sosiologi 026

(1)

(KPS 6014)

TUGASAN 2: SOSIOLOGI DAN POLISI PENDIDIKAN

1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ZAINARIAH BINTI ABDUL GANI M20132001758 019-5103252

PENSYARAH : PROF.MADYA DR.AMIR HASAN DAWI

ISI KANDUNGAN BI

L


(2)

1.


(3)

1.1 Perspektif sosiologi

Perspektif sosiologi merupakan disiplin sosiologi yang mempunyai perspektif yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial. Kebanyakan persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli dalam sosiologi merangkumi teori, analisis, dan mentafsir data secara saintifik. Kebanyakan hasil kajian ahli-ahli sosiologi adalah bersifat objektif. Secara umumnya bidang sosiologi memberi tumpuan perspektif sosiologi pada tingkahlaku masyarakat. Sosiologi juga merupakan satu disiplin sains kemasyarakatan. Tujuan utama sosiologi alah untuk menyelidik, mengetahui, dan memahami struktur asas masyarakat, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan, dan keadaan-keadaaan yang akan mengubah kehidupan masyarakat.Isi kandungan sosiologi adalah luas dan kompleks, berbagai-bagai pengetahuan diperolehi daripada penyelidikan teknologi.

Selain itu, dunia ini tidak terdiri daripada suatu realiti yang dilihat sama oleh semua orang. Hal ini kerana setiap ppandangan atau pendapat seseorang adalah berbeza antara satu sama lain. Sebagai contoh, sebuah negara yang maju, tetapi bebagai-bagai orang akan melihatnya dan interpretasi yang berlainan tentang negara tersebut. Negara yang mementingkan kemajuan teknologi akan melihat negara maju ini dari aspek kemajuan teknologi yang canggih, negara yang mementingkan ekonomi akan melihat dari aspek kekayaan hasil bahan mentah dan peluang keuntungan untuk bekerjasama dengan negara maju ini, ada sesetengah negara lain pula melihat dari kestabilan politik negara maju ini untuk menjalinkan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukan mereka.Setiap orang atau negara akan memberi perspektif yang berbeza bagi negara yang sama.Akibatnya mereka ini akan melihat pekara-pekara yang berlaina, tentang pekara yang sama. Dengan jalan pemikiran yang sama sosiologi membawa perspektif tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial.

Perspektif sosiologi mengundang kita melihat persekitaran masyarakat yang biasa kita lihat dengan kaca mata yang baru. Perspektif merupakan suatu kumpulan andaian mahupun keyakinan tentang suatu hal , dengan perspektif orang akan memandang sesuatu hal berdasarkan cara - cara tertentu . Perspektif membimbing setiap orang untuk menentukan bahagian yang relevan dengan fenomena yang terpilih dari konsep - konsep tertentu untuk dipandang secara rasional . Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa perspektif adalah rangka kerja konseptual , sekumpulan andaian, nilai , gagasan yang mempengaruhi perspektif manusia sehingga menghasilkan tindakan dalam suatu konteks situasi tertentu.


(4)

Selain itu, sosiologi akan menunjuk kita dunia-dunia orang kaya yang berkuasa, dunia orang miskin yang lemah dan sebagainya. Oleh kerana orang-orang dalam contoh ini mempunyai pengalaman yang berlainan , maka mereka ini mempunyai realiti sosial yang berlainan. Maka dengan ini sosiologi mengizinkan kita mengakui dan menghormati sudut pandangan yang berlainan jika dibandingkan dengan sudut pandangan kita sendiri. Disipilin sosiologi adalah perspektif yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial. Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi ialah berasaskan pada teori, analisis, dan mentafsir data secara saintifik. Laporan daripada ahli-ahli sosiologi adalah tepat dan seboleh-bolehnya mengelakkan berlakunya berat sebelah. Dengan kata lain, hasil kajian daripada ahli-ahli sosiologi adalah bersifat objektif.

Melalui perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara mendalam dan kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakat berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin selesa dan bijak kita mengendalikan kehidupan. Hal ini kerana, sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih berkesan. Secara umumnya, tumpuan perspektif sosiologi ialah pada tingkahlaku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ia meliputi dua bidang mikro(kecil) dan makro (besar). Mikro sosiologi adalah bersifat kecil atau individu. Manakala makro sosiologi iaitu masalah yang besar contohnya peperangan, pengangguran, kemiskinan dan lain-lain. Namun begitu antara mikro dan makro wujud perkaitan antara satu sama lain.Misalnya, masalah individu yang terlibat seperti penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan berlku kecurian dimana masalah ini akan menimbulkan pemasalahan yang melibatkan orang ramai. Hal ini bukan sahaja memberi kesan yang negatif pada individu berkenaan malah memberi impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling. Oleh sebab bidang sosiologi dianggap besar maka ia secara tidak lansung ada kaitan dengan masalah sains sosial yang lain seperti ekonomi, sejarah, psikologi dan sebagainya.


(5)

Sosiologi juga merupakan ilmu pengetahuan tentang pergaulan hidup manusia antara seorang dengan seorang, hubungan perseorangan dengan golongan dan hubungan golongan dengan golongan. Selain itu, sosiologi berkaitan dengan interaksi sosial,budaya, stratifikasi,birokrasi,populasi,peranan jantina, umur,ekologi, politik dan kuasa nilai norma dan jenayah (Asas Sains Sosial dari perspektif sosiologi,1996). Sosiologi juga merupakan mengkaji tentang masyarakat manusia dan tingkahlaku sosial, serta memberi tumpuan kepada kumpulan-kumpulan,institusi dan badan sosial.

Antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal ialah Herbert Spencer (1920-1903) konsep ‘Survival of fittest’ mempercayai masyarakat berkisar mengikut Principal of Natural laws, Emile Durkheim (1858-1917) teori yang menekankan kestabilan sosial, Auguste Comte (1798- 1857) merupakan bapa sosiologi dan membahagikan teori kepada beberapa peringkat iaitu peringkat keagamaan atau teologi,peringkat metafizik dan abstrak dan juga peringkat saintifik atau positif , Ibdu Khaldun (1932-1406) yang meliputi perbandingan masyarakat desa dan kampung, Karl Marx (1818-1883) ‘ Economic Determinism teori yang menekankan konflik sosial dan perubahan konflik (Max Weber( 1864-1920) yang memperkenalkan konsep birokrasi.

Konsep asas sosiologi terdiri daripada bangsa, Etnik, Kerakyatan dan kewarganegaraan dan masyarakat. Manakala konsep umum sosiologi terdiri dari budaya, Sosialisasi, Enkulturasi. Bangsa memberi takrifan perkongsian ideadari segi aspek genetik, kaum, keturunan (klasifikasi biologi), menggambarkan satu populasi atau kumpulan individu yang boleh dibezakan dengan kumpulan lain melalui sifat tertentu dan kepercayaan atau persepsi mengenai asal usul keturunan. Sifat yang sering digunakan untuk klasifikasi bangsa adalah seperti warna (kulit dan rambut) , Bentuk (muka, badan ), Tekstur (kulit dan rambut). Melalui Etnik pula merujuk kepada kumpulan individu dari keturunan yang sama dan mewarisi ciri-ciri tertentu. Etnik bermaksud perbezaan budaya yang diwarisi oleh setiap kumpulan manusia. Kebudayaan ini kepada pertuturan,agama, makanan kebiasaan dan negara asal. Dalam sesebuah negara yang mempunyai banyak etnik, misalnya Melayu, Cina dan India dan lain-lain lagi. Walaupun manusia mempunyai warna kulit yang hampir sama mungkin mempunyai cara kebudayaan yang berbeza-beza, iaitu hasil daripada yang dipelajari atau persekitaran. Oleh hal demikian ia tidak dikaitkan dengan baka. Contohnya orang Banjau mempunyai cara gaya hidup yang berbeza dngan orang melayu Brunei, orang Cina Islam di negeri China berbeza kebudayaan dengan orang Cina di Malaysia. Sebagai


(6)

contoh orang Cina di Malaysia suka makan nasi tetapi orang Cina dinegeri Cina suka makan mee.

Selain itu, konsep asas sosiologi kerakyatan berkaitan dengan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan negara, budaya ,kesetiaan merangkumi aspek perundangan terhadap individu yang mempunyai taraf kewarganegaraan dan membolehkan individu tersebut mendapat perlindungan dari negara tersebut di bawah rang undang-undang antarabangsa, sesebuah negara mempunyai hak untuk menentukan dan memberi status kerakyatan kepada individu yang berada di negara tersebut Hak dan kuasa negara memberi kerakyatan diperketatkan dengan adanya konvensi tiada kerakyatan khusus (statelessness) dan juga pelbagai perundangan seperti konvensi kesatuan Eropah bagi aspek kerakyatan.

Disamping itu, konsep sosiologi menerangkan kerakyatan diperolehi atau ditetapkan oleh tempat di mana seseorang individu itu dilahirkan menggunakan prinsip (jus soli) atau berdasarkan keturunan . Kerakyatan boleh diperolehi pada masa lain berdasarkan faktor lain seperti perkahwinan, Pertukaran status kerakyatan melalui proses naturalisasi. Kewarganegaraan di barat (seperti di UK) bermaksud kerakyatan warganegara UK berhak mengundi atau bertanding dalam pilihanraya. Di tempat tertentu, warganegara tidak mempunyai hak untuk mengundi kecuali telah mendapat taraf kerakyatan (di US).

Disamping itu konsep asas sosiologi masyarakat ialah kumpulan individu yang berinteraksi dan mengambil bahagian yag sama dalam kebudayaan. Contohnya di negara Malaysia terdiri daripada berbagai kaum yang mana mebentuk masyarakat yang kecil. Tiap-tiap masyarakat mempunyai ciri-ciri tersendiri hasil dari perkembangan sejarah dan persekitaran.I a termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan,sistem kawalan sosial, mengekalkan budaya yang diwarisi, sistem nilai yang hampir sama. Struktur sosial menjadi peraturan semua masyarakat manusia. Struktur sosial menjadi peraturan semua masyarakat manusia. Struktur sosial ialah perhubungan-perhubungan yang dirancangkan diantara komponen-komponen asas didalam sesuatu sistem sosial. Komponen tersebut ialah status, peranan, kumpulan dan institusi.


(7)

1.2.1 Perspektif sosiologi dalam teori fungsionalisme

Pandangan fungsionalis diperkenalkan oleh Durkheim, untuk membolehkan kita melihat apa yang ada pada masyarakat beserta masalah sosialnya. Perkataan fungsionalisme berasal daripada perkataan inggeris iaitu Funcition yang bermakna fungsi. Maka perspektif fungsionalisme berhubung dengan fungsi. Perubahan sosial secara cepat seperti industrialisasi atau revolusi politik dapat mengubah nilai dan norma yang ada serta juga struktur sosial pada masyarakat, pada masa itu terjadinya ketidakadaan norma atau apa yang disebut dengan anomie sebagai dari hasil perubahan sosial secara masif tersebut. Dari hal tersebut adanya masalah sosial yang muncul diantara masyarakat, namun masalah sosial tersebut tidak dapat diselesaikan dengan hanya mengubah perilaku dari individu tersebut tetapi juga harus mengubah semua struktur dan juga nilai norma yang ada pada masyarakat.

