Apakah Arsy Allah dan di manakah ia berada?
29. Apakah Arsy Allah dan di manakah ia berada?
Selain daripada ayat-ayat di atas istilah Arsy juga digunakan dalam ayat- ayat lain seperti berikut:
Dan diangkat ibubapanya di Arsy dan mereka sujud kepadaNya. "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan
ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana (Arsy) yang besar [27: 23].
Dalam ayat-ayat ini dalam ayat-ayat yang seumpamanya seperti dalam ayat 27: 28, 38: 41, 41: 42, istilah Arsy digunakan dalam maksud yang yang biasa digunakan misalnya Arsy yang diduduki oleh raja yang memerintah yang memberikan arahan kepada orang-orang disekelilingnya agar menurut perintahnya.
Adakah ayat-ayat tentang Arsy Allah menunjukkan bahawa Allah duduk di atasnya seperti raja dan mengeluarkan perintah dari sana hanya dengan perbezaan bahawa ArsyNya lebih besar dengan kebesaranNya dan kepentinganNya?
Dalam Bible Arsy Tuhan dirujuk seperti berikut: Tetapi Aku ini berkata kepadamu: Janganlah sekali-kali kamu
bersumpah, baik demi langit, karena ia itu arasy Tuhan, atau demi bumi, karena ia itu alas kaki-Nya, ataupun demi Yeruzalem, karena ia itu negeri Raja yang Mahamulia [37].
Jika akal kita cuba memberikan gambaran tentang Tuhan daripada ayat yang disebut dalam kitab Bible itu, kita melihatNya dalam bentuk seorang gergasi yang amat besar yang mempunyai kaki, apabila Dia duduk di langit, kakinya terjulur di bumi. Tetapi persoalannya ialah, jika seorang pembaca kitab Bible membaca ayat yang dipetik dari Mathew:
5: 34-35 benar-benar berfikir seperti itu, atau hanya mengambil metaphora atau perumpamaan yang menunjukkan kekuasaan Tuhan meliputi semua langit dan bumi seperti mana yang dilakukan oleh al- Qur an:
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) [2: 255].
Kursi satu lagi bentuk yang menyamai Arsy . Jika Kursi bermaksud Arsy dan dengan Kursi (Kerusi) yang diletakkan pada takhta untuk
seorang raja duduk bersemayam di atasnya, dengan menteri-menteri dan para jurutulisNya duduk atau berdiri di bawahnya dan para pembantuNya menundukkan kepala (maka Tuhan akan dilihat seperti seorang raja diktator). Maka hal ini tidak sedemikian, kerana ayat ini menunjukkan bahawa seluruh alam ini adalah berada di bawah kekuasaan Tuhan.
Lantaran itu, istilah Arsh merupakan metaphora untuk menunjukkan Kekuasaan dan Pemerintahan Mutlak milik Tuhan. Al-Qur an menyebut dalam Surah 7: 11, Arsh Tuhan adalah di atas air sebelum penciptaan langit dan bumi. Takhta dan Kerusi tidak akan dapat berdiri di atas air kecuali ia dalam bentuk perahu atau kayu terapung. Ayat ini, menunjukkan bahawa langit dan bumi belum dicipta dan alam ini dalam bentuk air dan pemerintahannya meliputi air sebelum penciptaan alam ini [39] tetapi selepas penciptaan langit dan bumi, pusat pemerintahan Tuhan berpindah kepada langit dan bumi di mana Dia berkuasa ke atas langit dan bumi.
Maka bagi kebanyakan ayat-ayat Qur an tentang Arsh, kita hendaklah menerima pengertian seperti yang dinyatakan ini. Tetapi dalam ayat 40: 7; Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi
segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka dan 69: 17; Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu , mengambil pengertian ini secara langsung tidak dapat diterima, kerana kita boleh menafsirkan ayat-ayat tersebut seperti ini:
Arsh Tuhan wujud dalam bentuk nyata dan boleh berpindah dari satu tempat ke tempat lain, kerana pada Hari Kebangkitan ia akan dibawa ke atas kepala-kepala manusia pada hari tersebut.
Maka terdapat di kalangan Muslim beranggapan Arsh Tuhan dalam bentuk takhta yang berada di pusat langit. Takhta itu diperbuat daripada batu permata nilam [40] dan pada setiap kakinya tertulis ayat-ayat.
Tidak dapat diragukan bahawa para ilmu Muslim sejak dari zaman awal lagi mempercayai konsep yang agak ganjil seperti itu dan ia tidak sesuai dengan kedudukan Tuhan yang dinyatakan dalam al-Qur an sebagai bebas dari sebarang kehendak dan keperluan, maka dengan ini Arsh hanyalah merupakan satu simbol yang menunjukkan sesuatu yang tidak terbatas. Justeru persoalan ini masih tidak terjawab: Apakah Arsh Tuhan dan di manakah ia berada?