Penyerahan Terhadsap Perintah dan Wahyu dan Menjauhkan diri daripada perselisihan

15. Penyerahan Terhadsap Perintah dan Wahyu dan Menjauhkan diri daripada perselisihan

Tawhid[10] dianggap sebagai penyerahan diri dan ketaatan secara langsung merupakan perkara penting kepada para penyembah Tuhan, menyerahkan diri mereka kepada perintahTuhan berkaitan dengan urusan agama. Berhubung dengan perkara ini, mereka hendaklah

memeriksa kecenderungan dan sikap mereka bagi menjurus kepada jalan kesatuan dan perpaduan tawhid dan meninggalkan perselisihan dalam hal agama. Al-Qur an menyatakan hal ini:

Dan hendaklah orang-orang Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq. Dan Kami telah turunkan kepadamu Al-Qur an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan ujian) terhadap kitab-kitab yang lain itu, maka putuskanlah perkara yang menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allahlah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu. (5: 47-48)

Dalam ayat ini, al-Qur an telah mengemukakan satu penyelesaian yang logik dan berasas bagi menyelamatkan para pengikut agama wahyu daripada perpecahan supaya mereka semua yang beriman kepada Allah dan Rasul menjauhkan diri daripada perselisihan yang tidak berguna [9]. Setiap individu dan kumpulan dengan pemahamannya sendiri tentang wahyu hendaklah bersegera ke arah kebaikan dan dengan jalan ini mereka berlumba-lumba berbuat kebajikan bukan melibatkan diri dengan

perselisihan yang tidak memberi manfaat seperti mana yang berlaku kepada pengikut agama-agama terdahulu. Cara yang betul untuk menyelesaikan isu tersebut ialah Apa yang betul? Seseorang itu pada peringkat pertama, merujuk kepada nas al-Qur an untuk meleraikan keraguan. Jika berlaku sebarang perselisihan tentang apakah yang benar dan siapakah yang benar. Maka penyelesaian yang muktamad hendaklah diserahkan pada suatu hari di mana semua hijab akan dibuka dan para utusan wahyu akan mendedahkan kebenaran dengan sejelas- jelasnya.

Nampaknya inilah cara untuk mencapai kesatuan kepada para pengikut agama wahyu. Jika tidak, bukan sahaja pengikut salah seorang Nabi atau kitab suci akan bersengketa dengan pengikut-pengikut Nabi-nabi yang lain dan hal ini akan menyebabkan jalan Allah yang lurus dan terang benderang akan sirna, tetapi juga akan muncul perselisihan di kalangan para pengikut Nabi yang sama dan kitab yang sama berkenaan hal ini atau ijtihad yang mana yang benar kepercayaan mana pula yang benar. Malahan para pengikut kepercayaan yang sama akan berselisih dengan yang lain iaitu sama ada hendak mengikuti Mujtahid yang ini atau Mujtahid yang itu. Hasilnya cahaya wahyu akan menjadi pudar.

Lantaran itu, al-Qur an meletakkan beriman kepada Tawhid sebagai paksi kepada semua kepercayaan dan segala usaha dalam agama, dalam istilah yang khusus menyatakan bahawa perselisihan 72 firqah (72 firqah adalah satu istilah, dan merupakan istilah yang terkenal dalam Mathnavi oleh Rumi yang menunjukkan perbezaan banyak mazhab)

tentang Tawhid di kalangan orang-orang Islam sebagai kesesatan dari jalan yang betul dan larangan kepada segala perselisihan dari segi Usuluddin kecuali kepada mereka yang mungkin mendapat hidayah dan bebas daripada prasangka dan kepentingan diri. Perselisihan- perselisihan yang dilarang, adalah yang bersifat takabur di sisi Allah dan sebaliknya hendaklah mencapai kesatuan masyarakat yang berasaskan wahyu.