Akaun Kontra Carta Akaun

Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 19 TAJUK 2 : KLASIFIKASI AKAUN : ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA DAN AKAUN KONTRA a Definisi Akaun Kontra Akaun kontra ialah akaun yang akan mengurangkan nilai dalam akaun induk. Contoh akaun induk ialah Akaun-akaun Aset Bukan Semasa, Akaun Penghutang, Akaun Pemiutang, Akaun Belian, Akaun Jualan dan Akaun Modal. Akaun kontra bertujuan untuk memberi nilai bersih bagi akaun-akaun tersebut. Contoh Akaun-akaun Kontra • Akaun Susut Nilai Terkumpul • Akaun Peruntukan Hutang Ragu • Akaun Pulangan Belian • Akaun Pulangan Jualan • Akaun Diskaun Diterima • Akaun Diskaun Diberi • Akaun Ambilan b Akaun Kontra mengikut pengelasan akaun Padanan Akaun Kontra dengan Aset, Liabiliti, Modal, Hasil dan Belanja ialah: • Susut nilai terkumpul mengurangkan Aset Bukan Semasa • Peruntukan hutang ragu mengurangkan penghutang • Pulangan belian mengurangkan belian • Pulangan jualan mengurangkan jualan • Diskaun diterima mengurangkan belian • Diskaun diberi mengurangkan jualan • Akaun Ambilan mengurangkan modal Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Mendefinisikan Akaun Kontra. • Menyenaraikan akaun-akaun kontra. • Memadankan akaun kontra mengikut jenis akaun.

2.6 Akaun Kontra

~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 20 Contoh : Perniagaan Intan Baiduri Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Julai 2009 Petikan Jualan 15 000 - Pulangan Jualan 200 14 800 - Diskaun diberi 300 Jualan Bersih 14 500 Tolak : Kos Jualan Stok awal 4 500 Belian 12 000 - Pulangan Belian 400 11 600 - Diskaun diterima 200 Belian bersih 11 400 Perniagaan Intan Baiduri Kunci Kira-Kira pada 31 Julai 2009 Petikan Aset Bukan Semasa Kenderaan 50 000 - Susut Nilai Terkumpul 5 000 45 000 Aset Semasa Penghutang 4 500 - Peruntukan Hutang Ragu 100 4 400 ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 21 a Definisi Carta Akaun Carta akaun adalah penyenaraian tajuk dan nombor akaun secara sistematik yang digunakan dalam sistem perakaunan berkomputer sesebuah perniagaan. Carta akaun juga digunakan untuk tujuan perekodan dalam lejar am. Sehubungan dengan itu, dalam carta akaun, pengelasan akaun disusun mengikut jenis akaun seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja. Carta akaun akan berubah mengikut jenis perniagaan yang dipilih. Carta akaun boleh dibina sama ada dengan menggunakan sistem penomboran atau abjad sahaja ataupun kedua-dua angka dan abjad alpha- numeric, bergantung kepada spesifikasi sistem. Contohnya, sistem kod mungkin menetapkan nombor 9000 – 9999 untuk item belanja, nombor 1000 – 1999 untuk item aset dan nombor 2000 – 2999 untuk item liabiliti seperti di bawah: Belanja KOD ITEM 9000 Perbelanjaan 9001 Sewa 9002 Kadar bayaran Aset KOD ITEM 1000 Aset 1001 Tunai 1002 Penghutang 1003 Kenderaan