Selain itu dapat dilihat teori Fungsionalisme dalam konsep sosiologi melihat struktur pada pandangan makro, yang lebih fokus bagaimana masyarakat terbentuk dan juga menjaga tindakan sosial yang ada. Masalah sosial tidak dilihat apakah baik atau buruk, tetapi lebih kepada bagaimana masalah tersebut dapat mempengaruhi masyarkat dan juga fungsinya. Mengikut perspektif teori fungsionalisme masyarakat akan sentiasa bergerak kearah ekuilibrium atau keseimbangan.

Menurut Robert K. Merton melihat dan menilai masalah sosial tersebut melalui fungsi nyata dan tidak nyata (Sharifah Alwiyah Alsagoff 1992) dimana fungsi nyata ialah fungsi jelas dan sememangnya dirancang manakala fungsi tidak nyata adalah tidak mudah dikenal atau tidak dirancangkan. Contohnya fungsi nyata sekolah ialah mengajar kebolehan menulis,membaca dan mengira dan kemahiran lain yang diperlukan dalam masyarakat. Namun begitu sekolah mempunyai fungsi tidak nyata contohnya ialah ketika murid berada disekolah tidak digunakan dengan sempurna seperti mereka tidak berkeliaran diluar kelas. Seorang ahli sosiologi yang menggunakan atau berpandukan perspektif fungsionalisme perlu memikirkan akibat-akibat sesuatu yang dikaji samada memberi kesan positif atau negatif terhadap pekara yang dikaji.


(8)

Teori konflik bererti perselisihan faham atau pendapat dan salah faham tidak bermuafakat tidak sepakat, tidak setuju dalam mencapai sesuatu tujuan tertentu, menyimpang dari motivasi tertentu atau keberatan melakukan sesuatu. Konflik berlaku dalam semua aspek hubungan sosial. Ia berbentuk secara hubungan antara individu dengan individu , hubungan individu dengan kelompok, atau dengan kelompok dengan kelompok. Oleh itu, konflik sering berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti dalam ekonomi, politik, agama, sosial, psikologi, budaya dan lain-lain. Teori konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti oleh Weber.Melalui teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial Pada kebiasaannya sekiranya berlaku sesuatu konflik akan menyebabakan berlaku perdebatan . konflik yang berlaku tidak dapat dielak untuk berlaku perubahan . Menurut Amir Hasan Dawi, (2009) dalam sesuatu konflik akan terdapat satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang.

Seperti halnya dengan perspektif fungsionalisme pandangan konflik juga melihat masyarakat secara makro. Andaian perspektif konflik adalah berlainan dengan perspektif fungsionalisme. Hal ini kerana perspektif teori konflik melihat masyarakat sentiasa berubah dan konflik sentiasa ada. Konflik yang berlaku disini bukan lah satu keganasan tetapi konflik ini merujuk kepada permusuhan, persaingan dan tidak bersetuju kepada sesuatu matlamat. Konflik disini tidak berlaku kadangkala sahaja malahan merupakan satu proses terus menerus dan merupakan hakikat kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Pekara yang boleh dilihat pada masyarakat seperti kuasa, kemewahan pangkat dan sebagainya.

Namun begitu, perspektif konflik bukan menyatakan konflik sosial ini merosakkan masyarakat,sebaliknya konflik membawa perubahan yang positif. Contohnya, melalui konflik dapat menyatukan kumpulan-kumpulan dalam mencapai kepentingan bersama dan konflik antara kumpulan yang bersaingan tentang sesuatu masalah sosial yang dihadapi akan menyebabkan berlakunya perubahan yang memberi manfaat. Perubahan ini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada konflik.


(9)

Perkataan interaksionisme berasal dari perkataan inggeris ‘ interaction’ yang bermakna interaksi. Perspektif interaksionisme ini pada mulanya dipengaruhi oleh Max Weber yang melihat kepentingan dalam memahami dunia sosial daripada sudut pandangan individu yang bertindak dan berinteraksi dalam dunia sosial tersebut. Teori interaksionisme ini banyak dipengaruhi oleh Geoge Herbert Mead yang merupakan pengkajian sosiologi bersifat mikro diamana teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterprestasikan dn bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat Amir Hasan Dawi, (2009). Perbezaan antara perspektif interaksionalisme ini dengan perspektif fungsionalisme serta perspektif konflik ialah perspektif ini tidak menumpukan perhatian kepada pekara-pakara yang berstruktur besar seperti negara, ekonomi atau kelas sosial. Sebaliknya perspektif ini lebih mementingkan interaksi sosial yang berlaku setiap hari didalam kehidupan manusia pada setiap hari.

Selain itu, teori interaksionisme sering berjaga-jaga dan menjauhi penegasan terhadap komponen-komponen masyarakat yang besar seperti peraturan sosial dan perubahan sosial. Pada kebiasaannya, ahli sosiologi menggunakan perspektif ini dalam aspek yang kecil dalam perbuatan seharian. Contohnya apakah proses-proses yang terlibat ketika membuat keputusan didalam kumpulan dan sebagainya. Dalam teori ini Max Weber menegaskan bahawa setiap individu perlu memahami dunia masyarakat dari sudut pandangan individu. Ia juga dikenali sebagai ‘Symbolic interactionisme’ dimana pada kebiasaanya, manusia berinteraksi melalui symbol-simbol tertentu seperti menggunakan alat, lambing, bahasa, dan sebagainya.

