Alam langit adalah alam Ahura Mazda yang dicipta untuk memberi ganjaran kepada orang-orang yang baik.
Wahai Mazda, ketika para pembuat dosa dan para penyembah kejahatan akan menerima hukuman, mintalah Brahman supaya dia membuka pintu alam langit kepada orang-orang yang berjuang untuk menghapuskan kejahatan dan berusaha mencapai kemenangan bagi kebenaran dan kebaikan. [19]
Alam langit adalah bersamaan dalam Bahasa Parsi Asman[20], ruh penjaga alam langit.
Aku memuji Asman, satu tempat yang baik untuk kemenangan (Behist), satu tempat yang menunjukkan kegembiraan; Aku memuji Asman itu[21].
Perintah Ahuraamazda adalah dari langit, iaitu dikeluarkan dari Asman; Wahai Izad (Tuhan), Engkau tidak menolak untuk menolong dan
memberikan perlindungan kepada kami, dan dengan pertolongan Urdibehist, kami akan mendapat manfaat dengan kekuasaan dan pentadbiran alam langit, aku dapat berdiri bersama para pengikutku yang patuh kepada perintah alam langit dan berjuang menentang orang-
orang yang tidak beriman dan menghina peraturannya, dan berjuang untuk menghapuskan mereka.[22]
Langit memelihara bumi: Wahai Ahura! Aku memohon kepadanya, nyatakan kepadaku
siapakah yang memelihara langit pada tempatnya dan tidak jatuh ke bawah. [23,24]
Pemeliharaan ini adalah dengan bantuan Farvahrs, yang berkuasa dan beroleh kemenangan.
Ahuramazda menyampaikan kepada septiman Zardusht, berkata: Wahai Septiman!, sesungguhnya Aku membuatkan engkau sedar kebesaran dan kekuasaan dan pertolongan Farvahrs, dan menyatakan kepadanya bagaimana kemenangan dan kebaikan Farvahrs dengan pantas menolongku.
Wahai Zardust kerana kuasa dan kekuatannya aku memelihara langit yang tinggi dari jatuh dan memusnahkan bumi. Langit yang dijagan oleh ruh-ruh yang mulia yang meliputi dari satu ufuk ke satu ufuk umpama logam yang cair dan kemerahan yang kelihatan di lapisan ketiga. Langit umpama kain yang ditenun dengan bintang- bintang di dalamnya ada Mazda, Mehr, Shan dan Sepandarmedh. Langit pada awal dan akhirnya tidak musnah[23].