Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 15 a Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan: vi Konservatisme Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan untuk melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin berlaku. Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan hendaklah diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi segala keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan sehingga keuntungan ini telah diperoleh. Penggunaan konsep ini bagi memastikan: • aset dan hasil tidak terlebih nyata, • liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata, • kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku, • keuntungan hanya direkod bila telah berlaku. Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang terlebih nyata.

1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: ƒ Menerangkan konsep dan prinsip perakaunan. ƒ Menjelaskan dengan contoh konsep dan prinsip perakaunan. • Menyenaraikan ciri-ciri kualitatif Penyata Kewangan. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 16 vii Asas Perakaunan Akruan Asas Perakaunan Akruan ialah istilah baru bagi konsep pemadanan. x Pelaporan Berasaskan Nilai Saksama Penyata Kewangan perlu memberikan maklumat yang tepat, tidak mempunyai apa-apa kesilapan yang material serta dapat memberikan gambaran benar dan saksama. Rujuk muka surat 5 b Ciri Kualitatif Penyata Kewangan: i Kebolehfahaman Pengguna-pengguna maklumat harus dapat memahami kandungan maklumat yang disampaikan kepada mereka. Melalui cara ini, maklumat tersebut dapat digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut keperluan masing-masing. ii Relevan Maklumat perakaunan mesti relevan dengan tujuan maklumat tersebut diberi atau disediakan. Pemerolehan maklumat yang tidak relevan akan menyebabkan keputusan yang tidak tepat diambil semasa membuat perancangan. Oleh itu, maklumat-maklumat dalam penyata kewangan yang berkaitan dengan peristiwa lalu selalunya tidak begitu relevan kerana akauntan pengurusan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti pada masa kini dan masa hadapan. iii Kebolehpercayaan Kebolehpercayaan merujuk kepada maklumat yang bebas daripada ralat dan kesilapan. Oleh itu, semua fakta perlu didedahkan berserta bukti yang kukuh. Selain itu, sesuatu maklumat mesti bebas daripada sebarang pengaruh dan tidak boleh disediakan bagi tujuan memenuhi kepentingan pihak tertentu sahaja. Maklumat yang diperoleh mesti neutral, iaitu tidak memihak kepada sesiapa pun dan disahkan oleh pihak lain, terutama pihak luar seperti juruaudit. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 17 iv Kebolehbandingan Ciri ini penting kerana maklumat perakaunan akan digunakan sebagai asas sesuatu perbandingan, misalnya maklumat dan data dalam laporan prestasi jabatan-jabatan akan dibandingkan antara dua tempoh yang berlainan. v Tepat Masa Timeliness Maklumat harus diperoleh pada masa maklumat tersebut diperlukan kerana maklumat yang diperoleh lewat daripada tempoh yang ditetapkan tidak dapat digunakan sebagai asas untuk bertindak. Dalam perakaunan, maklumat perlu diperoleh dengan lebih kerap bagi membolehkan aktiviti perancangan, pengawalan,pengukuran prestasi dan pembuatan keputusan dijalankan pada masa yang ditetapkan. LATIHAN 1. Dalam sesebuah perniagaan, siapakah yang terlibat dalam penyediaan penyata kewangan? 2. Terangkan perkembangan sistem perakaunan Islam berasaskan kebertanggungjawaban accountability, amanah dan integriti. 3. Berikan perbezaan antara sistem perakaunan Islam dengan sistem perakaunan konvensional. 4. Berikan perbezaan antara konsep kos sejarah dengan konsep nilai saksama. 5. Nyatakan bidang tugas seorang akauntan dalam sebuah oraganisasi perniagaan. 6. Nyatakan kepentingan kod etika profesion perakaunan dalam amalan harian seorang akauntan. 7. Nyatakan perbezaan perniagaan perkongsian, syarikat berhad dan koperasi. 8. Bidang tugas seorang akauntan kewangan berbeza dengan bidang tugas seorang akauntan pengurusan. Sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataan tersebut? ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 18 9. Perakaunan, pengauditan dan percukaian adalah tiga bidang yang berbeza, tetapi ketiga-tiga bidang ini masih ada persamaan. Bincangkan. 10. Penyata kewangan sepatutnya mudah difahami, relevan, boleh dipercayai dan boleh dibandingkan. Senaraikan kepentingan ciri-ciri ini dalam penyediaan penyata kewangan . ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 19 TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN : ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA a Definisi Akaun Kontra