Namun begitu, dalam teori ini lebih mementingkan interaksi sosial yang melibatkan kehidupan masyarakat itu sendiri. Contohnya, apabila bendera sesebuah negara berkibar untuk acara tertentu maka peserta bagi negara berkenaan akan berdiri dengan megahnya. Hal ini, boleh diaplikasikan di negara kita Malaysia dimana apabila lagu ‘Negaraku’ dimainkan semua masyarakat dikehendaki memberi penghormatan dengan berdiri tegak. Dengan kata lain teori ini tidak menumpukan pekara-pekara besar seperti melibatkan ekonomi negara atuu negara. Contoh ciri-ciri teori ini ialah seperti menggunakan symbol seperti warna , lampu, isyarat , gerak geri lambing dan sebagainya.


(10)

2.0 POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI SOSIOLOGI

Secara umumnya, sosiologi bermaksud bagaimana mausia berinterraksi dan membentuk kumpulan. Manakala pendidikan merupakan proses sosial bagaimana seseorang murid mengembangkan sebagai seorang individu dan berhubung dengan kumpulan. Objektif pendidikan ialah menyediakan individu untuk mengambil bahagian dalam masyarakat. Pendidikan juga merupakan satu alat atau wadah menyebar dan mengekalkan budaya kumpulan.

2.1 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI FUNGSIONALISME

Teori fungsionalisme melihat masyarakat sebagai cabang tertentu yang memahami serta berhubung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat tertentu. Antara pekara yang sering berhubung tentang institusi agama, ekonomi, politik, sosial termasuk aspek pendidikan dan sebagainya. Menurut Mohd Salleh Lebar, (2007) kebanyakan pendekatan fungsionalisme yang memberi pandangan mengenai pendidikan dikaitkan dengan tokoh sosiologi terkenal iaitu Emile Durkheim. Pandangan yang diberikan oleh Durkheim ialah pentingnya fungsi integrasi disekolah dan nilai-nilai bersama. Hal ini selari dengan objektif polisi pendidikan 1 Murid 1 Sukan dimana memupuk perpaduan diantara kaum . Integrasi disini dapat di lihat kerana Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.

Selain itu, pendekatan fungsionalisme memberi pandangan bahawa fungsi utama pendidikan ialah menghargai dan memberi perhatian perkembangan bakat seseorang murid dimana apabila ia tamat daripada persekolahan memperolehi pekerjaan yang sesuai Mohd Salleh Lebar, (2007). Hal ini secara tidak langsung dapat diaplikasikan dalam polisi pendidikan 1 Murid 1 sukan dimana Pada masa yang sama, Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang


(11)

berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.

2.1.2 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI KONFLIK

Dalam sistem pendidikan teori ini, melihat pendidikan sebagai alat untuk membentuk susun lapis masyarakat mengikut kehendak orang berkuasa atau mempunyai status yang lebih tinggi. Collins (1971), telah mempertikaikan bahawa fungsi pendidikan dalam pendekatan ini telah memberi keutamaan pengajaran kepada golongan atasan atau tertentu sahaja termasuk diluar dan didalam bilik darjah. Hal ini dapat dikaitkan dengan dasar 1M 1S dimana semua guru, ibu bapa dan murid perlu menerima polisi pendidikan ini sebagai arahan oleh pihak yang lebih tinggi iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika mengikut teori ini terdapat tiga pekara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.

Teori konflik dalam dasar 1 Murid 1 Sukan dapat dilihat apabila timbul konflik dalam diri guru apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Selain itu, guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979) yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

Manakala dari pihak pelajar pula halangan dan rintangan dilihat dari perspektif yang berbeza kerana pada masa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim


(12)

Yen Yen (1991) yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Oleh hal demikian, dapat diaplikasikan dalam teori konflik dimana konflik yang wujud dalam dasar 1 Murid 1 Sukan ini tidak dapat dihindarkan untuk berubah dimana guru, ibu bapa perlu menerima dasar 1 Murid 1Sukan ini walaupun berlaku perdebatan atau perselisihan pendapat. Namun begitu, konflik disini bukan merosakkan masyarakat malah menyatukan masyarakat contohnya, akan wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa bagi menjayakan perlaksanaan ini.

2.1.3 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DAN KAITAN DENGAN TEORI EVOLUSI

Teori evolusi atau teori ubah ansur, memegang pada andaian bahawa perubahan boleh dijangkakan dalam bentuk linear yang kumulatif daripada satu tahap ke tahap yang lain (dari tahap mudah kepada tahap yang kompleks). Menurut (Rozalli, 2005). Perubahan secara evolusi berlaku secara beransur-ansur, tidak menyeluruh, bersifat menambah atau mengubah sedikit sistem dan hanya aspek-aspek tertentu dalam masyarakat yang berubah). Idea evolusi juga mempunyai unsur- unsur seperti kemajuan, pembangunan, pencapaian dan setiap peringkat melambangkan tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat terdahulu dalam kehidupan manusia. Keadaan evolusi ini akan berterusan sehinggalah masyarakat dikatakan mencapai kehidupan yang sangat hampir kepada kesempurnaan atau keunggulan.

