Pendedahan Kepada Penyata Kewangan Sejarah Perakaunan

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 1 TAJUK 1 : PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN e Pihak yang bertanggungjawab ke atas penyediaan Penyata Kewangan. Dari segi undang-undang perniagaan, pemilik merupakan pihak yang bertanggung-jawab memastikan penyata disediakan. Terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam penyediaan Penyata Kewangan. Tugas-tugas yang dipertanggungjawab kepada pihak-pihak di bawah adalah tertakluk kepada saiz sesuatu perniagaan. i Akauntan • Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan sistem belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain; • Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain. ii Pengurus Kewangan • Mengurus pelaporan kewangan supaya berjalan lancar. • Menyediakan akaun bulanan dan penyediaan laporan kepada pihak atasan. • Menyediakan akaun tahunan. iii Pengurus Akaun • Menyelenggara rekod lengkap kesemua transaksi kewangan sesebuah perusahaan mengikut prinsip perakaunan yang biasa dengan bimbingan akauntan. • Mengesahkan ketepatan dokumen dan rekod yang berkaitan pembayaran, penerimaan dan transaksi kewangan yang lain. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • menyatakan pihak yang bertanggungjawab atas penyediaan Penyata Kewangan

1.1 Pendedahan Kepada Penyata Kewangan

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 2 • Menyediakan penyata dan laporan kewangan bagi tempoh tertentu. • Menjalankan pengiraan perakaunan dengan menggunakan pakej perisian komputer yang standard. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 3 c Perkembangan Sistem Perakaunan i Falsafah Perakaunan Islam dan Konvensional Falsafah Perakaunan Islam Sistem kewangan berasaskan Syariah Islam telah berkembang dan menjadi bahagian yang penting dalam sistem kewangan antarabangsa. Namun, ianya masih dalam proses perkembangan dan memerlukan usaha supaya dapat berdaya saing dalam persekitaran kewangan global. Dalam banyak aspek, kewangan Islam masa kini masih lagi bergantung kepada standard pengawalseliaan dan perakaunan konvensional. Sumber perakaunan Islam adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah. Semua aspek perakaunan melibatkan kaedah dan aktiviti yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya, larangan melibatkan riba dalam amalan perakaunan Islam. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menerangkan perkembangan sistem dan falsafah perakaunan berasaskan kebertanggungjawaban accountability, amanah dan integriti. • Membezakan falsafah perakaunan Islam dan konvensional berasaskan konsep pendedahan dan konsep penemuan disclosure vs discovery. • Menerangkan falsafah kos sejarah dan pelaporan nilai saksama historical and fair value reporting dalam sistem perakaunan. • Menerangkan perkembangan proses perakaunan secara berkomputer. • Menjelaskan maksud profesional. • Mengenal pasti ciri-ciri akauntan sebagai pemimpin. • Menyenaraikan tanggungjawab akauntan sebagai pemimpin. • Mengenal pasti kewujudan kod etika profesion perakaunan. M l i k l k d ik f i k

1.2 Sejarah Perakaunan

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 4 Dalam sistem perakaunan Islam, peraturan perakaunan memberi penekanan kepada aspek akhlak dan etika berpandukan konsep hisbah. Oleh itu, seseorang akauntan atau Muhtasib perlu memiliki sifat-sifat amanah, benar, bertanggungjawab, adil dan berakhlak mulia dalam menjalankan tugas-tugasnya sesuai sebagai pemegang amanah. Perakaunan Islam juga mengambil kira faktor halal haram, kesan moral dan sosial. Info: Sejarah Perkembangan Perakaunan Islam Sejarah perakaunan Islam melalui 3 peringkat iaitu: 1. Zaman Keagungan Zaman Awal a Zaman Rasulullah ƒ Urusan keluar masuk wang direkodkan. ƒ Melaksanakan kewajipan membayar zakat. ƒ Nilai mata wang mengikut harga semasa. b Zaman Umar Al Khatab ƒ Kementerian khusus ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal perakaunan. ƒ Prinsip keseimbangan atau catatan bergu dipraktikkan dengan meluas dalam pengurusan Baitulmal dengan menggunakan istilah Al-Hisab. ƒ Penggunaan wang dinar dan dirham bertujuan mengelakkan daripada amalan riba dan penindasan. ƒ Peringkat awal mereka menggunakan dinar emas dan dirham perak. c Zaman Umaiyyah dan Abasiah ƒ Islam berada di puncak ketamadunan ƒ Islam menjadi pusat rujukan ilmu pengetahuan, perluasan kuasa, kaedah percukaian, perdagangan antarabangsa, pengurusan. Baitulmal yang menjadi faktor kepada perkembangan perakaunan. 