Apakah yang dimaksudkan dengan Tawhid dan tidak ada sekutu bagiNya?

18. Apakah yang dimaksudkan dengan Tawhid dan tidak ada sekutu bagiNya?

Para pemikir yang terkemuka berpandangan bahawa Tawhid dan tidak ada sekutu bagiNya adalah sama dengan Tawhid pada ZatNya yang menjadi perbahasan kepada ahli falsafah dan irfan. Keterangan yang paling mudah tentang Tawhid dapat dikemukakan seperti di bawah:

Apabila kita katakan Tuhan adalah Satu , ia membawa maksud bahawa Tuhan adalah Zat Yang Esa yang tidak boleh dikaitkan dengan berbilangan. Walaupun tidak mungkin untuk menggambarkan sebarang dua wujud atau dua jenis yang menyamaiNya, maka Keesaan hanya dikaitkan dengan Zat dan Tawhid atau KeEsaan adalah wajib kepada ZatNya.

Lantaran itu, untuk memahami Keesaan Tuhan, adalah penting sekurang-kurangnya mengetahuiNya dengan betul, iaitu mempunyai konsep yang betul tentang istilah Tuhan dalam kotak fikiran kita. Jika kita memahami istilah ini dengan betul, maka secara automatik kita akan sampai kepada kesimpulan yang dimaksudkan itu. Jika Tuhan itu wujud, Dia adalah Esa dan tidak mungkin dua atau banyak, kerana ZatNya tidak

sesuai dengan keduaan dan berbilangan. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, marilah kita mengambil contoh: Lihat satu garisan yang kita anggap berkembang kepada dua hujung secara infinitif. Sekarang, kita anggap satu lagi garisan selari dengannya dan berada pada jarak satu meter dari garisan yang pertama dan ia juga berkembang secara infinitif pada kedua hujungnya. Apakah ada pertentangan pada dua garisan yang selari pada jarak tertentu itu? Adakah ia mengandungi kesukaran atau pertentangan? Tidak sama sekali, kerana pada definisi selari, dua garisan itu yang berada pada jarak yang sama dan jika ia terus berkembang pada jaraknya secara infinitif, kedua-duanya tidak akan bertemu sama sekali.

Tidak kira apa juga bentuk perbahasan tentang kebenaran definisi ini sama ada ia mutlak atau tidak, adalah jelas bahawa sekurang-kurangnya kita dapat beranggapan demikian tentang garisan-garisan tersebut.

Sekarang, marila kita lihat satu tubuh di hadapan kita. Kita katakan tubuh ini tidak terbatas dari semua arah dan sisi sama ada panjang, luas dan tinggi. Sekarang soalannya ialah dapatkah kita beranggapan satu tubuh lain yang mempunyai sifat seperti itu juga? Jawapannya ialah tidak, kerana tubuh yang pertama telah memenuhi semua ruang dan tidak ada ruang kosong untuk tubuh yang kedua salam ada secara terbatas atau tidak terbatas melainkan tubuh yang kedua memasuki tubuh yang pertama tetapi tanggapan ini juga salah kerana kedua tubuh tidak boleh memenuhi ruang antara satu sama lain. Seterusnya kita tidak boleh beranggapan dua tubuh kabur memenuhi ruang. Maka apa jua tubuh yang berada pada satu ruang tidak lain adalah tubuh yang sama.

Maka dalam kenyataan ini, kita telah membincangkan satu tubuh yang tidak terbatas dan adalah jelas bahawa kenyataan tentang satu tubuh yang tidak terbatas menolak kewujudan satu tubuh yang tidak terbatas yang lain.

Memanjangkan isu ini sama ada kemungkinan ia dapat dikaitkan kepada satu wujud yang tidak terbatas pada semua perkara. Adakah kemungkinan untuk beranggapan ada dua wujud atau lebih yang sedemikian? Tidak, kerana beranggapan dua wujud yang sedemikian maka setiap satu di antaranya haruslah berbeza daripada yang lain. Justeru, kewujudan salah satu daripada keduanya akan menghadkan kewujudan yang lain. Maka dengan ini tidak ada wujud yang tidak terbatas. Lantaran itu, Tuhan adalah Wujud yang tidak ada sekutu bagiNya dan Esa. Kewujudannya melampaui semua bentuk duaan atau berbilangan [11].