2.7 Carta Akaun

Hasil Pembelajaran Selepas mempelajari tajuk ini, anda akan dapat: • Mendefinisikan carta akaun. • Menjelaskan kegunaan carta akaun. • Menyediakan jadual carta akaun. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 22 Liabiliti KOD ITEM 2000 Liabiliti 2001 Pemiutang 2002 Overdraf bank 2003 Gaji terakru b Fungsi Carta Akaun Carta Akaun berfungsi sebagai tapak base untuk menukar nama, menambah akaun dan memberikan maklumat tambahan kepada akaun yang ditambah. Bagi sistem perakaunan berkomputer penyediaan carta akaun adalah perlu untuk membolehkan komputer mengenalpasti akaun. c Penyediaan Carta Akaun Langkah-langkah penyediaan Carta Akaun: i Kenal pasti semua akaun berdasarkan urus niaga yang perlu direkod mengikut pengelasan akaun iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan akaun kontra. ii Bandingkan senarai akaun tersebut dengan senarai akaun yang terdapat dalam perisian perakaunan. iii Beri perhatian pada nama akaun, klasifikasi akaun serta maklumat tambahan lain seperti jenis akaun dan subklasifikasi akaun. iv Masukkan maklumat Carta Akaun yang telah dirangka dalam perisian perakaunan. d Inventori Inventori merujuk kepada semua item yang menjadi barang niaga sesebuah perniagaan. Bagi perniagaan perkilangan, inventori terdiri daripada inventori bahan mentah, inventori kerja dalam proses dan inventori barang siap. Dua sistem yang digunakan untuk menilai inventori adalah: i Sistem Inventori Berkala ii Sistem Inventori Berterusan Sistem Inventori Berkala tidak menyimpan rekod yang terperinci untuk mengesan semua inventori yang diterima dan dikeluarkan. Kuantiti dan nilai inventori pada akhir suatu tempoh ditentukan dengan membuat pengiraan ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 23 fizikal. Sistem ini biasanya digunakan oleh perniagaan barangan runcit yang barang niaganya berharga rendah. Sistem Inventori Berterusan menyimpan rekod yang terperinci untuk mengesan semua inventori yang diterima dan yang dikeluarkan. Setiap pergerakan inventori direkod dengan menggunakan Buku Rekod Inventori atau Kad Lejar Stok. Dengan sistem ini, kuantiti dan nilai stok dalam perniagaan boleh dipastikan pada bila-bila masa sahaja dengan merujuk kepada rekod inventori yang disimpan. LATIHAN 1. Nyatakan maksud akaun kontra dan senaraikan beberapa contoh akaun ini? 2. Nyatakan maksud carta akaun yang diguna dalam perakaunan berkomputer? 3. Sediakan carta akaun menggunakan maklumat berikut: Modal Belian dan jualan Hutang lapuk Kenderaan kos Gaji Iklan Penghutang Pemiutang Bank Tunai Stok 1 Januari 2009 Pulangan Angkutan masuk Peruntukan hutang ragu Susut nilai Terkumpul Van Insurans 4. Nyatakan perbezaan antara sistem inventori berkala dengan sistem inventori berterusan. ~ Cg Narzuki Online http:cgnarzuki.com Buku Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan KBSM 24 TAJUK 3 : DOKUMEN PERNIAGAAN SEBAGAI SUMBER MAKLUMAT b Jenis dokumen perniagaan vi Baucer Pembayaran termasuk Penyata Gaji Penyata gaji merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh peniaga kepada pekerja sekali atau dua kali sebulan. Ia mengandungi maklumat jumlah pendapatan pekerja dan potongan gaji dalam tempoh tersebut. Perbezaan antara pendapatan yang diterima dan potongan gaji adalah jumlah gaji bersih yang diterima oleh pekerja. Contohnya, gaji Encik Hassan bin Said yang dibayar oleh Aksesori Komputer ABZ untuk bulan Januari 2009 sebanyak RM2 150.00 akan dimasukkan ke akaun bank Encik Hassan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Pembayaran gaji yang dibankkan terus ke akaun pekerja tidak memerlukan peniaga menyediakan baucar pembayaran. Rajah 1 AKSESORI KOMPUTER ABZ SLIP GAJI Januari 2009 Nama : A001 – Hassan bin Said No Kad Pengenalan : 720520-04-5555 No. KWSP : 13065787 No. PERKESO : 116-03 No. Akaun Bank : 0408-0057258-52-2 CEMB PENERIMAAN POTONGAN RM Gaji Pokok : 1 500.00 KWSP : 180.00 Kerja lebih masa : 500.00 PERKESO : 45.00 Pendapatan lain : 300.00 Potongan Cukai Tuntutan Perbatuan : 100.00 Berkala : 25.00 Jumlah Penerimaan : 2 400.00 Jumlah Potongan : 250.00 Jumlah Bersih : 2 150.00

3.1 Fungsi dan Jenis Dokumen Dalam Perniagaan