Dalam perlaksanaan polisi atau dasar 1 Murid 1 Sukan teori evolusi dapat dikaitkan dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. Dimana dasar ini telah diperkenalkan disemua sekolah agar semua masyarakat dapat menerima perubahan yang dilakukan secara beransur-ansur. Pihak kementerian tidak membuat perubahan ni secara revolusi kerana mereka telah menggunakan beberapa pendekatan strategi agar perlaksanaan ini dapat dilakukan dengan lebih efektif. Menurut Spencer orang yang kuat akan memenangi perjuangan hidup dan menjadi bertambah maju. Manakala golongan yang tidak dapat menyesuaikan diri akan terus lemah. Amir Hasan Dawi, (2009). Melalui dasar ini pelajar, ibu bapa yang dapat menerima perubahan ini akan memberi pelbgai kebaikan kepada mereka contohnya secara tidak langsung dapat menambah pelbagai


(13)

kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam diri dan dapat membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Begitu juga, dapat dilihat melalui dasar 1M 1S mempunyai kaitan dengan teori evolusi di mana murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai kesihatan yang baik perlu mengikut dasar 1M1S diberi peluang untuk menjalankan aktiviti sukan. Berbeza dengan dahulu di mana murid-murid berkeperluan khas tidak diambil berat dengan kekurangan yang terdapat pada diri mereka.

3.0 Analisis Kritikal polisi pendidikan 1 Murid 1 sukan (1M1S) 3.1 PENGENALAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak- kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai - nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

Selain itu, melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam salah satu polisi pendidikan di Malaysia iaitu 1Murid 1 sukan (1M1S). Dasar 1M1S mendokong dasar sukan untuk semua, yang mana dasar itu menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar itu dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan.

Disamping itu Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras


(14)

dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Dasar ini tidak hanya memandang murid aliran normal sahaja malahan dasar 1M1S memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam sukan dimana setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 telah banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan seterusnya.

Disamping itu, aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia.

Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal


(15)

murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing-masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan.

Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

3.2 MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Selain itu matlamat 1M1S ialah membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.3 KONSEP 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Konsep 1M1S dapat meningkatkan pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Konsep ini lebih diberi tumpuan kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Pada masa yang sama sacara tidak lansung konsep ini dapat mencungkil bakat-bakat murid yang berpotensi. Selain itu, konsep


(16)

1M1S dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

Melalui konsep 1M1S juga dapat memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah. Di samping itu, konsep 1M1S dapat memberikan akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari bersukan dan boleh menggunakan konsep ini sebagai salah satu cara menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan. Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan.

3.4 OBJEKTIF 1 MURID 1SUKAN (1M1S) Berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif

berikut;-1. Meningkatkan kecergasan jasmani

2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni 3. memupuk perpaduan di antara kaum

4. membentuk budaya sukan di kalangan murid

5. memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal

6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal 7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

3.5 PRINSIP-PRINSIP 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Dalam melaksanakan dasar 1M1S ini beberapa prinsip haruslah diambil kira atau pertimbangan oleh pihak kementerian pelajaran dan juga sekolah. Antara prinsip-prinsip 1M1S ialah setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan perlu dan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Hal ini kerana, dasar 1M1S ini telah diwajibkan oleh pihak kementerian pelajaran kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan. Manakala, di peringkat sekolah menengah pihak kementerian telah mewajibkan dasar ini kepada pelajar Tingkatan 1


(17)

hingga Tingkatan 6.   Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil. 16/2010 bertarikh 1/12/2010). . Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan.

Selain itu, prinsip yang seterusnya adalah, murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan daripada pihak sekolah terlebih dahulu. Prinsip yang ketiga dan perlu dipertimbangkan ialah, asas kepada 1M1S adalah merupakan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Manakala, segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S ini. Prinsip seterusnya adalah, mengutamakan penglibatan dan penyertaan yang aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya dapat membangkitkan semangat kesukanan antara pelajar.

Disamping itu, prinsip ini juga menyatakan bahawa keterlibatan penyertaan para pelajar dalam sukan adalah merupakan asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. Hal ini, akan membantu para pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap pembelajaran didalam kelas dan juga membantu pelajar menjadi lebih aktif dalam pergaulan serta menyihatkan tubuh badan dan kecerdasan minda para pelajar. Selain itu, ibu bapa dan agensi luar dan rakan sebaya juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar ini iaitu mereka digalakkan untuk menyumbangkan kepada pembangunan sukan di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah.

Prinsip seterusnya, setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana yang mencukupi, kemudahan dan peralatan sukan perlu mengoptimumkan sebaik mungkin penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid dalam kegiatan sukan. Hal ini kerana, apabila peralatan sukan yang tidak mencukupi akan membuatkan para pelajar untuk tidak berminat dalam menglibatkan diri dalam sukan permainan. Sebagai contoh, ada sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti dalam permainan Badminton. Terdapat sesetengah sekolah tidak mempunyai bilangan Raket yang mencukupi bagi


(18)

menampung bilangan pelajar . Hal ini secara langsung akan melemahkan semangat para pelajar untuk bermain.

Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar kawasan sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa kepada para pelajar. Hal ini kerana keselamatan murid dalam sebarang aktiviti perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak dingini seperti berlaku kecederaan sama ada sebelum, semasa, atau selepas aktiviti 1M1S dijalankan. Persekitaran kawasan untuk melakukan aktiviti juga perlu dititik- beratkan agar keselamatan murid lebih terjaga. Begitu juga, dengan keadaan cuaca pihak sekolah perlu peka bagi memastikan aktiviti tidak dijalankan semasa cuaca buruk seperti hujan, petir dan terlalu panas yng boleh menjejaskan kesihatan murid.

