Kuasa dan Keahlian Sumber modal Liabiliti Liabiliti tidak

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 11

5. Kuasa dan Keahlian

Semua anggota mempunyai satu undi dan hak atau suara yang sama tidak kira jumlah saham yang dimilikinya. Setiap anggota tidak boleh memiliki lebih daripada 20 daripada jumlah modal sesebuah koperasi. 6. Pentadbiran dan Kawalan Koperasi ditadbir oleh satu Anggota Lembaga Koperasi ALK. ALK ini dilantik dalam mesyuarat agung tahunan koperasi menerusi pengundian. Mesyuarat agung tahunan ini mesti diadakan setiap tahun. ALK bertanggungjawab menggubal dasar, membuat perancangan dan menetapkan matlamat koperasi itu. 7. Dividen kepada anggota Dividen akan dibayar berdasarkan kepada jumlah modal saham yang disumbangkan oleh anggota sekiranya koperasi memperoleh keuntungan. Kadar dividen yang boleh dibayar tidak boleh melebihi 10 mengikut Ordinan Koperasi Malaysia. Namun begitu, ALK boleh memohon daripada Ketua Pendaftar Koperasi untuk membayar dividen yang melebihi 10. b Perbezaan diantara i Milikan Tunggal, ii Perkongsian, iii Syarikat Berhad dan iv Koperasi. Jadual berikut menunjukkan perbandingan ciri-ciri organisasi perniagaan dari segi milikan, sumber modal dan liabiliti. Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad Koperasi 1. Milikan Dimiliki oleh seorang peniaga sahaja Dimiliki oleh 2 hingga 20 orang pekongsi Bilangan minimum pemegang saham 2 orang Bilangan minimum anggota 50 orang

2. Sumber modal

Modal disumbangkan oleh pemilik Modal disumbangkan oleh setiap pekongsi Modal disumbangkan oleh pemegang saham Sumbangan saham oleh anggota

3. Liabiliti Liabiliti tidak

terhad Liabiliti tidak terhad Liabiliti terhad kepada jumlah saham yang dilaburkan. Liabiliti terhad kepada sumbangan saham anggota ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 12 d Sub Bidang Perakaunan Secara umumnya, sub bidang perakaunan terdiri daripada : i Perakaunan Kewangan Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi perniagaan untung atau rugi dalam sesuatu tempoh perakaunan, pelaporan kedudukan kewangan, aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi perniagaan itu. Objektif utama dalam perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada pengguna yang berkepentingan. ii Perakaunan Pengurusan Perakaunan pengurusan mengkhusus kepada penyediaan maklumat- maklumat untuk kegunaan dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan dan kakitangan. Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat. Contoh laporan perakaunan pengurusan adalah belanjawan dan laporan prestasi.

1.4 Perakaunan dan Simpan Kira