PERSPEKTIF TEORI INTERAKSIONALISME KAITAN TEORI SOSIOLOGI DALAM KONSEP-KONSEP BERKAITAN

Teori konflik bererti perselisihan faham atau pendapat dan salah faham tidak bermuafakat tidak sepakat, tidak setuju dalam mencapai sesuatu tujuan tertentu, menyimpang dari motivasi tertentu atau keberatan melakukan sesuatu. Konflik berlaku dalam semua aspek hubungan sosial. Ia berbentuk secara hubungan antara individu dengan individu , hubungan individu dengan kelompok, atau dengan kelompok dengan kelompok. Oleh itu, konflik sering berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti dalam ekonomi, politik, agama, sosial, psikologi, budaya dan lain-lain. Teori konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti oleh Weber.Melalui teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial Pada kebiasaannya sekiranya berlaku sesuatu konflik akan menyebabakan berlaku perdebatan . konflik yang berlaku tidak dapat dielak untuk berlaku perubahan . Menurut Amir Hasan Dawi, 2009 dalam sesuatu konflik akan terdapat satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang. Seperti halnya dengan perspektif fungsionalisme pandangan konflik juga melihat masyarakat secara makro. Andaian perspektif konflik adalah berlainan dengan perspektif fungsionalisme. Hal ini kerana perspektif teori konflik melihat masyarakat sentiasa berubah dan konflik sentiasa ada. Konflik yang berlaku disini bukan lah satu keganasan tetapi konflik ini merujuk kepada permusuhan, persaingan dan tidak bersetuju kepada sesuatu matlamat. Konflik disini tidak berlaku kadangkala sahaja malahan merupakan satu proses terus menerus dan merupakan hakikat kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Pekara yang boleh dilihat pada masyarakat seperti kuasa, kemewahan pangkat dan sebagainya. Namun begitu, perspektif konflik bukan menyatakan konflik sosial ini merosakkan masyarakat,sebaliknya konflik membawa perubahan yang positif. Contohnya, melalui konflik dapat menyatukan kumpulan-kumpulan dalam mencapai kepentingan bersama dan konflik antara kumpulan yang bersaingan tentang sesuatu masalah sosial yang dihadapi akan menyebabkan berlakunya perubahan yang memberi manfaat. Perubahan ini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada konflik.

1.2.3 PERSPEKTIF TEORI INTERAKSIONALISME

7 Perkataan interaksionisme berasal dari perkataan inggeris ‘ interaction’ yang bermakna interaksi. Perspektif interaksionisme ini pada mulanya dipengaruhi oleh Max Weber yang melihat kepentingan dalam memahami dunia sosial daripada sudut pandangan individu yang bertindak dan berinteraksi dalam dunia sosial tersebut. Teori interaksionisme ini banyak dipengaruhi oleh Geoge Herbert Mead yang merupakan pengkajian sosiologi bersifat mikro diamana teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasikan dn bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat Amir Hasan Dawi, 2009. Perbezaan antara perspektif interaksionalisme ini dengan perspektif fungsionalisme serta perspektif konflik ialah perspektif ini tidak menumpukan perhatian kepada pekara-pakara yang berstruktur besar seperti negara, ekonomi atau kelas sosial. Sebaliknya perspektif ini lebih mementingkan interaksi sosial yang berlaku setiap hari didalam kehidupan manusia pada setiap hari. Selain itu, teori interaksionisme sering berjaga-jaga dan menjauhi penegasan terhadap komponen-komponen masyarakat yang besar seperti peraturan sosial dan perubahan sosial. Pada kebiasaannya, ahli sosiologi menggunakan perspektif ini dalam aspek yang kecil dalam perbuatan seharian. Contohnya apakah proses-proses yang terlibat ketika membuat keputusan didalam kumpulan dan sebagainya. Dalam teori ini Max Weber menegaskan bahawa setiap individu perlu memahami dunia masyarakat dari sudut pandangan individu. Ia juga dikenali sebagai ‘Symbolic interactionisme’ dimana pada kebiasaanya, manusia berinteraksi melalui symbol-simbol tertentu seperti menggunakan alat, lambing, bahasa, dan sebagainya. Namun begitu, dalam teori ini lebih mementingkan interaksi sosial yang melibatkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Contohnya, apabila bendera sesebuah negara berkibar untuk acara tertentu maka peserta bagi negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya. Hal ini, boleh diaplikasikan di negara kita Malaysia dimana apabila lagu ‘Negaraku’ dimainkan semua masyarakat dikehendaki memberi penghormatan dengan berdiri tegak. Dengan kata lain teori ini tidak menumpukan pekara-pekara besar seperti melibatkan ekonomi negara atuu negara. Contoh ciri-ciri teori ini ialah seperti menggunakan symbol seperti warna , lampu, isyarat , gerak geri lambing dan sebagainya. 8

2.0 POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN 1M 1S DAN KAITAN DENGAN TEORI SOSIOLOGI