3.6 PENDEKATAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan seperti berikut iaitu segala aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan yang di bawah pengurusan sekolah. Oleh itu, sukan yang ditawarkan dibawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

Seterusnya adalah, aktiviti sukan di sekolah yang diadakan sepanjang tahun ialah berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah selalunya akan didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Pendekatan seterusnya pula adalah, mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah dan MSSD/ MSSN/ MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti dalam 1M1S. Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah seperti olahraga, merentas desa, marathon, bola sepak, hoki, bola jaring, bola keranjang, ragbi, squash, sepak takraw, badminton, bola tampar, tenis, pingpong, kriket, softball, baseball, golf, boling padang, tenping bowling, pentaque, memanah, menembak, renang, polo air, diving, jimnastik artistic, jimrama dan sebagainya. Setiap permainan ini adalah bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk mewujudkannya.


(19)

3.7 STRATEGI PELAKSANAAN 1 MURID 1 SUKAN (1M1S)

Di bawah Dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah pihak sekolah boleh mengunakan beberapa strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang telah sedia ada di sekolah.Antara saranan strategi tersebut ialah yang pertama setiap sekolah harus melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Kedua, sekolah juga harus melaksanakan tinjaun untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam sukan yang dikendalikan tersebut.

Selain itu,semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar sekolah dibawah Kelab Sukan dan Permainan haruslah dikenalpasti terlebih dahulu. Tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid harus dititikberatkan begitu juga dengan takwim tahunan program sukan sekolah. Guru-guru juga harus merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang boleh di muat turun melalui laman web KPM.

Disamping itu juga, penyediaan prasaran, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah haruslah sesuai dan selamat. Penglibatan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program sukan sekolah haruslah di amik kira dan di pandang positif oleh pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru juga harus diberikan supaya dapat meningkatkan prestasi murid dan guru serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat. Strategi Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan terdapat lima kategori sekolah telah dikenal pasti iaitu:

1. Sekolah Satu Sesi 2. Sekolah Dua Sesi

3. Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan 4. Sekolah Ramai Murid

5. Sekolah Kurang Murid

Berdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk dilaksanakan (rujuk Jadual 6).Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan


(20)

atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai.

3.8 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan 1M 1S di antaranya ialah:


(21)

3.8.1 SUMBER

a) Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

Bagi melaksanakana dasar ini pihak KementerianPelajaran Malaysia telah mengeluarkan sebuah buku panduan kepada guru-guru di sekolah bagi melakasanakan dasar tersebut. Buku panduan ini bukan sahaja sebagai panduan atau rujukan guru-guru di sekolah malah ia juga menjadi rujukan ibu bapa dan murid yang mana masih tidak memahami dasar yang telah diketengahkan oleh kerajaan. Oleh itu, buku panduan yang dikeluarkan telah di muat naik (upload) ke dalam internet supaya semua pihak dapat penjelasan yang teperinci mengenai dasar Pendidikan 1M 1S. Hasil usaha ini mnyebabkan semua peringkat masyarakat boleh memuat turun ( (download) seterusnya memhami dasar tersebut. Dengan cara tersebut, semua peringkat akan memahami Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) membolehkan kejayaan dasar yang diketengahkan boleh dicapai.

b) Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah

Selain buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah unit sukan turut menyediakan buku panduan Olahraga di sekolah dan diedarkan keseluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan kan Dasar 1 Murid 1 Sukan walaupun di sekolah tersebut tidak terdapat kemudahan sukan yang lengkap. Justeru itu, sukan olahraga yang tidak memerlukan peralatan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya sukan olahraga membolehkan semua pelajar terlibat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga, buku panduan ini membolehkan para guru menganjurkan kejohanan olahraga mengikut peraturan sebenar atau standart yang telah ditetapkan oleh Persatuan Olahraga Kebangsaan.

c) Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan

Dengan adanya manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan akan membolehkan dasar yang diwujudkan menampakkan kejayaan. Manual latihan sukan ini menyediakan 10 jenis modul iaitu manual latihan Sepak Takraw Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Ping Pong Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Olahraga Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Hoki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Tampar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Sepak Sekolah dan Sekolah Menengah, Bola Keranjang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Jaring Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Baling Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Badminton Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan 1 modul bagi murid


(22)

keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru sukan supaya dapat membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Bagi melaksanakan dasar ini secapat mungkin,guru-guru sukan boleh mendapatkan semua modul-modul yang dikeluarkan oleh kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.8.2 TENAGA PENGAJAR

a) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan

Dalam menjayakan dasar ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya di mana pihak kementerian telah melantik 6 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan di seluruh Malaysia bagi melatih guru pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dengan latihan secukupnya diberikan kepada guru pelatih ketika di institut berkenaan membolehkan tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan lebih mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal.

b) Latihan Dalam Perkhidmatan

Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan tenaga pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih guru-guru sebagai jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP). Kursus ini diadakan ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang sedia ada di sekolah. Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengn Kementerian Pelajaran Tinggi juga dilaksanakan bagi melatih guru-guru yang sedang berkhidmat bagi mendapat latihan sukan di institut pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru tersebut akan bertamabah denagn lebih lagi. Seterusnya, kementerian juga bercadang supaya jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu kerjaya baru di sekolah. Ini merupakan satu langkah kementerian supaya dengan wujudnya jawatan jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang ada dari segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak dilaksanakan.

3.8.3 INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU. a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan


(23)

Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan adalah bertujuan untuk menghasilkan maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi meningkatkan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian markah bagi aktiviti sukan adalah berasaskan kepada kehadiran serta penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktviti di bawah Program Sukan Sekolah. Selain itu, tumpuan juga diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan atau Permainan. Penilaian aktiviti sukan juga akan dijalankan secara berperingkat.

