Pernyataan Terakhir
45. Pernyataan Terakhir
Bahagian ini berkenaan dengan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dalam al-Qur an, dengan rujukan khusus kepada perbuatan Allah SWT. Seseorang akan menemui banyak Nama dan Sifat Allah yang melebihi seratus perkataan. Kami menemui banyak Nama dan Sifat dalam solat- solat dan doa-doa. Misalnya seribu Nama dan Sifat Allah terkandung dalam doa yang dipanggil Jawshan Kabir.
Kebanyakan Nama dan Sifat yang digunakan untuk Tuhan adalah kata terbitan sama ada dalam istilah atau pengertiannya dan pengertian kata terbitan membawa kepada maksud yang luas. Seseorang tidak boleh berasa yakin kepada jumlah tertentu tentang Nama dan Sifat Allah. Golongan ilmu kalam dan sufi juga beranggapan bahawa Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan tidak terbilang banyaknya. [61]
Inilah rumusan kepada ajaran metafizik yang disebut dalam al-Quran yang berkaitan dengan ilmu Tuhan [62]. Ilmu jenis ini diambil daripada sumber yang sahih iaitu wahyu. Pada ketika yang sama ia juga berasaskan kepada ilmu kesedaran manusia yang dicapai melalui pemikiran yang mendalam terhadap tanda-tanda kebesaran Tuhan yang meliputi pada Nama-nama dan Sifat-sifatNya. Ini merupakan ilmu pengetahuan yang dapat menghilangkan dahaga orang yang dahaga yang ingin mengetahui kepentingan Nama-nama dan Sifat-sifat Tuhan dan nampaknya terdapat masalah praktikal seperti mana yang kita hadapi iaitu ketika menyesuaikan kepada kehidupan.
Dalam pendekatan ini tidak ada ruang kepada perbahasan yang tidak bermanfaat dan sia-sia yang mendatangkan keburukan kepada kehidupan individu begitu juga kepada ummah. Ini merupakan satu pelajaran yang patut kita pelajari supaya dapat mengelakkan dan menjauhkan diri daripada pertentangan yang tidak berpenghujung dan tidak berfaedah dalam bidang metafizik. Maka perbahasan sedemikian dan sebarang kontroversi tidak akan membawa kita kepada sebarang kesimpulan yang tertentu, kerana kebanyakannya timbul dari kejahilan dan prejudis.
Al-Qur an mengkritik orang-orang yang mengambil jalan ini khususnya dalam soal metafizik.
Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu
membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya. [3: 66]
Saya berdoa kepada Allah supaya kita tidak digolongkan sebagai orang yang terlibat dalam pertentangan yang sia-sia. Kata-kata kami yang terakhir adalah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Nota Kaki Bab VI
1. Persidangan ini merupakan persidangan sosial yang muncul secara beransur-ansur dalam proses sosial dan tidak dibentuk melalui penerimaan yang dicapai di kalangan satu kumpulan manusia.
2. Ism (nama) diambil dari kata simah bermakna simbol.
3. Bagaimanakah kita mengenalNya? Seseorang hanya sekadar boleh berkata Dia . (Upanishad, 376).
4. Al-Kulayni, al-Kafi, Juz.2. hlm. 82.
5. Ibid, hlm. 84.
6. Saduq, Asrar al-Tawhid, hlm. 102.
7. Keterangan lanjut, sila rujuk Maqalat al-Islamiyyin, Juz.1, hlm. 66
8. Ia menerangkan kepada doktrin yang terkemuka bahawa Tuhan adalah ruh dunia ini . Doktrin ini ada dalam Upanishad.
9. Nahjul Balaghah, (1 -151).
10. Bharatan Kumarpa, The Hindu Conception of the Diety (London, 1934)
11. U.M. Miller, The History of the Ancient Church in the Empire of Rome and Iran. (Germany, 1931), hlm. 245.
12. Upanishad, hlm. 424.
13. Chandogya Upanishad, hlm. 288
14. Ibid, hlm. 288.
15. Ibid, hlm. 289.
16. Ibid, hlm. 289.
20. Asman adalah nama kepada malaikat yang menjaga langit (f.t. Avesta).
21. Avesta, 27: 346.
22. Ibid, 14: 65-66.
23. Ibid, 4: 68. Berbanding dengan al-Qur an yang menyatakan tentang pemelihara ini: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya; dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Ia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. [35: 41]
24. Exodus 19: 18-24
25. Ibid, 24: 1-2
26. Ibid, 19: 19-12.
27. Genesis, 18: 20-23
31. Qur an, 40: 36-37
32. Mathew, 5: 44-45
33. Ibid, 6: 9-11
34. Ibid, 5: 10
35. Dari ayat di atas tentang (Sama al-Dunia) langit terdekat, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa al-Qur an menganggap ruang antara bintang-bintang sebagai satu langit. Ia juga sebagai langit pertama, langit yang paling rendah dan dekat kepada kita. Lantaran itu ayat langit yang tujuh yang banyak digunakan dalam ayat-ayat Qur an bukanlah satu pernyataan simbolik dan dalam maksud yang sebenar ia menunjukkan bilangan langit, iaitu ia berbeza dengan lapan langit atau sembilan langit yang dipercayai dalam ilmu astronomi terdahulu dan mengikut doktrin tersebut dari langit pertama sehingga langit ketujuh merupakan tempat planet-planet. Langit kelapan merupakan tempat bagi tubuh yang tetap, dan langit yang kesembilan sebagai Atlas, iaitu tempat yang tidak berbintang. Bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang hal ini, sila rujuk kepada perbahasan-perbahasan dan buku-buku berkenaan perkara ini, menurut doktrin berkenaan.
