Tuhan Yang Maha Hidup
40. Tuhan Yang Maha Hidup
Satu kewujudan yang memiliki kekuasaan bersama dengan kesedaran dan kehendak dirinya dipanggil satu benda hidup. Perkara yang sama dapat kita tentukan seseorang individu atau masyarakat yang hidup atas asas kesedaran kehendak diri dan pengetahuannya. Umat manakah yang lebih hidup? Satu umat yang menunjukkan kesedaran kehendak yang lebih tinggi dalam kehidupannya sudah tentu lebih hidup. Di antara makhluk-makhluk hidup, manusia dianugerahkan dengan perkiraan kehidupan yang sepenuhnya. Justeru, kesedaran kehendak dalam kehidupannya merupakan yang paling mendalam dan luas.
Sekarang, wujud manakah yang memiliki kesedaran tertinggi dan ia lebih besar daripada semua wujud yang mempunyai kesedaran? Sudah tentu jawapanya ialah Tuhan. Maka Tuhan merupakan satu kehidupan dan memiliki tahap kehidupan yang maksima. Dia lah Yang Tetap Hidup 40:
65, Hidup yang tidak mati. Dan berserahlah engkau kepada Allah Tuhan Yang Hidup, yang tidak
mati; serta bertasbihlah dengan memujiNya.. [25: 58] Yang Hidup yang memiliki saradiri dan tidak pernah letih terhadap
pekerjaan atau tindakanNya. Dia tidak mengantuk atau tidur.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. [2: 255]
Alif, Laam, Miim. Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran.... [3: 1-3]
Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. [20: 111]
Istilah Qayyum dari kata akar yang dengan sama dengan Qiyam yang bermaksud berdiri.
Istilah Qa im yang merupakan subjek bermakna seseorang yang berdiri. Maka istilah Qayyum bermakna Yang kekal berdiri teguh , atau dengan perkataan yang lebih jelas Yang sentiasa hidup kekal berdiri teguh . Para mufassirin mempunyai pandangan yang berbeza tentang pengertian perkataan ini dalam al-Qur an. Tabarsi dalam Majma ul- Bayan berkata:
Istilah Qayyum bermakna seseorang yang mengekalkan penciptaan sama ada penciptaan kehidupan atau menyediakan keperluan sehari- hari kepada mereka. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain:
Tidak ada satupun makhluk bergerak di atas muka bumi yang keperluannya tidak disediakan oleh Tuhan. Pandangan ini diriwayatkan dari Qatadah. Jika dikatakan Qayyum bermakna Dia Maha Bijaksana. Ia diambil dari ungkapan Bahasa Arab. Iaitu, orang ini mengetahui apa juga yang tertulis dalam kitab ini . Dalam tempat lain Qayyum bermakna wujud berkekalan , iaitu dia yang sentiasa hidup.
Pandangan ini dipetik dari Sa id ibn Jubayr dan Dahhak. Pada tempat lain Qayyum bermaksud seseorang yang melihat ke atas mereka supaya dapat diberikan balasan baik atau hukuman mengikut pengetahuannya. Pandangan ini diriwayatkan daripada Hassan Basri. Istilah Qayyum adalah bersesuaian dengan semua penafsiran yang disebutkan ini.[56]
Dalam perbahasan falsafah istilah Qayyum diberikan pengertiannya
sebagai yang bermaksud berdiri sendiri dan tidak
bergantung kepada yang lain. Apa yang berdiri di atas kaki ini dan kewujudannya tidak diambil daripada luar dan memberikan kepada yang lain untuk membuatkan mereka berdiri. Kami bergantung kepada kamu kerana kamu berdiri di atas kaki sendiri (merdeka iaitu tidak bergantung kepada yang lain).
Sadr ul-Muta allihin (Mulla Sadra) juga cenderung untuk menerima pengertian ini selepas membahaskan isu ini dengan terperinci, beliau akhirnya membuat kesimpulan bahawa istilah Qayyum bermaksud Dia yang memiliki kebebasan dan kemerdekaan mutlak di mana semua yang lain bergantung kewujudan mereka kepadaNya . [57]
Sayyid Qutb dalam tafsirannya tentang Qayyum berkata: Iaitu yang Dia bukan sahaja mencipta makhluk tetapi mengekalkan kewujudannya . [58]. Allamah Tabatabai juga dalam al-Mizan 2: 347-348 telah menafsirkan istilah ini dengan cara yang sama seperti riwayat Qatadah dalam Majma ul-Bayan.
Kita berpandangan pengertian yang sama iaitu sentiasa berdiri, sentiasa kendiri, dan sentiasa memerhati dimana dalam terjemahan Bahasa Parsi bukan hanya bersesuaian dengan pengertian daripada pengertian literal daripada istilah Qiyam tetapi juga sesuai dengan penjelasan ayat dalam Surah 2: 255. Istilah Qayyum dalam pengertian ini bersesuaian dengan sifat Hay dan maknanya. Sebagaimana kita mengetahui bahawa semua benda hidup dalam dunia ini memerlukan tidur. Mereka perlu tidur untuk menyegarkan kembali diri mereka untuk kesinambungan hidup mereka. Tidur dikaitkan dengan kelemahan dan keletihan otot-otot tubuh badan dan setiap haiwan hidup tidur lazimnya dalam keadaan berbaring dan tidak boleh berdiri di atas. Ketika tidur biasanya sebahagian daripada tenaga keperluannya khususnya kemampuan untuk pergerakan dan kesempurnaan dalam keadaan separuh terhenti.
Al-Qur an menyatakan: Tuhan ialah Yang Maha Sempurna, yang tidak mempunyai rasa lemah; Dia Wujud yang tidak berasa letih, Sentiasa Maha Mencukupi (tidak memerlukan yang lain) dan Sentiasa Sedar, tidak tidur atau ngantuk. Justeru, Dia Sentiasa Maha Mengetahui dan
Sentiasa Maha Berkuasa. Sekarang, Marilah kita sekali lagi mengambil perhatian kepada urutan ayat dalam Surah 2: 255:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) .
Anda telah menyaksikan bahawa semua kesimpulan yang dapat diambil dari ayat ini menunjukkan kebijaksanaan dan kekuasaan mutlak Tuhan yang merupakan tanda kepada kebebasanNya daripada sebarang kelemahan berkaitan dengan sifat-sifat kehidupanNya.