Aspek–aspek penilaian adalah seperti berikut :

ASPEK PENILAIAN PERATUS

MARKAH

Kehadiran 50

Jawatan Disandang 10

Penglibatan 20

Pencapaian 20

JUMLAH 100

Pengenalan kepada sistem merit dikalangan pelajar, misalnya setiap kali pelajar mengikuti aktiviti sukan akan diberikan merit. Pada akhir tahun, pelajar yang mempunyai merit tertinggi akan menerima anugerah. Hal ini sekaligus dapat merangsang minat murid untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan. Anugerah juga akan diberikan kepada murid yang cemerlang dalam pencapaian sukan mereka sebagai tanda penghargaan dan memberi semangat kepada pelajar lain untuk menceburkan diri dalam aktiviti sukan.


(24)

Penilaian untuk guru khususnya guru sukan juga dijalankan yang mana setiap guru yang terlibat dalam menguruskan sesuatu aktiviti sukan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun ke peringkat kebangsaan akan diberikan insentif atau anugerah sebagai penghargaan atas usaha dan khidmat mereka. Dengan cara ini, guru akan rasa lebih dihargai dan bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.

3.8.4 JARINGAN KERJASAMA

Antara faktor lain yang menjadi faktor kepada kejayaan 1 murid 1 sukan ini ialah dengan adanya jaringan kerjasama daripada pelbagai kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan. Dengan adanya jaringan kerjasama ini, segala kemudahan dan peruntukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti sukan akan mudah dilaksanakan.

Misalnya, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada 2 julai 2011 di seluruh negara yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah adalah hasil daripada jaringan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara serta beberapa lagi kementerian lain.

3.8.5 PERUBAHAN MINDA

Dalam melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi juga di dalam kegiatan kokurikulum, perubahan minda bukan sahaja di kalangan murid malah ibu bapa dan guru juga perlu dilakukan dimana guru dan ibu bapa khususnya perlu menyedari bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting di dalam mencergaskan minda pelajar selain melahirkan murid yang sihat dan bertenaga untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, badan yang sihat akan membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka di dalam kelas. Justeru itu, guru dan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aspek kokurikulum dan bukannya kurikulum semata-mata.


(25)

Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak sekolah perlu menjelaskan mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepada murid, guru dan juga ibu bapa bagi mengelakkan salah faham timbul di kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar tersebut. Ini akan membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang dijalankan ini dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini. Taklimat ini boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah pada setiap tahun sebagai contoh.

Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan di sekolah boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana, dengan adanya organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan dapat di susun dengan terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu juga, penghebahan atau pemberitahuan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah perlu disebarkan kepada semua guru di sekolah dan ibu bapa bagi memberikan kebenaran untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah dan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3.8.6 KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN

Untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan, kerajaan perlu menaiktarafkan kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia. Hal ini kerana, kemudahan dan prasarana sukan seperti padang, peralatan bersukan dan sebagainya perlu berada di dalam keadaan yang baik dan teratur bagi membolehkan murid menggunakan peralatan dan padang tersebut untuk melakukan aktiviti sukan. Pada masa kini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai padang yang baik dan ada sesetengah sekolah mempunyai padang yang kecil khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah sebegini terpaksa bergantung dengan padang atau stadium yang terletak di luar kawasan sekolah bagi menjayakan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan dan sebagainya. Selain itu juga, sekolah turut menghadapi masalah dengan peralatan

permainan yang tidak bersesuaian dan ada juga yang tidak berada di dalam keadaan yang sempurna. Keadaan ini akan menjejaskan kegiatan sukan di kalangan murid


(26)

disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti sukan tersebut. Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan peralatan untuk bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan boleh membantu menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan memberikan tambahan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina padang permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang permainan ataupun memiliki saiz padang yang kecil dan juga menyediakan jumlah peralatan permainan yang mencukupi kepada murid sekolah agar pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

4.0 KELEBIHAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN (1 M 1 S)

Melalui polisi pendidikan 1 Murid 1 Sukan ini terdapat pelbagai kelebihan dapat diperolehi di antaranya pengisian masa lapang oleh murid dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif. Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau pemainan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat seperti merempit, melepak di pusat-pusat hiburan dan sebagainya.

Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid-murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan


(27)

memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah pelbagai penyakit masyarakat Malaysia diperingkat awal lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kesihatan seperti kegemukan dan obesiti semakin. Pekara ini dapat diperkukuhkan lagi dimana pada tahun 2011, dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Oleh hal demikian bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini.

Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Contohnya murid keperluan khas juga di beri peluang untuk menyertai program ini bagi yang tidak mengalami masalah kesihatan. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Melalui langkah ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada murid terutama murid luar bandar untuk bermain pelbagai jenis permainan yang mereka tidak ketahui.

Program 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) juga dapat memupuk integrasi kaum dikalangan pelajar. Melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dapat ditunjukkan dengan perlaksanaan program ini disekolah dimana dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi dengan lebih erat bersama rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai


(28)

kaum.Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini. Hal ini selaras dengan saranan kerajaan yang berkonsepkan 1 Malaysia dimana Perpaduan   merupakan   kunci   kejayaan   Malaysia   hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara­negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk selama 57 tahun kebelakangan ini. 

Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dalaksanakan merupakan langkah kerajaan dimana pihak kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan dapat membolehkan guru-guru mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling, olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang boleh memberi keuntungan kepada negara . Hal ini kerana bakat yang ada pada seseorang pelajar dapat dicungkil di peringkat awal lagi.

Antara kebaikan yang lain ialah Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal pelajar .Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini


(29)

lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain itu mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan. Hal ini secara tidak lansung dapat mengatasi masalah interaksi antara rakan dan guru .

