Penafian Tentang Doktrin Polytheisme:
7. Penafian Tentang Doktrin Polytheisme:
Al-Qur an yang suci menafikan doktrin polytheisme (Tuhan berbilang): Allah sekali-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada Tuhan (yang lain) bersertaNya, kalau ada Tuhan bersertaNya, masing-masing Tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari Tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu. Yang mengetahui semua yang ghaib dan semua yang nampak, maka Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sekutukan. (23: 91-92)
Jika ada banyak pencipta, maka hubungan di antara mereka dengan alam ini akan berlaku seperti andaian berikut:
1. Pertama, setiap satu di antara pencipta memiliki sebahagian daripada alam ini yang dijadikan olehnya dan mengaturnya. Dalam hal ini akan wujud sistem yang terpisah atau sistem yang lain bagi setiap satu bahagian, iaitu bebas dari yang bahagian yang lain. Tetapi andaian ini adalah salah, kerana sistem alam ini diperintah dengan satu sistem yang teratur dan selari.
2. Kedua, salah satu daripada pencipta mungkin tamak dan lebih kuat dari yang lain dan tugasnya ialah membawa kesatuan dan keharmonian kepada pencipta-pencipta. Dalam hal ini dialah yang dianggap pencipta sebenar dan menguasai alam ini dan pencipta-pencipta yang lain merupakan wakil-wakilnya.
3. Ketiga, marilah kita membuat andaian bahawa semua pencipta mentadbir dunia dan tidak ada had atau pembahagian dalam penguasaan mereka dan mereka beroperasi di mana juga yang mereka sukai. Hasilnya, sistem yang seperti ini ialah akan berlaku konflik dan pertentangan dalam kehendak-kehendak mereka. Al-Qur an menyatakan dalam hal ini: Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai
Arsy daripada apa yang mereka sifatkan. (21: 22) Menurut pengertian ini, keesaan dan keabadian sistem alam ini menolak
doktrin berbilangan tuhan dan kekuasaan mereka. Kepercayaan bahawa kesatuan pengaturan dan tujuan alam ini ditadbir oleh banyak tuhan juga ditolak. Andaian lain yang berpendapat bahawa terdapat dua atau lebih tuhan dalam alam ini yang beroperasi bersama setiap tempat hanyalah merupakan satu ilusi, kerana mengandaikan terdapat dua atau lebih
tuhan, memerlukan bahawa akan terdapat sekurang-kurang beberapa perbezaan di antara mereka. Ia akan memberi kesan kepada keharmonian dan akan menimbulkan kesan huru-hara kepada sistem dan tujuan alam ini.
Sadrul Muta allihin dalam kitabnya Asfar merujuk ayat di atas membuat satu kesimpulan:
Kaedah lain untuk membuktikan Keesaan Tuhan adalah dengan mengaitkan KetuhananNya dan KekuasaanNya dan KesatuanNya dan keselarasan sistem alam ini dalam satu bukti hujah tentang Keesaan Tuhan. Pendekatan ini menyamai pendekatan yang dilakukan oleh Aristotle. (Asfar, Juz, 6, hlm. 94)
Pada tempat lain dalam kitab yang sama Sadr ul-Mutaallihin menjelaskan perkara ini dan berkata:
. Mengambil kira bahawa lingkung wujud adalah satu kesatuan dan skop dan lingkungannya disatukan antara satu dengan lain dan terdapat kesatuan dalam kepelbagaian dan terdapat bukti yang dapat disimpulkan tentang KeesaanNya, Tidak ada sesuatu yang menyamaiNya, Maha Besar, Maha Agung merupakan nama untuk Tuhan anda yang Maha Agung dan Maha Besar. Oleh kerana, wujud keseluruhan adalah satu, maka pencipta bagi semua itu tidak harus lebih dari satu. KekuasaanNya meliputi semua yang wujud itu.
Dan Allah mengepung mereka dari belakang mereka. [4] (35: 20)
Selanjutnya, Sadr ul-Mutaallihin menyatakan bahawa Kitab Suci telah mengemukan ayat-ayat yang telah dijelaskan sebelum ini.