Kesan Penggajian Ke Atas Pendapatan

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 70 Gaji ialah pendapatan tetap yang dibayar kepada golongan pengurusan dan pentadbiran. Contohnya gaji guru, pengurus dan kerani. Manakala upah ialah pendapatan tidak tetap yang dibayar mengikut jam bekerja, bilangan hari bekerja atau jumlah unit pengeluaran. Contoh 1: Encik Aizat bekerja sambilan sebagai jurujual komputer. Upah yang diterima ialah RM20 sejam dan dia bekerja selama 5 jam sehari selama 20 hari. Hitungkan upah yang diterima oleh Encik Aizat. Upah = 20 hari x 5 jam x RM20 = RM2 000 Kesan gaji ke atas pendapatan individu adalah tetap. Kesan upah ke atas pendapatan individu adalah berubah mengikut kadar upah yang diperoleh. Individu yang dibayar gaji akan memperoleh pendapatan yang tetap. Bagi individu yang dibayar upah, mereka akan menerima pendapatan yang tidak tetap kerana bayaran adalah bergantung kepada kadar upah berasaskan tempoh masa bekerja atau unit pengeluaran yang dihasilkan. Contoh tempoh masa ialah berasaskan jam dan hari bekerja, manakala upah bagi penghasilan keluaran berasaskan unit atau kuantiti yang dihasilkan. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menyatakan maksud gaji dan upah. • Menyatakan kesan perbandingan antara gaji dan upah terhadap pendapatan individu.

9.4 Kesan Penggajian Ke Atas Pendapatan

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 71 Contoh 2 Encik Parjo bekerja membuat kerusi di sebuah kilang perabot di pekan Banting. Bagi setiap kerusi yang dihasilkan dia menerima upah sebanyak RM15. Hitung upah yang diterima sekiranya dia telah menghasilkan 60 buah kerusi bagi bulan Januari tahun 2009. Pengiraan : Upah = 60 unit x RM15 = RM900 LATIHAN A Soalan Objektif 1. Antara berikut yang manakah kaedah pembayaran gaji? I Tunai II Cek III Bayaran Automatik IV Slip pindahan wang A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV 2. Antara berikut, yang manakah merupakan butiran yang menjadi sumber pendapatan gaji? I Elaun II Gaji pokok III Caruman PERKESO IV Potongan Cukai Berjadual PCB A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 72 Soalan 3 dan 4 berdasarkan maklumat berikut Encik Alwi seorang pekerja di sebuah syarikat multinasional. Berikut merupakan butiran sumber dan potongan gaji Encik Alwi bagi bulan November 2009 RM Gaji pokok 3 000 Elaun lebih masa 500 Elaun kritikal 300 KWSP caruman majikan 360 Pinjaman kenderaan 500 Pinjaman perumahan 600 KWSP caruman pekerja 330 Cukai Berjadual PCB 80 3. Hitung gaji kasar Encik Alwi bagi bulan November. A RM3 800 B RM3 860 C RM4 130 D RM4 160 4. Hitung gaji bersih Encik Alwi bagi bulan November. A RM3 060 B RM2 980 C RM2 650 D RM2 290 5. Puan Humaira bekerja sambilan sebagai jurujual kosmetik. Upah yang diterima ialah RM20 sejam. Hitung upah sekiranya beliau bekerja sebanyak 15 jam bagi bulan Disember 2009. A RM350 B RM300 C RM250 D RM200 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 73 Jawapan 1. A 2. A 3. A 4. D 5. B B Soalan subjektif 1. Apakah maksud penggajian? 2. Senaraikan 3 kaedah pembayaran gaji. 3. Nyatakan maksud Kawalan Dalaman Penggajian. 4. Nyatakan objektif dan kepentingan Kawalan Dalaman Penggajian. 5. Puan Premalatha bekerja sebagai kerani akaun di sebuah syarikat swasta dengan gaji bulanan RM1 500. Elaun bulanan ialah RM300. Caruman kepada KWSP ialah 9 oleh pekerja dan 12 oleh majikan. Anda dikehendaki menghitung: i Gaji kasar ii KWSP caruman pekerja dan majikan Jawapan: i RM1 800 ii RM315 6. Encik Leong bekerja sebagai pegawai kewangan dengan gaji bulanan RM2 600 dan elaun bulanan sebanyak RM500. Potongan Cukai Berjadual ialah RM55. Caruman kepada KWSP ialah 12 oleh majikan dan 9 oleh pekerja. Anda dikehendaki menghitung: i Gaji Kasar ii Gaji Bersih Jawapan: i RM3 100 ii RM2 811 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 74 TAJUK 10 : PERKONGSIAN Perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian Perniagaan milikan tunggal boleh berubah menjadi perkongsian apabila bilangan pemiliknya meningkat melebihi satu orang dan kurang 20 orang. Penubuhan perkongsian ini mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang termaktub dalam Akta Perkongsian 1961. Perubahan perniagaan milikan tunggal kepada perkongsian boleh berlaku atas beberapa sebab. Antaranya ialah:- • Penggabungan idea, kemahiran dan pengalaman untuk kepentingan perniagaan • Keperluan sokongan modal yang mencukupi daripada orang lain • Perkongsian tanggungan risiko perniagaan • Keperluan terhadap kemahiran tertentu • Kos penubuhan lebih rendah dan proses yang lebih mudah berbanding penubuhan syarikat berhad. • Perlunya berkongsi pengurusan dan kepakaran dengan orang lain. • Beban cukai yang rendah kerana cukai yang dikenakan adalah cukai perseorangan. Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menyatakan perubahan bentuk pemilikan perniagaan daripada milikan tunggal kepada perkongsian. • Menjelaskan kesan kemasukan rakan kongsi baharu.

10.1 Penubuhan Perkongsian