Dalil-dalil Tentang Kewujudan Dalam Falsafah Sadr ul Muta’llihin (Mulla Sadra)
16. Dalil-dalil Tentang Kewujudan Dalam Falsafah Sadr ul Muta’llihin (Mulla Sadra)
Dalam kitabnya Asfar, Sadr ul-Muta allihin mempunyai keyakinan bahawa dalil Siddiqin adalah dalil terbaik tentang kewujudan Tuhan, tetapi beliau telah meletakkan hujah-hujahnya dengan cara seperti mana yang beliau katakana, tidak melibatkan daur atau tasasul sebab-akibat. Justeru, pendekatan Sadr ul-Muttallihin merupakan satu titik-tolak kepada persoalan tentang asal-usul sebab wujud sesuatu benda.
Marilah kita perhatikan: Mengetahui bahawa terdapat banyak cara untuk mendapatkan
pengetahuan tentang Tuhan kerana Dia mempunyai banyak aspek dan kebaikan yang membenarkan setiap orang mengikuti jalannya untuk sampai kepada jalanNya [45] . Tidak dinafikan, adalah benar, bahawa sebahagian daripada pendekatan ini adalah lebih berharga, lebih kuat dan jelas berbanding dengan yang lain. Maka dalil dan hujah yang paling baik adalah dalam istilah pertengahannya [46], tidak lain daripada Wajibal Wujud itu sendiri. Dengan perkataan lain, untuk mengenalNya, maka jalan Siddiqin yang mengambil Tuhan sebagai hujah dan kesaksian kepada KewujudanNya (pembuktian kewujudan Allah dengan Allah) [48]. Seterusnya selepas membuktikan ZatNya, mereka membincangkan pula Sifat-sifatNya dan ilmu pengetahuan tentang Sifat- sifatNya kepada PerbuatanNya.
Golongan lain seperti Mutakallimun dan naturalis berusaha mendapatkan pengetahuan tentang Tuhan dan Sifat-sifatNya dengan mengkaji benda-benda lain seperti kemungkinan kepada keberadaan zatnya, kemunculan makhluk-makhluk dan pergerakan benda-benda. Ini merupakan dalil-dalil kepada kewujudan Tuhan dan Sifat-sifatNya tetapi kaedah pertama adalah lebih kuat.
Ayat berikut merujuk kepada semua jalan-jalan ini:
Maksudnya: Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Qur an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?
Ahli falsafah yang melihat kepada kewujudan itu sendiri dan mencapai kesimpulan bahawa wujud yang sebenarnya ialah tidak lain selain daripada Tuhan itu sendiri dan Dia adalah Zat yang menjadi sebab kepada kewujudan benda-benda lain. Kemudian dengan mengkaji kewujudan, disimpulkan bahawa kewujudan adalah Wajibal Wujud. Sementara Mumkin Wujud memerlukan sebab tidak boleh kaitkan dengan zat dan realiti kewujudan itu sendiri tetapi hendaklah dikaitkan dengan akibat daripada realiti kewujudan yang sebenarnya iaitu ia merupakan wujud yang berada di luar realiti wujud yang wajib. Kemudian dengan mengkaji akibat daripada wujud yang wajib dan wujud yang mumkin, mereka menemui Keesaan Zat Tuhan dan Sifat-sifatNya dan dengan mengenal Sifat-sifatNya mereka mengenal PerbuatanNya. Dan inilah jalan Nabi-nabi sebagai mana yang dinyatakan dalam al-Qur an:
Katakanlah, inilah jalanku, aku menyeru ke jalan Allah dengan pengetahuan (basirah) [12: 108]
Mengikuti penerangan beliau tentang dalil-dalil Siddiqin; iaitu memperolehi pengetahuan tentang Tuhan melalui pengetahuan yang sempurna tentang kewujudan, Sadrul Mutaalihin membuka satu bab baru di mana beliau membahaskan dalil-dalil lain yang dibahaskan oleh
ahli kalam dan ahli falsafah untuk membuktikan kewujudan Tuhan. Beliau telah membahaskan tentang wajib dan mumkin yang juga telah dibahaskan oleh Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi dan Allamah Hilli. Beliau menyatakan:
.pendekatan ini adalah pendekatan yang paling dekat kepada Siddiqin tetapi ia tidak sama dengan Siddiqin kerana apa yang ditekankan ialah keberadaan kewujudan[49] manakala pendekatan ini menekankan tentang konsep kewujudan.
Sadr ul Muttalihin mengemukakan dua asas dalam perbahasan Burhan Siddiqin dan mencapai pengetahuan tentang Pencipta melalui pemahaman sepenuhnya tentang kewujudan. Dua asas tersebut ialah:
1. Beliau bergantung kepada kewujudan sebenar itu sendiri dan ilmu pengetahuan huduri kita tentang perkara tersebut dan tidak bergantung kepada konsep kewujudan dan
2. Melalui pendekatan ini tidak ada ruang kepada lingkaran (daur) dan rantaian yang tidak berakhir (tasasul) sebab-akibat.