Dokumen Penggajian Kawalan Dalam Penggajian

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 61 TAJUK 9 : PERAKAUNAN UNTUK PENGGAJIAN Penggajian ialah urusan menggaji. Setiap individu yang bekerja dengan orang lain akan mendapat ganjaran daripada majikannya. Ganjaran tersebut dipanggil gaji atau upah. a Slip Gaji Slip gaji merupakan dokumen yang diterima oleh pekerja yang menerima gaji. Item- item yang biasa terdapat dalam slip gaji ialah i. Bahagian penerimaan Meliputi gaji pokok, elaun kerja lebih masa, bonus, imbuhan, elaun sara diri COLA dan lain-lain. ii. Bahagian potongan Meliputi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO, Potongan Cukai Berjadual PCB, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman bank dan lain-lain. iii. Gaji bersih Jumlah penerimaan tolak jumlah potongan. Contoh slip gaji ERICOOL ENGINEERING SDN. BHD. SALARY SLIP MONTH : SEPT 2009 ACCT : 12-5678-9123-5 NAME : AZLINA BINTI ABAS IC NO : 590729-05-5384 POSITION : ADMIN CLERK EPF NO : SG 6178123 DEPARTMENT : ADMIN DEPARTMENT SOCSO NO : XXXXXXXXXXXXX EARNING DEDUCTION BASIC SALARY RM 600.00 ADVANCE RM - ALLOWANCE MOBILE RM 50.00 UNPAID LEAVE RM - OVERTIME RM 121.15 EPF RM 66.00 OUT-STATION RM - SOCSO RM 4.25 OTHERS RM 50.00 LOAN RM GROSS SALARY RM 821.15 TOTAL RM 70.25 NET SALARY RM 750.90 Date Join: 1st Sept 2005 Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Menyatakan maksud penggajian. • Mengenalpasti kaedah pembayaran gaji.

9.1 Dokumen Penggajian

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 62 b Kaedah Pembayaran Kaedah pembayaran gaji : i. Tunai Gaji dibayar kepada pekerja secara tunai. ii. Cek Gaji dibayar kepada pekerja dengan menggunakan cek. Bagi kaedah i dan ii, pekerja perlu menandatangani baucar pembayaran sebagai bukti penerimaan gaji bagi bulan tersebut. iii. Bayaran Automatik Automated Payment Pekerja juga boleh menerima gaji melalui bank dengan cara bayaran automatik. Bayaran automatik bermaksud majikan memberi arahan bertulis kepada pihak bank untuk membayar sejumlah wang tertentu ke akaun pekerjanya. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 63 Kawalan dalam penggajian terbahagi kepada i Pemberian kuasa ii Kawalan dan keselamatan Pemberian kuasa ialah satu surat kuasa yang dikeluarkan oleh majikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membayar gaji pekerja. Kawalan dalaman penggajian merangkumi empat aktiviti: i Pengambilan pekerja ii Jadual masa bekerja iii Menyedia dan menyimpan rekod pekerja iv Pembayaran gaji kepada pekerja Antara objektif Kawalan Dalaman Penggajian ialah i menjaga aset syarikat ii mengurangkan penyelewengan dan penipuan iii memastikan dokumen pembayaran gaji selamat. iv rekod-rekod penggajian memenuhi prosedur perakaunan

9.2 Kawalan Dalam Penggajian

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Mengenalpasti dokumen pemberian kuasa penggajian. • Menerangkan maksud kawalan dalam penggajian. • Menjelaskan objektif dan kepentingan Kawalan Dalaman Penggajian. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 64 Bidang Tugas Eksekutif Sumber Manusia : 1. Bertanggungjawab dalam merancang dan pengrekrutan : - Temu duga, pengrekrutan, ujian, koordinasi pekerja sementara kontrak 2. Bertanggungjawab dalam merancang latihan : - Orentasi, pengurusan prestasi, kemahiran, latihan, peningkatan produktiviti 3. Bertanggungjawab dalam menyimpan rekod peribadi: - Sistem maklumat, rekod pekerja. 4. Bertanggungjawab dalam perancangan strategik : - Membuat ramalan perancangan jumlah kakitangan syarikat untuk tahun seterusnya berdasarkan keutuhan dan keperluan syarikat. 5. Bertanggungjawab dalam pampasan : - Mentadbir gaji dan upah sama ada harianbulanan - Mereka bentuk kerja - Bayaran insentif yang bersesuaian dengan keperluan syarikat - Penilaian kerja - Membuat caruman bulanan pekerja bagi KWSP dan PERKESO - Menguruskan perkara yang berkaitan dengan pampasan KWSP dan PERKESO sekiranya berkaitan. Petikan surat pemberian kuasa ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 65 a Pengiraan Gaji Kasar