Belanjawan Tunai dan Varian

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 51 TAJUK 8 : PERAKAUNAN UNTUK TUNAI c Perbandingan antara belanjawan dengan urus niaga sebenar Pengurusan sesebuah organisasi perniagaan memerlukan maklumat berguna untuk membuat keputusan, merancang dan mengawal perniagaan. Laporan berdasarkan maklumat berguna perlu dibawa oleh akauntan atau pegawai kewangan ke pihak pengurusan antaranya ialah varian yang melebihi had tertentu. Varian merujuk kepada perbezaan antara belanjawan dengan hasil dan belanja yang sebenar telah berlaku. Varian boleh ditunjukkan dalam bentuk amaun atau peratusan. Menghitung varian Rumus a Varian = angka sebenar – angka belanjawan b Varian dalam peratus boleh ditentukan dengan cara menghitung: angka varian ________________ X 100 angka belanjawan Berikut adalah sebahagian daripada data maklumat item kos dalam belanjawan dan item kos yang sebenar. Item kos Belanjawan RM Sebenar RM Sewa 20 000 21 200 Kadar bayaran 18 700 18 200 Promosi 12 300 15 100 JADUAL A

8.3 Belanjawan Tunai dan Varian

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menghitung varian dengan membandingkan belanjawan dan prestasi sebenar. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 52 Berdasar maklumat di atas, varian dalam bentuk amaun angka dan peratus boleh ditentukan. Item Kos Belanjawan RM Sebenar RM Varian Catatan Angka RM Peratus + - Sewa 20 000 21 200 1 200 6.0 + Kadar bayaran 18 700 18 200 500 2.7 - Promosi 12 300 15 100 2 800 22.8 + JADUAL B Contoh kiraan varian dalam bentuk angka: Varian bagi sewa = Angka sebenar – Angka belanjawan = RM21 200 – RM20 000 = RM1 200 Varian bagi sewa peratus = Angka varian ÷ Angka belanjawan x 100 = RM1200 ÷ RM20 000 x 100 = 6.0 Info : Apabila varian item pembayaran atau kos adalah positif bermaksud kos bagi item berkenaan yang telah sebenar dibayar atau ditanggung oleh perniagaan telah melebihi apa yang telah dibelanjawankan. Jika varian bagi item itu negatif bermaksud perniagaan berjaya menjimatkan pembayaran atau perbelanjaan seperti yang dirancang dalam belanjawan. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 53 Contoh penyediaan belanjawan tunai dan varian : Persatuan Generasi Kedua Gedangsa bercadang untuk mengusahakan projek pertanian bermula pada bulan Oktober 2009. Persatuan telah menyediakan belanjawan tunai untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 seperti berikut: PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 Oktober RM November RM Disember RM Jumlah RM Baki awal 39 880 33 850 PENERIMAAN Modal 38 800 38 800 Pinjaman TEKUN 20 000 20 000 Jualan Hasil pertanian 12 000 12 000 Jualan Benih 2 200 2 200 Sewaan tapak 550 550 1 100 Jumlah Terimaan 58 800 550 14 750 74 100 PEMBAYARAN: Mesin dan peralatan 7 200 7 200 Belian benih 5 600 1 350 6 950 Input pertanian 1 200 3 000 3 400 7 600 Gaji dan upah 4 200 2 600 2 600 9 400 Penyelenggaraan 200 600 800 1 600 Kos angkutan 120 200 250 570 Pelbagai belanja 400 180 600 1 180 Jumlah Pembayaran 18 920 6 580 9 000 34 500 LEBIHAN KURANGAN 39 880 6 030 5 750 39 600 Baki akhir 39 880 33 850 39 600 39 600 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 54 Pada 1 Jan 2010, persatuan mendapati keputusan sebenar bagi penerimaan dan pembayaran untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut. PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009 RM Modal 38 800 PENERIMAAN Pinjaman TEKUN 20 000 Jualan Hasil pertanian 13 800 Jualan Benih 1 700 Sewaan tapak 1 300 Jumlah Terimaan 36 800 Jumlah Modal dan Penerimaan 75 600 PEMBAYARAN: Mesin dan peralatan 8 500 Belian benih 8 950 Input pertanian 9 800 Gaji dan upah 9 400 Penyelenggaraan 1 450 Kos angkutan 450 Pelbagai belanja 1 200 Jumlah Pembayaran 39 750 Baki akhir 35 850 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 55 Berdasarkan maklumat keputusan dijangkakan belanjawan dan keputusan sebenar yang telah diberikan