36. Sidratul-Muntaha dalam ayat-ayat Qur an mempunyai persamaan dengan pohon someh dalam Upanishad,hlm. 203.
37. Mathew, 5: 34-35
38. Penggunaan istilah secara tidak langsung adalah perkara yang biasa dalam tulisan-tulisan yang berunsur simbolik.
39. Terdapat beberapa pandangan yang sama dalam ayat-ayat kedua dan ketujuh, Genesis, Old Testament.
40. Pandangan ini berakar umbi dari kebudayaan bukan Islam. Misalnya, dalam Old Testamenet, Exodus, 24: 10.
41. Walaupun kita menemui hadith-hadith daripada Nabi SAWAW dan para Imam AS berkenaan dengan Arasy tetapi kajian tentang kesahihan hadith-hadith tersebut di luar bidang tulisan ini.
42. Teori ini lebih kurang menyamai teori sains dengan merujuk kepada buku Science For the Intelligents hlm. 27-113
43. Perbincangan lanjut tentang Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang dibincangkan dan perbahasan tentang lihat halaman 11 dan tentang rahmat Allah lihat halaman
44. Qaisari, Sharheh fusus e-Qaisari, hlm. 20.
45. Tabarsi, Majma ul-Bayan, Juz. 9. hlm. 175
46. Mulla Sadra, al-Shawahid al-Rubbubiyyah, hlm. 48.
47. Ini salah satu pengertian pantheisme yang menyebabkan sukar untuk membezakannya dengan doktrin kebendaaan tertentu berkenaan dengan dunia ini.
48. Allamah Hilli, Kashf al-Murad, hlm. 182.
49. Ibid, hlm. 182-184.
50. Besar kemungkinan perkara ini berakar umbi dari kitab Torah, kerana terdapat banyak contoh dalam Genesis dan Exodus yang menyebut Tuhan bertemu Nabi Ibrahim dan Yaakub.
51. Ash ari, Maqalat al-Islamiyyin, Juz. 1 hlm. 263.
52. Ibid, hlm. 321-322.
53. Seperti juga dengan ayat 6: 103, 7: 143.
54. Dalam Surah 4: 153 peristiwa yang sama juga disebutkan.
55. Zoroaster juga menyebut tentang pertemuan dengan Tuhan dengan penyaksian matanya sendiri: Ahura Mazda, apabila aku melihat Engkau dengan mataku sendiri, fikiran melayang tentang diriMu dalam hatiku bahawa Engkau wujud yang awal dan akhir dan bapa kepada Tuhan. (Avesta, 8: 43)
56. Tidak ada keraguan bahawa fungsi setiap sistem dihubungkan dengan sistem saraf tunjang. Malahan para ahli anatomi yang maju percaya dalam arahan berpusat untuk setiap sistem bertempat di otak. Tetapi setiap perbuatan yang dihubungkan dengan arahan daripada otak tidak boleh dipanggil tingkah laku voluntari. Namun demikian terdapat beberapa orang yang mengawal perbuatan mereka dengan latihan dan pertapaan. Mereka mungkin dapat mengawal sesetengah sistem tetapi kawalan seperti ini jika benar adalah terbatas dan tidak meliputi semua orang.
57. Tabarsi, Majma al-Bayan, Juz. 2, hlm. 362.
58. Mulla Sadra, Tafsir-e Mulla Sadra, hlm. 305-306.
59. Sayyid Qutb, Fi Dzillalil Qur an, 1: 49.
60. Surah 2: 117, 3: 47, 16: 40, 19: 35, 40: 68 merujuk hal ini. Dalam sesetengah ayat lain, ia menekankan tentang perintah Tuhan yang meliputi segala sesuatu.
61. Ini merupakan satu fahaman tertentu dalam falsafah wujud iaitu kini dipanggil faham existentialisme. Kewujudan manusia
223
mendahului zatnya, dan dan zat manusia dibentuk dan dikembangkan oleh dirinya sendiri.
62. Qaisari, Sharh Fusus-e Qaisari, hlm. 20.
63. Dalam buku ini, sesetengah isu umpamanya tentang ilmu Tuhan, keadilan Tuhan dan sebagainya dibincangkan secara ringkas, walaupun setiap tajuk ini memerlukan perbincangan terperinci yang panjang lebar mencakupi berjilid-jilid buku. Agak beruntung, pada masa ini terdapat buku-buku yang telah ditulis tentang sesetengah isu oleh para ilmuan Islam yang baik dalam penulisannya. Kami berharap buku-buku yang berkenaan dengan perkara lain dalam tajuk ini dapat di tulis dan diterbitkan.