2. Zaman Kemerosotan a Pertengahan abad ke-5 Hijrah, perpecahan empayar dan umat Islam. ƒ Ulamak dan pemimpin berebut kuasa untuk memerintah dan saling menjatuhkan antara satu sama lain. ƒ Masing-masing hanya mementingkan harta sedangkan ajaran Islam sudah tidak diambil perhatian, menyebabkan terputusnya prinsip-prinsip Islam termasuklah perakaunan dan perekonomian. b Lewat abad 18 -19M, pengaruh barat terhadap dunia Islam ƒ Empayar Osmaniah di bawah pemerintahan Kamal Atartuk dipengaruhi Barat. ƒ Barat melakukan perluasan kuasa khususnya ke negara-negara Islam ƒ Barat mahu mengaut keuntungan ekonomi di negara yang dijajah. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 5 Falsafah Perakaunan Konvensional Konsep perakaunan konvensional menekankan ciri-ciri tertentu kepada amalan perakaunan iaitu mengambil kira perkara yang hanya boleh diukur dengan nilai kewangan. Sehubungan itu, dalam membuat keputusan perniagaan, pengurus biasanya akan membuat keputusan perniagaan berdasarkan keuntungan semata- mata. Prestasi syarikat lazimnya dikaitkan dengan keuntungan yang dicapai tanpa menekan kepada cara dan punca keuntungan. Lebih tinggi keuntungan akan menggambarkan prestasi kerja pengurus yang lebih baik. Maka adalah tidak mustahil bagi seseorang pengurus untuk membuat tindakan perniagaan tanpa mengambil kira kesannya terhadap masyarakat dan alam sekitar. Kes pembukaan pusat hiburan tanpa kawalan, pembalakan di lereng bukit, mengaut keuntungan yang berlipat ganda melalui penipuan terhadap pengguna adalah hasil daripada nilai dan pandangan manusia terhadap faktor keuntungan itu. Konsep Pendedahan vs Konsep Penemuan Disclosure vs Discovery Bagi tatacara pelaporan maklumat perakaunan, konsep pendedahan menyatakan bahawa semua maklumat penting perlu didedahkan iaitu tidak ditinggal atau disembunyikan. Ianya berkait dengan kerelevanan dan kematerialan. Di samping itu, ia memerlukan kejujuran dalam pembentangan laporan perakaunan. Kesemua nilai yang dilaporkan dalam penyata kewangan sepatutnya merupakan nilai yang sememangnya sepatutnya dilaporkan. Pendedahan maklumat tambahan yang tidak dapat didedahkan pada permukaan penyata tetapi relevan c Kejatuhan Islam di tangan Barat ƒ Zaman kebangkitan Eropah menyebabkan Islam jatuh. ƒ Musnahnya Pusat Sumber Baitul Hikmah di Sepanyol ƒ Harun Al-Rasyid menggalakkan kedatangan orang luar ke Baghdad. ƒ Barat menguasai keseluruhan umat Islam dan akhirnya segala ilmu Islam telah berpindah kepada Barat atau dimusnahkan. 3. Zaman Kebangkitan Semula a Abad 20 ƒ Kebangkitan semula Islam ƒ Pengkajian perakaunan diperhebatkan apabila masyarakat sedar akan masalah riba yang membelenggu. ƒ Seminar dan persidangan mula diadakan untuk memberi pendedahan tentang pelbagai ajaran Islam khususnya dalam ekonomi. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 6 kepada nilai perniagaan secara keseluruhan biasanya dibuat dalam nota kepada Penyata Kewangan notes to the account. Antara perkara yang didedahkan dalam nota kepada Penyata Kewangan ialah kaedah-kaedah perakaunan yang digunakan bagi menilai inventori, mengira susut nilai dan mengiktiraf hasil. Perkara-perkara lain yang perlu didedahkan adalah perubahan dalam anggaran perakaunan, instrumen kewangan dan liabiliti luar jangka. Konsep ini bukan sahaja mengutamakan pendedahan segala maklumat penting, tetapi memerlukan juga maklumat atau data berkenaan disusun dengan teratur supaya senang dibaca dan difahami. Sehubungan dengan itu, pendedahan semua maklumat tentang syarikat akan membolehkan pengguna maklumat kewangan melihat semua perkara yang perlu dalam membuat keputusan dan perancangan berkaitan dengan firma itu. Konsep penemuan