Penubuhan Perkongsian Modul Prinsip Perakaunan 2010[1]

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 74 TAJUK 10 : PERKONGSIAN Perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian Perniagaan milikan tunggal boleh berubah menjadi perkongsian apabila bilangan pemiliknya meningkat melebihi satu orang dan kurang 20 orang. Penubuhan perkongsian ini mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta Perkongsian 1961. Perubahan perniagaan milikan tunggal kepada perkongsian boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya ialah:- • Penggabungan idea, kemahiran dan pengalaman untuk kepentingan perniagaan • Keperluan sokongan modal yang mencukupi daripada orang lain • Perkongsian tanggungan risiko perniagaan • Keperluan terhadap kemahiran tertentu • Kos penubuhan lebih rendah dan proses yang lebih mudah berbanding penubuhan syarikat berhad. • Perlunya berkongsi pengurusan dan kepakaran dengan orang lain. • Beban cukai yang rendah kerana cukai yang dikenakan adalah cukai perseorangan. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menyatakan perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian. • Menjelaskan kesan kemasukan rakan kongsi baharu.

10.1 Penubuhan Perkongsian

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 75 Kesan kemasukan rakan kongsi baharu Rakan kongsi baharu diperlukan atas kemahiran tertentu yang dimiliki ataupun sumbangan modal yang diberikan. Dari aspek perundangan, perkongsian tidak dianggap entiti berasingan dengan pekongsi liabiliti tidak terhad. Hal ini bermakna segala urusan yang dibuat oleh seorang pekongsi baharu akan mengikat perkongsian secara keseluruhannya. Seorang yang diakui sebagai pekongsi baharu dalam sesuatu firma, dia secara automatik mengambil tanggungjawab sebagai pekongsi tetapi tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku sebelum menjadi pekongsi. Kemasukan rakan kongsi baharu akan mengubah kedudukan aset dan liabiliti setiap rakan kongsi. Penilaian semula aset dan liabiliti perlu dibuat bagi menentukan kadar pembahagian untung atau rugi. Perjanjian baharu perlu dibuat bagi memperuntukkan hak-hak dan tugas-tugas rakan kongsi. LATIHAN A SOALAN OBJEKTIF 1. Antara berikut yang manakah sebab pemilikan tunggal berubah menjadi perkongsian ? A Pemilik milikan tunggal meninggal dunia B Liabiliti pemilik milikan tunggal tidak terhad C Perniagaan milikan tunggal dikenakan cukai syarikat D Pemilik milikan tunggal memerlukan kemahiran yang dimiliki oleh individu tertentu 2. Berikut adalah sebab-sebab perubahan pemilikan tunggal kepada perkongsian kecuali A Kos penubuhan adalah murah berbanding penubuhan syarikat berhad B Pemilik sendiri boleh memperoleh untung yang banyak C Pemilik dapat berkongsi idea pengurusan D Lebih banyak modal boleh dikumpulkan ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 76 3 Kemasukan rakan kongsi baru akan memberi kesan kepada perniagaan kecuali A Kedudukan aset dan liabiliti pemilik tidak berubah B Pembahagian untung dan rugi antara pekongsi akan berubah C Risiko tanggungan dikongsi lebih ramai pemilik D Pengurusan dikongsi bersama Jawapan: 1. D 2. B 3. A B SOALAN SUBJEKTIF 1. Terangkan kesan kemasukan rakan kongsi baharu dalam perkongsian. 2. Berikan tiga sebab perniagaan milikan tunggal bertukar menjadi perkongsian. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 77 TAJUK 14 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN PENGURUSAN a Penyediaan Akaun Pengeluaran Kos Pengeluaran ialah kos yang terlibat dalam proses penghasilan barang siap. Apabila