Hujah Yang Manakah Lebih Hampir Kepada Pendekatan al- Qur’an

21. Hujah Yang Manakah Lebih Hampir Kepada Pendekatan al- Qur’an

Kebanyak kitab-kitab ilmu kalam dan mistik Islam lebih cenderung kepada memperkenalkan pandangan umum ahli falsafah dan pandangan falsafah mereka dalam sesetengah perkara berhubung dengan ajaran-ajaran Qur an. Hal ini disebabkan mereka mahu menguatkan pandangan-pandangan mereka atau sekurang-kurangnya untuk menyelamatkan daripada musuh-musuh mereka kerana mengambil pandangan yang bertentangan dengan agama. Tetapi cara pengesahan ini tidaklah begitu sesuai dengan maksud sebenar ayat- ayat Qur an dan kebanyakan tempat ia merupakan tafsiran mereka sendiri. Di antara hujah-hujah tersebut ialah seperti yang diterangkan di atas. Namun hujah-hujah Aristotle dan hujah-hujah yang sepertinya itu adalah bersesuaian dengan ajaran Qur an, kerana hujah-hujah ini berasaskan kepada penggantungan wujud yang memerlukan kepada wujud mutlak, pergerakan kepada yang menggerakkan, akibat daripada sebab, benda kepada Pencipta benda dan mumkin wujud kepada wajibal wujud. Jika penggunaan istilah hujah itu betul daripada pandangan

origionology , maka ia dipanggil Burhan al-Inni. Bagaiman pula tentang kaedah hujah Sadrul Muta allihin? Adakah ia wajar dikatakan ia menyamai pendekatan Qur an. Sadrul Muta allihin menyokong hujah- hujahnya dengan menyebut ayat-ayat Qur an seperti berikut:

Allah menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Dia. Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang berilmu (juga menyatakan demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (3: 18)

Menurut Sadrul Muta allihin, penyaksian Tuhan kepada KeesaanNya adalah satu lagi hujah tentang kewujudan dan keperluan kepada wajibal wujud. Hal ini adalah sama dengan hujah Sadrul Muta allihin tentang Burhan al-Siddiqin.

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang didalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya (iaitu) pohon zaiton yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing cahayaNya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (24: 35)

Lantaran itu, Tuhan menerangi alam ini. Cahaya kewujudanNya terang benderang dan dikenali dan makhluk-makhluk juga dikenal dalam cahaya di dalam cahaya yang menerangi [62]. Rumi berkata:

Matahari muncul, dalil (kewujudnnya) ialah matahari yang sama itu. Jika anda mencari bukti, maka janganlah memalingkan wajah anda daripadanya.

Maka bagaimanakah kita memahami kewujudan Tuhan? Jawapannya ialah, kita melihatNya secara objektif dan kemudian mengenalNya. Walaupun kita melihat dan mengenal wujud-wujud yang lain dalam cahaya matahari yang meneranginya.

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? (41: 53)

Ibn Sina, Nasir al-Din Tusi, Allamah Hilli, Sadrul Muta allihin dan pemikir- pemikir yang seiringan dengan mereka percaya bahawa bahagian terakhir ayat tersebut berhubung dengan ilmu pengetahuan tentang Penyebab Mutlak, dapat dicapai melalui konsentrasi terhadap makna kewujudan iaitu hujah yang sama tentang Siddiqin sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini.

Dalam ayat 3: 18 Allah menyaksikan bahawa tiada tuhan selain daripada Dia. Ada unsur penyaksian [63] Tuhan terhadap keEsaanNya, maka ia memerlukan pandangan tentang beberapa pengertiannya. Pengertian ini hampir sama dengan hujah Siddiqin.

Jikalau Kami jadikan al-Qur an itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya? (41: 44)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Taurat lalu diperselisihkan tentang Taurat itu. Kalau tidak ada keputusan yang telah terdahulu dari Tuhanmu, tentulah orang-orang kafir itu sudah dibinasakan. Dan sesungguhnya mereka terhadap al-Qur an benar- benar dalam keraguan yang membingungkan. (41: 45)

Katakanlah: Bagaimana pendapatmu jika (al-Qur an) itu datang dari sisi Allah, kemudian kamu mengingkarinya. Siapakah yang lebih sesat daripada orang yang selalu berada dalam penyimpangan yang jauh? (41: 52)

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka bahawa al-Qur an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu? (41: 53)

Berhubung dengan urutan daripada ayat ini maka persoalan ini mungkin timbul terhadap kata-kata itu dalam ayat itu adalah benar sama ada merujuk kepada al-Qur an Allah atau benda-benda lain. Maka petikan daripada Qatadah dan pentafsir-pentafsir lain berkenaan ayat ini, menunjukkan bahawa ayat ini adalah tentang kebenaran al-Qur an bukan tentang Tuhan. Selanjutnya ayat ini berkaitan dengan isu-isu

ajaran Islam bukan tentang kaedah untuk mencapai pengetahuan tentang Penyebab Mutlak.

Kesimpulan:

Berhubung dengan perbahasan di atas, kami sampai kepada beberapa kesimpulan seperti di bawah:

1. Isu untuk membuktikan kewujudan Tuhan di kemukakan dalam al-Qur an dalam bentuk yang mudah.

2. Pada ketika yang sama, al-Qur an tidak melebih-lebihkan

tentang pertanyaan-pertanyaan tentang kewujudan Tuhan.

3. Ia memusatkan hanya kepada beberapa persoalan yang boleh menyedarkan manusia supaya dapat melegakan mereka daripada pertanyaan-pertanyaan tentang kewujudan Tuhan.

4. Dalam tahap kesedaran itu, manusia mungkin dapat mencapai kefahaman tentang kewujudan Tuhan melalui konsentrasi tentang bagaimana penggantungan semua makhluk kepada Tuhan.

5. Dalam proses pengembaraan mistik, manusia mungkin bergantung kepada persepsinya yang mudah (secara fitrah) dan tidak melibatkan diri dengan argumentasi-argumentasi yang bersifat teknikal.

6. Jalan yang diambil oleh al-Qu ran berhubung dengan tanda- tanda (kebesaran) Tuhan adalah menyamai pandangan yang dikemukakan oleh para pemikir di dunia ini sama ada (tafsiran) secara langsung atau tidak langsung.

7. Terdapat beberapa ayat Qur an yang dipetik dalam kitab-kitab falsafah dan mistik berhubung dengan dalil-dalil kewujudan Tuhan sama ada tidak sesuai dengan perbahasan ilmu kalam seperti dalam Surah 41: 53 atau sebenarnya ia berkaitan dengan isu-isu lain.