pula menyatakan maklumat hanya didedahkan sekiranya perkara itu dibangkitkan atau dipersoalkan oleh pihak lain atau pihak luar. Contohnya, dari segi hasil jualan, penjual sepatutnya mendedahkan keadaan sebenar barangan jualan dengan jujur supaya sebarang kekurangan didedahkan kepada pembeli. Tanggungjawab untuk “menemui” kekurangan tersebut tidak sepatutnya dipindahkan kepada pembeli. Namun mengikut peruntukan undang- undang berasaskan “Caveat Emptor Buyers Beware, pihak penjual tidak bertanggung jawab sehinggalah kekurangan ditemui oleh pembeli. Oleh itu, konsep pendedahan seharusnya bermula dengan tatacara aktiviti perniagaan dilakukan dan bukan hanya mengenai tatacara maklumat didedahkan dalam penyata kewangan. ii Falsafah Pelaporan Kos Sejarah dan Nilai Saksama Historical and Fair Value Reporting Kos sejarah Kos sejarah ialah kos sebenar, iaitu kos yang telah benar-benar berlaku. Sebarang kos selain kos sejarah adalah subjektif dan maklumat perakaunan menjadi butir anggaran semata-mata. Bagi tujuan membuat keputusan tentang rancangan dan tindakan pada masa hadapan, pihak pengurusan perlu terlebih dahulu mengetahui prestasi masa lalu yang sebenar. Untuk mengukur prestasi masa lalu, angka pengukurnya tidak lain dan tidak bukan ialah kos sejarah. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 7 Nilai Saksama Nilai Saksama merupakan anggaran nilai terhadap harga pasaran yang realistik dan munasabah. Dalam perakaunan, nilai saksama digunakan sebagai anggaran kepada harga pasaran bagi aset atau liabiliti sekiranya apabila nilai pasaran sebenar tidak dapat ditentukan. Sungguhpun begitu, persetujuan di antara kedua- dua belah pihak yang berurusniaga hendaklah dicapai. Konsep pelaporan berasaskan nilai saksama. Nilai berasaskan kos sebenar masih digunakan sebagai nilai untuk direkodkan ke dalam jurnal sama seperti mengikut konsep kos sejarah. Namun pada tarikh penyata kewangan disediakan, kesemua nilai atau angka di dalam buku perlu disemak untuk memastikan nilai di dalam buku perakaunan adalah nilai saksama. Keperluan ini dibuat supaya nilai yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan dapat memberi gambaran terkini mengenai nilai perniagaan. Kesemua item yang dilaporkan berdasarkan kos sejarah perlu diselaraskan jika tidak lagi merupakan nilai saksama. Contohnya jika terdapat item aset atau liabiliti yang tidak menunjukkan nilai saksama, pelarasan perlu dibuat kepada nilai sejarah item tersebut walaupun aset atau liabiliti ini tidak dicadangkan untuk dijual. Konsep ini sama dengan konsep penilaian semula tetapi sekarang menjadi kelaziman yang perlu dilaksanakan pada setiap tarikh penyediaan penyata kewangan. iii Proses perakaunan Manual dan Berkomputer Dalam proses perakaunan secara manual, media penyimpanan maklumat adalah buku-buku perakaunan seperti Jurnal, Buku Tunai dan Lejar secara fisikal. Kesemua catatan dan rekod dibuat secara bertulis. Penyediaan akaun dalam sistem manual agak rumit kerana banyak kerja tulis menulis, pindah memindah daripada dokumen ke jurnal, lejar, Imbangan Duga dan seterusnya penyediaan Penyata Kewangan. Pelbagai kesilapan juga boleh berlaku. Dalam proses perakaunan berkomputer pula, media penyimpanan maklumat adalah media elektronik seperti disket, cakera optik dan katrij digunakan. Penyediaan akaun adalah mudah dan cepat kerana program telah diaturcarakan. Pengiraan, pemindahan dan penyemakan ketepatan data boleh dilakukan secara automatik berkomputer. Dokumen-dokumen perniagaan seperti resit, invois dan sebagainya juga boleh dihasilkan. Pengeposan dan penyediaan Imbangan Duga serta Penyata Kewangan disediakan secara automatik. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 8 d Perakaunan Sebagai Profesion i Maksud Profesional Profesional merujuk kepada sesuatu profesion atau pekerjaan ikhtisas yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kemahiran tertentu dan terlatih dalam bidang-bidang yang diceburi. ii Akauntan Sebagai Pemimpin Akauntan adalah seseorang yang mengkhusus dalam bidang perakaunan. Tugas seorang akauntan sekarang merangkumi sebagi penasihat perniagaan. Justeru itu, akauntan bukan lagi hanya sebagai seorang pelaksana proses tetapi perlu membuat keputusan. Dalam urusan pembuatan keputusan, akauntan harus memikirkan kesan setiap keputusan yang dibuat bukan hanya kepada prestasi perniagaan atau organisasi, tetapi juga kepada pekerja, masyarakat dan persekitaran. Akauntan perlu bertindak sebagai seorang pemimpin yang berakauntabiliti kepada pihak dalaman perniagaan dan pihak awam. Seorang akauntan mempunyai tanggungjawab yang besar. Oleh itu mereka perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin seperti akauntabiliti, jujur, amanah, komited dan berintegriti. Tanggungjawab seorang akauntan secara umumnya adalah seperti berikut: • menyediakan Penyata Kewangan. • membuat keputusan. • merancang belanjawan. • merancang pelan strategik dan taktikal. • berurusan dengan pasaran kewangan. • juruaudit dalaman. • penasihat dan perancang percukaian. iii Keperluan Kod Etika Profesion Perakaunan Seorang akauntan yang baik perlu mematuhi beberapa kod etika yang berkaitan dengan profesionnya ketika menjalankan tugas. Etika profesional bagi seorang akauntan adalah berdasarkan Kod Etika untuk Akauntan Profesional Code of Ethics for Professional Accountants yang dikeluarkan oleh International Federation of Accountants IFAC menyatakan bahawa etika adalah mengenai prinsip, nilai dan kepercayaan yang memberi kesan ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 9 pada pengaruh, pertimbangan dan tingkah laku. Ianya melangkaui pematuhan undang-undang, syarat-syarat dan peraturan. Dengan kata lain etika adalah melakukan perkara yang betul dalam apa jua keadaan. Tanggungjawab Akauntan Awam Akauntan Berdaftar: 1. Melakukan kerja-kerja pengauditan rekod-rekod kewangan bagi memastikan rekod perakaunan itu mematuhi piawaian perakaunan yang ditetapkan dan memenuhi keperluan Akta Syarikat 1965. 2. Melakukan kerja dalam bidang percukaian iaitu sebagai penasihat dan perancang percukaian. 3. Melakukan kerja-kerja kesetiausahaan bagi sesebuah perniagaan seperti mengurus pendaftaran perniagaan dan syarikat baharu serta mengurus pembaharuan lesen perniagaan. Tanggungjawab Akauntan Pengurusan Bertindak sebagai perancang, pengawal dan pengurus kewangan organisasi tempat bertugas. Oleh itu, mereka bertanggung jawab menyediakan belanjawan dan perancangan kos. Tanggungjawab Akauntan Biasa Berkhidmat dalam organisasi kerajaan atau industri: 1. Merekod urus niaga dan menyediakan penyata kewangan. 2. Menyelia atau mengurus kakitangan bawahan. 3. Menjalankan kerja-kerja dalam bidang sistem maklumat perakaunan organisasi. 4. Melakukan kerja-kerja sebagai juru audit dalaman. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 10 a Pengenalan kepada : iv Koperasi Koperasi merupakan badan atau pertubuhan yang dibentuk bersama oleh sekumpulan individu untuk menggalakkan kepentingan sosial dan ekonomi ahli- ahlinya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Ciri-ciri koperasi ialah seperti berikut: 1. Tujuan Sebuah organisasi yang menjalankan perniagaan untuk memperoleh keuntungan tetapi matlamat utamanya adalah untuk memberi kebajikan kepada anggota. Koperasi menjaga kepentingan anggota-anggota dan memberi perkhidmatan ekonomi kepada mereka untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan anggota-anggotanya. Contoh : Koperasi Sekolah – menyediakan perkhidmatan jualan alat tulis dan jualan pakaian unit beruniform. 2. Penubuhan Koperasi didaftarkan dengan Ketua Pendaftar Koperasi di bawah Ordinan Koperasi Malaysia 1984 Pindaan 1995. Yuran pendaftaran penubuhan tidak dikenakan. Perkataan ”Koperasi” dan ”Berhad” mesti menjadi sebahagian daripada namanya. 3. Liabiliti Koperasi dan para ahlinya menanggung liabiliti terhad. Koperasi mempunyai taraf perundangan sendiri dan terpisah daripada anggotanya. Koperasi boleh membeli aset, mengikat perjanjian, mendakwa dan didakwa atas namanya. 4. Modal Koperasi mendapat modal melalui sumbangan saham oleh setiap anggota. Harga saham adalah tetap seperti yang telah dinyatakan dalam Undang- Undang Kecil Koperasi.

1.3 Bentuk Organisasi