Adakah Tuhan Maha Hadir?

34. Adakah Tuhan Maha Hadir?

Daripada ayat-ayat Quran dan perbahasan agama, kita dapat mengambil konsep bahawa Tuhan tidak berada di suatu tempat tetapi hadir di setiap tempat.

Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [57:4]

Satu golongan mengaitkan ayat ini kepada rumusan berikut: Tuhan berada di mana-mana. Tetapi kesedaran yang mendalam terhadap ayat-ayat al-Qur an akan menunjukkan rumusan itu tidak benar. Di sana terdapat sebahagian ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Tuhan adalah bersama dengan orang yang benar. Tuhan bersama dengan orang yang sabar, dan sebagainya.

Tetapi dalam setiap ayat-ayat ini Tuhan bersama dengan ...digunakan untuk menunjukkan pengertian tertentu. Dalam ayat 5:12, 8: 13, 20: 46,

47: 35, 192, 16: 128, 9: 36, 40, 133, 194 menunjukkan pengertian bahawa Tuhan adalah penolong kepada orang-orang yang baik, bertawqa, sabar, dan beriman.

Dalam Surah 4: 108, 58: 7, adalah untuk memberi penekanan bahawa Tuhan mengetahui setiap sesuatu dan tidak ada sesuatu yang tersembunyi dariNya.

Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. [4: 108]

Pemerhatian yang mendalam terhadap Surah 57: 4 menunjukkan bahawa terdapat juga pengertian yang sedemikian.

Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [57: 4]

Tetapi dalam sejarah pemikiran umat Islam, kita dapat terdapat segolongan atau kumpulan yang mengaitkan ayat ini dengan perkara lain [46]. Golongan Pantheistik cuba membenarkan pandangan mereka dengan memetik ayat berikut:

Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja... [57: 4]

....Dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya..... [8: 24]

Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,.... [50: 6] ....maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap

Allah) maka di situlah arah Allah (Wajhu-llah)... [2: 115] Mereka mendakwa bahawa al-Qur an juga mengesahkan kepercayaan

mereka tentang Keberadaan Tuhan dengan setiap benda, dan dengan cara ini Tuhan adalah keseluruhan kepada semua yang ada di alam ini dan setiap benda adalah sebahagian daripadaNya [47]. Tetapi kajian yang mendalam kepada ayat-ayat ini dan ayat-ayat yang seterusnya mendedahkan bahawa tidak ada satupun daripada ayat-ayat ini merujuk kepada doktrin keberadaan Tuhan bersama benda.

Malahan dalam ayat 57: 4 bertujuan untuk menyakinkan setiap Muslim tentang pertolongan Tuhan dengan menyatakan: Dan Ia tetap bersama- sama kamu di mana sahaja...

Surah 8: 24 dan 50: 16 menekankan kepada manusia bahawa Tuhan mengetahui semua perkara dan tidak ada sesuatu yang menjadi rahsia dariNya. Surah 2: 115 pada hakikatnya menjelaskan kepada umat Islam bahawa Tuhan Masjid ul-Aqsa adalah sama dengan Tuhan Masjid ul- Haram, dan jika Qiblah orang Islam dipindahkan dari Masjid ul-Aqsa ke

Masjid ul-Haram, ia semata-mata untuk menekankan tentang kebebasan Islam, Nabi SAWAW dan Kitab Suci dan menutup mulut kepada orang- orang yang berkata Nabi SAWAW tidak lain hanyalah mengikut ajaran Yahudi. Maka tidak ada satupun dalam ayat-ayat ini merujuk atau mengesahkan doktrin pantheisme.

Walau bagaimanapun, perbahasan berikut tentang Tuhan akan membawa kepada rumusan bahawa Dia adalah Maha Tinggi daripada terikat kepada masa dan tempat. Justeru, Dia tidak berada di langit, bumi atau di mana jua.