Perakaunan dan Simpan Kira

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 12 d Sub Bidang Perakaunan Secara umumnya, sub bidang perakaunan terdiri daripada : i Perakaunan Kewangan Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses maklumat kewangan perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan. Perakaunan kewangan adalah berkaitan dengan pelaporan prestasi perniagaan untung atau rugi dalam sesuatu tempoh perakaunan, pelaporan kedudukan kewangan, aliran masuk dan aliran keluar tunai yang berkaitan dengan operasi perniagaan itu. Objektif utama dalam perakaunan kewangan adalah untuk menyediakan maklumat-maklumat perakaunan kepada pengguna yang berkepentingan. ii Perakaunan Pengurusan Perakaunan pengurusan mengkhusus kepada penyediaan maklumat- maklumat untuk kegunaan dalaman perniagaan seperti pihak pengurusan dan kakitangan. Maklumat ini digunakan untuk perancangan, kawalan, pembuatan keputusan dan pengurusan syarikat. Contoh laporan perakaunan pengurusan adalah belanjawan dan laporan prestasi.

1.4 Perakaunan dan Simpan Kira

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Membezakan perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan dengan tepat. • Membezakan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian dengan tepat. • Menghubungkaitkan perakaunan dengan pengauditan serta percukaian dengan betul. • Menyenaraikan kepentingan sistem maklumat perakaunan dengan tepat dan betul. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 13 iii Audit Audit ialah satu proses sistematik untuk memperoleh dan menilai bukti secara objektif mengenai pernyataan tentang kegiatan kewangan. Tujuannya adalah untuk menentukan kesesuaian antara pernyataan tersebut dengan kriteria yang ditetapkan pematuhan serta menyampaikan kepada pengguna yang berkepentingan. Pengauditan melibatkan aktiviti pemeriksaan dokumen-dokumen perniagaan bagi mengesahkan urus niaga yang direkod itu sebenarnya telah berlaku. Di samping itu, pengauditan juga bertujuan untuk mengesahkan rekod perakaunan yang telah disediakan itu mengikut piawaian dan peraturan perakaunan yang diterima umum. Biasanya, pengauditan ini dilakukan oleh juruaudit bertauliah. Pada akhir kerja-kerja pengauditan, juruaudit perlu mengeluarkan laporan dan memberi pendapat ke atas akaun-akaun yang telah diperiksa dengan menyatakan laporan kewangan yang diterbitkan kepada umum itu adalah memberi gambaran yang benar dan saksama true and fair view. iv Percukaian Bidang perakaunan yang melibatkan perundingan percukaian, perancangan percukaian dan penyediaan penyata cukai retan cukai. Mereka yang terlibat dalam bidang ini mestilah mahir dalam bidang perakaunan. v Sistem Maklumat Perakaunan Sistem maklumat perakaunan merupakan sistem untuk menjanakan maklumat perakaunan sebagai sebahagian daripada sistem maklumat keseluruhan. Sistem maklumat perakaunan juga merupakan satu rangkaian prosedur yang berhubungan antara satu maklumat perakaunan dengan satu maklumat perakaunan yang lain. Contohnya maklumat perakaunan kewangan dihubungkan dengan maklumat perakaunan pengurusan atau percukaian. Sistem ini berperanan untuk memproses data-data perakaunan, seterusnya menghubungkan data-data ini dengan sistem maklumat pengurusan agar dapat digunakan oleh organisasi dalam proses pembuatan keputusan. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 14 Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara Perakaunan Kewangan dengan Perakaunan Pengurusan: Aspek PERAKAUNAN KEWANGAN PERAKAUNAN PENGURUSAN Pengguna Melaporkan kepada pihak luaran organisasi seperti pelabur, pemegang saham, Jabatan Hasil dan pihak perundangan. Melaporkan kepada pihak dalaman organisasi bagi melaksanakan fungsi pengurusan seperti perancangan, pengawalan, penilaian prestasi dan pembuatan keputusan. Masa Merupakan ringkasan kepada aktiviti yang telah lepas. Lebih menumpukan kepada aktiviti yang mempengaruhi keputusan masa depan. Tumpuan laporan Hanya data-data yang telah diringkaskan yang dilaporkan dalam laporan tahunan dan mewakili keseluruhan organisasi. Laporan adalah terperinci dan melaporkan mengikut bahagian, produk, pelanggan atau segmen. Perundangan Laporan perlu disediakan mengikut Prinsip Perakaunan Yang Diterima Umum. Generally Accepted Accounting Principles –GAAP Tidak perlu mengikut Prinsip Perakaunan Yang Diterima Umum. Generally Accepted Accounting Principles –GAAP Pematuhan Mempunyai mandatori iaitu mesti dibuat secara terperinci. Akta Syarikat 1965 dan Piawaian Pelaporan Kewangan Financial Reporting Standard Tiada mandatori iaitu mempunyai pilihan untuk disediakan laporan atau tidak. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 15 a Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan: vi Konservatisme Prinsip ini adalah berkait rapat dengan polisi berhati-hati yang diamalkan untuk melindungi perniagaan daripada segala kerugian yang mungkin berlaku. Sehubungan dengan prinsip ini, segala kerugian yang dijangkakan hendaklah diambil kira sebagai belanja dalam Penyata Pendapatan tetapi segala keuntungan yang dijangkakan tidak boleh diiktiraf sebagai pendapatan sehingga keuntungan ini telah diperoleh. Penggunaan konsep ini bagi memastikan: • aset dan hasil tidak terlebih nyata, • liabiliti dan belanja tidak terkurang nyata, • kerugian mesti direkod walaupun belum berlaku, • keuntungan hanya direkod bila telah berlaku. Contohnya, pihak pengurusan biasanya terlalu optimis mengenai masa hadapan perniagaannya. Keadaan ini mungkin akan memberikan keyakinan kepada mereka bahawa kedudukan kredit pelanggan mereka yang tertentu adalah sentiasa baik. Keadaan ini akan menyebabkan untung terlebih nyata kerana peruntukan hutang ragu yang rendah disediakan. Oleh itu, dalam keadaan ini konsep konservatisme perlu digunakan. Peruntukan hutang ragu perlu diwujudkan untuk meminimakan daripada berlakunya untung yang terlebih nyata.

1.6 Konsep, Prinsip dan Andaian Perakaunan serta Ciri Kualitatif Penyata Kewangan