maka Belanjawan tunai jumlah besar 3 bulan dan Varian boleh disediakan seperti berikut: PERSATUAN GENERASI KEDUA GEDANGSA Belanjawan Tunai dan Varian bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 BELANJAWAN SEBENAR VARIAN RM RM JUM +- Baki awal PENERIMAAN: Modal 38 800 38 800 0 tiada Pinjaman TEKUN 20 000 20 000 Tiada Jualan Hasil pertanian 12 000 13 800 1 800 15 + Jualan Benih 2 200 1 700 500 22.7 - Sewaan tapak 1 100 1 300 200 18.2 + JUMLAH PENERIMAAN 74 100 75 600 1 500 2.02 + PEMBAYARAN: Mesin dan peralatan 7 200 8 500 1 300 18.1 + Belian benih 6 950 8 950 2 000 28.8 + Input pertanian 7 600 9 800 2 200 28.9 + Gaji dan upah 9 400 9 400 Penyelenggaraan 1 600 1 450 150 9.4 - Kos angkutan 570 450 120 21.1 - Pelbagai belanja 1 180 1 200 20 1.7 + JUMLAH PEMBAYARAN 34 500 39 750 5 250 15.2 + LEBIHAN KURANGAN 34 500 35 850 1 350 3.9 + Baki akhir 39 600 35 850 3 750 9.5 _ Dari jadual belanjawan tunai di atas, varian positif + bagi item penerimaan menunjukkan kesan baik bagi perniagaan kerana berjaya menjana hasil penerimaan sebenar melebihi angka penerimaan yang dibelanjawankan. Manakala varian yang positif + bagi item pembayaran atau perbelanjaan menunjukkan kesan yang kurang baik bagi perniagaan kerana telah melebihi perbelanjaan yang dijangkakan. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 56 Perhatikan juga varian bagi jumlah penerimaan meningkat RM1 500 adalah + positif yang membawa maksud perniagaan berjaya menjana hasil penerimaan melebihi yang dijangka. Walau bagaimanapun varian bagi jumlah pembayaran yang menunjukkan varian positif + bermaksud telah berlaku peningkatan RM5 250 dalam pembayaran . Bagi baki akhir pula, variannya negatif - dan ini menunjukkan baki akhir tunai adalah kurang daripada baki yang dijangkakan. Info: Daripada data Belanjawan dan Varian di atas, dapat dirumuskan seperti berikut: KATEGORI ITEM KESAN VARIAN Positif + Negatif - Item Penerimaan Baik: penerimaan bagi item berkenaan melebihi daripada yang dijangka Kurang baik: penerimaan bagi item berkenaan kurang daripada yang dijangka Jumlah Penerimaan Baik: Jumlah penerimaan melebihi yang dijangka Kurang baik: Jumlah penerimaan kurang daripada yang dijangka Item Pembayaran Kurang baik: pembayaran bagi item berkenaan melebihi angka yang dibelanjawankan Baik: pembayaran bagi item berkenaan kurang daripada angka yang dibelanjawankan. Lebihan Baik: Jumlah lebihan adalah melebihi daripada angka yang dijangka Kurang baik: Jumlah lebihan adalah kurang daripada angka yang dijangka Baki akhir Baik: baki akhir tunai telah melebihi baki yang dijangka Kurang baik: baki akhir tunai adalah kurang daripada baki yang dijangka ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 57 LATIHAN 1. Terangkan maksud varian. 2. BELANJAWAN Tempoh 6 bulan KOS SEBENAR Tempoh 6 bulan RM RM PEMBAYARAN: Gaji dan upah 36 000 39 600 Penyelenggaraan 9 600 8 544 Elektrik dan air 8 400 8 568 Berdasarkan jadual di atas, kirakan varian setiap satu item dalam angka dan peratus. 3. NSR Enterprise bercadang mengusahakan projek ternakan ikan dan udang harimau dengan pelaburan tunai berjumlah RM8 000 sebagai modal. Projek tersebut meliputi aktiviti membeli dan menghasilkan benih ternakan dan juga menjual hasil ternakan. NSR Enterprise menjangkakan penerimaan dan pembayaran dalam perusahaannya untuk tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut: i Membuat pinjaman pertanian pada 5 November 2009 daripada AGRO BANK berjumlah RM12 000. Pinjaman dikenakan faedah 3 setahun secara rata dan perlu dibayar balik selama 5 tahun. Ansuran pinjaman bulanan berserta faedah akan mula dibayar pada bulan berikutnya. ii Pada bulan ketiga, sebahagian benih ikan dan udang akan dijual dengan nilai RM1 500. iii Sebuah kolam disewakan dengan kadar RM2 800 mulai Disember 2009. iv Kos yang perlu ditanggung dan dibayar dalam projek ini adalah: a Kos penyediaan 6 buah kolam dengan kos RM800 sebuah dibayar pada bulan Oktober 2009. b Belian benih induk ikan dan udang bagi bulan Oktober RM1 800 dan November RM1 200. c Belian alatan dan mesin pada bulan November RM2 300. d Sewa bulanan tapak projek RM700 sebulan mulai Oktober. e Air dan elektrik RM400 bagi bulan Oktober dan November. Kos ini dijangka meningkat 10 pada bulan Disember. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 58 f Upah tiga orang pekerja RM600 seorang bagi bulan Oktober dan dijangka bertambah seorang lagi mulai bulan November dengan upah sebanyak RM250 sebulan. g Pelbagai belanja RM200 sebulan. Berdasarkan maklumat di atas, anda dikehendaki: a Menyediakan belanjawan tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 b Mengira varian untuk upah dan kadar bayaran untuk tempoh 3 bulan sekiranya kos sebenar ialah RM4 100 untuk kedua-dua item bagi tempoh yang sama. Jawapan a Jumlah penerimaan: Okt. RM20 000; Nov. Tiada; Dis. RM4 300 dan Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM24 300 Jumlah pembayaran: Okt. RM8 500; Nov. RM4 380; Dis. RM3 220 dan Jumlah Besar untuk 3 bulan: RM18 400 b Jumlah jangkaan: upah dan kadar bayaran RM3 540 Varian dalam amaun : RM4 100 – RM3540 = RM560 Varian dalam peratus: RM560 ÷ RM3 540 = 15.82 positif ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 59 4. Pada 1 Januari 2010, NSR Enterprise telah menyemak buku perniagaan dan mendapati penerimaan termasuk modal dan kos sebenar bagi perniagaan untuk tempoh tiga bulan berakhir 31 Disember 2009 adalah seperti berikut: Penerimaan dan Pembayaran bagi 3 bulan berakhir 31 Disember 2009: Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2009 RM Modal 8 000 PENERIMAAN Pinjaman AGRO BANK 12 000 Jualan benih induk 1 950 Sewa kolam 2 660 PEMBAYARAN: Ansuran pinjaman pokok dan faedah 2 060 Mesin dan peralatan 2 300 Belian benih induk 2 850 Sewa tapak 2 100 Kadar bayaran 1 426 Upah 2 760 Pelbagai belanja 500 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 60 Berdasarkan belanjawan yang disediakan dalam soalan 4 dan juga maklumat sebenar di atas, anda dikehendaki melengkapkan jadual berikut: Catatan: pengiraan varian adalah berasaskan kepada angka belanjawan NSR ENTERPRISE BELANJAWAN DAN VARIAN Bagi tempoh 3 bulan berakhir 31 Disember 2009 Butir Jumlah Dijangka Jumlah Sebenar VARIAN RM RM JUM +- Modal Baki awal PENERIMAAN: JUMLAH PENERIMAAN PEMBAYARAN: JUMLAH PEMBAYARAN LEBIHAN KURANGAN PENERIMAAN Baki Akhir ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 61 TAJUK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN Penggajian ialah urusan menggaji. Setiap individu yang bekerja dengan orang lain akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Ganjaran tersebut dipanggil gaji atau upah. a Slip Gaji Slip gaji merupakan dokumen yang diterima oleh pekerja yang menerima gaji. Item- item yang biasa terdapat dalam slip gaji ialah i. Bahagian penerimaan Meliputi gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, imbuhan, elaun sara diri COLA dan lain-lain. ii. Bahagian potongan Meliputi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, Potongan Cukai Berjadual PCB, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman bank dan lain-lain. iii. Gaji bersih Jumlah penerimaan tolak jumlah potongan. Contoh slip gaji ERICOOL ENGINEERING SDN. BHD. SALARY SLIP MONTH : SEPT 2009 ACCT : 12-5678-9123-5 NAME : AZLINA BINTI ABAS IC NO : 590729-05-5384 POSITION : ADMIN CLERK EPF NO : SG 6178123 DEPARTMENT : ADMIN DEPARTMENT SOCSO NO : XXXXXXXXXXXXX EARNING DEDUCTION BASIC SALARY RM 600.00 ADVANCE RM - ALLOWANCE MOBILE RM 50.00 UNPAID LEAVE RM - OVERTIME RM 121.15 EPF RM 66.00 OUT-STATION RM - SOCSO RM 4.25 OTHERS RM 50.00 LOAN RM GROSS SALARY RM 821.15 TOTAL RM 70.25 NET SALARY RM 750.90 Date Join: 1st Sept 2005 Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menyatakan maksud penggajian. • Mengenalpasti kaedah pembayaran gaji.

9.1 Dokumen Penggajian