Kehendak Allah; Qada dan Qadar

39. Kehendak Allah; Qada dan Qadar

Lazimnya makhluk hidup yang mempunyai Pengetahuan dan Kuasa mampu mencapai apa yang dia kehendaki dan mampu berusaha untuk mencapainya. Apabila kita hendak cuba mencapai kehendak kita dengan kesedaran:

Aku berniat untuk melakukan sesuatu perkara, maka: Kehendak adalah satu kesedaran dan kekuatan yang berkesan dalam

mencapai matlamat kita. Di antara berbagai makhluk dalam dunia ini, sekurang-kurangnya haiwan

yang rasional memiliki kemampuan kehendak, iaitu apabila mereka berhajat kepada sesuatu dengan kesedaran mereka maka mereka akan berusaha untuk mencapainya. Manusia mempunyai kelebihan ini lebih daripada haiwan-haiwan lain.

Kehendak manusia lebih luas daripada haiwan-haiwan lain maka lantaran itu mengapa peranan ilmu pengetahuan dan kesedaran dalam kehidupan mereka lebih kreatif daripada haiwan-haiwan lain.Namun demikian tidak semua aktiviti yang berlaku dalam diri manusia adalah kehendaknya misalnya peredaran darah dalam tubuh manusia, sistem pernafasan, sistem pencernaan, anggota dalam tubuh badan yang mengeluarkan bahan kimia tertentu untuk keperluan tubuh. Sistem ini berjalan dengan sendirinya dan bukan dengan kehendak manusia itu sendiri [55]. Walau bagaimanapun perbuatan yang mengikut kehendak manusia mempunyai batasannya sebagai contoh manusia tidak mampu memberikan sebarang kesan kepada peredaran sistem solar atau boleh mempengaruhi ciri-ciri keturunan yang dilahirkan. Maka dengan ini kesan kepada kehendak manusia adalah terbatas. Lantaran itu seseorang itu gagal melakukan sesuatu kerana disebabkan faktor-faktor yang di luar batasan kekuasan dan ilmunya, telah menghalang kehendak seseorang daripada mencapai apa yang dia kehendaki. Tetapi Tuhan

yang mempunyai Ilmuj Pengetahuan Mutlak dan Maha Berkuasa dapat mencapai apa yang Dia kehendaki.

Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. [11: 107]

Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya. [85: 16] Tidak ada sesiapa yang dapat menghalang kuasa dan kehendakNya,

....dan kamu tidak sekali-kali akan dapat melemahkan kuasa Allah! [11: 33], Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [35: 44] dan sebagainya.

KehendakNya mentadbir keseluruhan alam ini (qada). Dan bukan kehendak yang selain dariNya [40: 20] dan apa sahaja dan ketika sesuatu benda bertindak atau bergerak maka pergerakan atau tindakannya adalah di dalam kerangka ketetapan yang telah ditentukan oleh Tuhan, kerana Dia telah menetapkan had-had tertentu pada setiap sesuatu (Qadar) [25: 2, 65: 3, 41: 10.

Manusia juga ditadbir oleh peraturan mutlak ini. Peranan kemampuannya untuk berkembang dan menyesuaikan diri dengan jalan yang benar adalah terhad, dan ditentukan oleh Qadar dan Qadar. Tuhan berkehendak agar manusia dengan kehendak dan pilihannya masing- masing menentukan masa depannya untuk kebaikan atau keburukan, cantik atau hodoh, terang atau gelap.

Malahan dalam kerangka batasan ini, tidak ada manusia atau makhluk lain yang dapat beranggapan dirinya sebagai pemerintah yang mutlak. Jika Tuhan menghendaki, Dia dapat menyebabkan manusia tidak berkuasa dan tidak dapat memberi kesan dalam hal ini.

Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat). [89: 14]

Adalah jelas bahawa perintahNya meliputi dan menguasai segala kekuasaan individu atau kumpulan yang takbur dan mereka telah diberikan amaran dan hendaklah memahami bahawa walaupun sesuatu itu berada dalam lingkungan genggaman kekuasaan dan kemampuannya, dia hendaklah ingat bahawa kehendak Allah meliputi dan mengatasi segala sesuatu tempat.

Terdapat banyak contoh dalam al-Qur an berkenaan dengan perintah dan kekuasaan Tuhan meliputi segala sesuatu seperti ayat dalam Surah

68: 17-32 secara langsung menerangkan perkara yang sedemikian: Sesungguhnya Kami telah timpakan mereka dengan bala bencana, sebagaimana Kami timpakan tuan-tuan punya kebun (dari kaum yang telah lalu), ketika orang-orang itu bersumpah (bahawa) mereka akan memetik buah-buah kebun itu pada esok pagi; - Serta mereka tidak menyebut pengecualian. Maka kebun itu didatangi serta diliputi oleh bala bencana dari Tuhanmu (pada malam hari), sedang mereka semua tidur. Lalu menjadilah ia sebagai kebun yang telah binasa semua buahnya.

Kemudian pada pagi-pagi, mereka panggil memanggil antara satu dengan yang lain - (Setengahnya berkata): "Pergilah pada pagi-pagi ke kebun kamu, kalau betul kamu mahu memetik buahnya". Lalu berjalanlah mereka sambil berbisik (katanya): "Pada hari ini, janganlah hendaknya seorang miskin pun masuk ke kebun itu mendapatkan kamu". Dan pergilah mereka pada pagi-pagi itu, dengan kepercayaan, (bahawa) mereka berkuasa menghampakan fakir miskin dari hasil kebun itu. Sebaik-baik sahaja mereka melihat kebunnya, mereka berkata: "Sebenarnya kita sesat jalan, (ini bukanlah kebun kita)". (Setelah mereka perhati dengan teliti, mereka berkata: "Tidak! Kita tidak sesat), bahkan kita orang-orang yang dihampakan (dari hasil kebun kita, dengan sebab ingatan buruk kita sendiri)". Berkatalah orang yang bersikap adil di antara mereka: "Bukankah aku telah katakan kepada kamu (semasa kamu hendak menghampakan orang-orang fakir miskin dari habuannya): amatlah elok kiranya kamu mengingati Allah (serta membatalkan rancangan kamu yang jahat itu) ?" Mereka berkata (dengan sesalnya): "Maha Suci Tuhan Kami! Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang berlaku zalim!" Kemudian setengahnya mengadap yang lain, sambil cela-mencela. Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas. "Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".