Satu Kritikan Doktrin Ta’til

4. Satu Kritikan Doktrin Ta’til

Asas kepada kritikan doktrin tersebut ialah seperti berikut: Jika ketidakmampuan manusia berkenaan ilmu pengetahuan tentang Tuhan sehingga dia tidak dapat mengetahui sesuatu apapun tentang Tuhan, dan hanya dapat mengingati Dia dengan ungkapan Dia yang bermaksud kekaburan mutlak tentang Tuhan. Sekarang persoalannya

ialah: bagaimanakah seseorang boleh percaya kepada kewujudanNya. Ini bermakna para pemikir agung yang telah menerima doktrin ta til telah menjadi mangsa kepada suatu bentuk salahfaham. Mereka telah terkeliru tentang ilmu pengetahuan zat (Ma rifat be kunh) dan ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda (Ma rifat be wajh). Sesuatu benda mungkin memiliki banyak tanda-tanda tertentu atau apa yang dapat kita bezakannya daripada benda-benda lain. Dalam soal ini, jika kita sudah biasa dengan tanda-tanda atau aspek-aspek tertentu tentang sesuatu benda maka kita akan mengenalinya di tengah-tengah benda-benda lain tanpa perlu memeriksa semua tanda-tandanya yang membezakan dengan benda-benda lain. Bukan sahaja ini benar tentang Tuhan, tetapi juga kepada benda-benda yang lain.

Sebagai contoh, anda mempunyai dua orang anak dan anda dengan mudah dapat membezakan antara mereka berdua. Tetapi adakah anda dapat mendakwa bahawa anda mengetahui semua aspek tentang tubuh mereka dan psikologi mereka?

Justeru, dalam hal kemungkinan mengenal semua pengetahuan tentang Tuhan secara lengkap, dapat diakui bahawa kemampuan manusia untuk mencapai pengetahuan seperti itu adalah tidak mungkin dan daya akalnya tidak mampu untuk mengetahui tentang Tuhan secara lengkap. Sebagaimana seorang penyair berkata:

Akal dapat mengetahui ZatNya; Jika (secara perbandingan terhadap kemungkinan tersebut) sebiji benda jatuh dan mencecah dasar lautan.

Tetapi dalam hal mengenali dan memahami tanda-tanda Tuhan, iaitu ilmu pengetahuan yang membezakanNya dengan selain daripadaNya. Seseorang hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan seperti itu. Maka tanpa memiliki ilmu pengetahuan setidak-tidaknya pada peringkat paling sedikit, maka adalah sukar dan kabur untuk bercakap tentang Tuhan.

Lantaran itu, ketidakmungkinan mencapai ilmu pengetahuan menyeluruh (sempurna) tentang Zat Tuhan tidak bermakna kita tidak mungkin mencapai sebarang bentuk ilmu pengetahuan tentang Tuhan.

Tetapi ada jalan tengah antara pengetahuan lengkap tentang Tuhan dan kekaburan mutlak tentang Tuhan. Ada banyak jalan tengah daripada ilmu pengetahuan relatif sehingga ilmu pengetahuan dari satu dimensi atau banyak dimensi tentang Wujud Mutlak. Jika kita mendalami masalah mengenal Tuhan, nilai dan had-hadnya, maka kita akan mengetahui bahawa ilmu pengetahuan manusia tentang alam nyata ini juga tidak mutlak iaitu kita tidak dapat mengetahui secara lengkap dan sempurna tentang zat sesuatu objek. Ilmu pengetahuan sains kontemporari juga menjurus kepada fenomena sahaja dan tidak kepada zat-zat tentang sesuatu objek.

Dalam hal ilmu pengetahuan tentang asal wujud, kita dapati ilmu pengetahuan adalah terbatas, dengan perbezaan yang kita ketahui bahawa setiap benda memiliki zat yang menjadi pengenalan kepada zahir wujudnya. Tetapi ilmu pengetahuan kita tentang Tuhan dan tanda- tanda kebesaranNya dengan fenomena yang membawa kita kepada

kesimpulan bahawa Dia adalah Pelaku kepada semua dan Pencipta kepada semua benda.

Lantaran itu, seorang yang bijaksana ketika berfikir tentang Zat Tuhan, akan membuat pengakuan ketidakmampuan dirinya dengan berkata:

Aku tidak tahu apakah Dia; tentang wujud diriNya. Tetapi pada masa yang masa ketika seseorang melihat pada cermin

(alam ini) yang mencerminkan tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan menjadi sedar bahawa terdapat ciri-ciri tertentu tentang tanda-tanda kebesaran Tuhan, dan dengan ini dia mempunyai satu bentuk pengetahuan tentang Tuhan. Walaubagaimanapun, ilmu pengetahuan ini adalah jauh lebih baik daripada kejahilan tentang Tuhan. Kemungkinan ini memungkinkan dirinya menyatakan tentang wujudNya dengan penuh keyakinan. Maka, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sesiapa yang percaya tentang kewujudan Tuhan, dapat mengenalNya sekurang-kurangnya melalui salah satu sifatNya. Ilmu pengetahuan tentang Tuhan ini dapat dihimpunkan dengan sifat-sifat Tuhan seperti, Wujud, Khaliq (Pencipta), Raziq (Pemberi Rezeki), Pengatur (Rubbubiyyah) Wajibal Wujud, dan sebagainya.