5.0 KELEMAHAN POLISI 1 MURID 1SUKAN (1M 1S)

Dasar satu murid satu sukan yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan banyak maklumbalas yang positif mahupun negatif . Masyarakat Malaysia berpendapat penglibatan murid secara aktif terutamanya dalam bidang sukan ini akan memberi kesan yang negatif ke atas prestasi akademik mereka. Hal ini kerana, segelintir masyarakat berpendapat bahawa pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Prestasi akademik yang merosot sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan dalam bidang pelajaran berbanding dengan murid lain kerana murid tersebut sering menghabiskan masa untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi. Rugutan dan pandangan sebegini seringkali kedengaran terutamanya dari pihak ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling.

Selain itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Mengikut beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah menghargai aktiviti kokurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Ini menunjukkan dasar satu murid satu sukan akan lebih berjaya jika dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah menengah. Kajian juga menunjukkan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan mendatangkan implikasi yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Program satu murid satu sukan juga mempunyai kelemahan kerana ia tidak relevan kepada guru. Ia adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha


(30)

menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan (bukan guru opsyen PJK atau Sains Sukan) terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis panduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru.Guru PJK dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian. Hal ini menyebabkan guru tersebut akan timbul rasa konflik dalam diri kerana meneroka sesuatu yang baru untuk menyampaikan maklumat kepada murid kerana guru juga tidak mahir dalam bidang tersebut.

Disamping itu, dilihat dari satu faktor bagi murid beragama islam terpaksa meninggalkan sesi persekolahan sekolah agama sebelah petang bagi mengikuti program satu murid satu sukan di sekolah. Kehadiran untuk 1murid 1sukan menyebabkan murid gagal untuk menghadiri kelas tambahan berbayar. Ibu bapa juga kurang faham mengenai konsep 1murid 1sukan dan kurang memberi kerjasama dalam memastikan kehadiran murid untuk aktiviti sukan. Ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan. Hal ini menyebabkan perlaksanaan program 1 Murid 1 Sukan kurang mendapat sambutan apabila dilakukan pada sebelah petang.

Justeru, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan guru sekolah itu sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini tidak penting dan banyak membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik menjamin masa depan yang cerah.

Dasar ini memberikan impak yang boleh mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara


(31)

berkenaan. Murid dan guru terpaksa pulang lewat ke rumah untuk perlaksanaan dasar ini. Hal ini secara tidak lansgung akan menimbulkan rasa kebosanan kepada diri murid dan tidak berminat serta ponteng ketika program 1 Murid 1 Sukan dijalankan.

6.0 CADANGAN DASAR POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN

Melalui perlaksanaan dasar polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) saya berpendapat seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kegiatan sukan serta mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah harus dititik beratkan. Pihak kementerian harus menyediakan guru-guru yang betul-betul terlatih atau guru yang mempunyai opsyen Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan ini kerana disesetengah sekolah guru yang mengajar untuk mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan bukanlah guru- guru dalam bidang berkenaan. Guru yang dipilih mungkin dari opsyen bahasa melayu, sejarah, bahasaInggeris dan lain-lain. Sekiranya guru ini yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan sebagai contoh permainan bola sepak guru tersebut akan memberi sebiji bola kepada murid tanpa menggunakan kaedah atau teknik yang sebenar dalam permainan bola sepak sehingga murid-murid ini hanya bermain hingga habis waktu.

Namun begitu, sekiranya dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah guru yang opsyen berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan guru tersebut akan dapat mengajar dan mengaplikasikan teknik-teknik serta cara-cara bermain Bola Sepak dengan betul. Contohnya, langkah-langkah pemanasan badan sebelum bermain bagi mengelakkan dari berlaku kecederaan semasa aktiviti permainan dijalankan. Guru tesebut juga dapat mengajar peraturan-peraturan bermain bola sepak dengan betul seperti ‘off side’ dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung guru tersebut dapat mendidik murid-murid cara bermain bola dengan betul. Dalam masa yang sama guru tersebut dapat mencari dan mengilap bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD),Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), Majlis Sukan


(32)

Sekola Malaysia (MSSM) dan sebagainya. Peribahasa ada mengatakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Tidak mustahil dengan pendidikan yang betul serta usaha yang gigih murid-murid berkenaan dapat mewakili Negara satu hari nanti dan dapat menjulang nama Negara ke peringkat antara bangsa dan menjadi ahli sukan yang disegani.

Sebagai mana yang diketahui Polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) menitik beratkan aspek permainan seperti badminton,hoki,bola sepak,tenis, kriket dan sebagainya. Terdapat permasalahan disini dimana pihak Kementerian Pendidikan tidak menyediakan kemudahan,prasarana serta peralatan yang mencukupi. Hal ini akan menyebabkan akan menjejaskan matlamat dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sebagai contoh dalam permainan badminton, peralatan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan kepada pihak sekolah seperti raket tidak mencukupi untuk menampung murid yang ramai. Murid-murid terpaksa menunggu mengikut giliran untuk bermain. Hal ini secara tidak langsung dapat melemahkan semangat murid untuk bermain di mana pada mulanya bersemangat untuk bermain. Bagi murid yang pasif adakalanya tidak bermain langsung ini kerana tidak mahu merebut untuk mendapatkan raket dan hanya sekadar sebagai pemerhati sahaja. Pihak Kementerian harus memandang pekara ini penting bagi menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan dan membuat penambah baikkan.Semua pihak haruslah berusaha dan berkerjasama bagi menjayakan dasar ini.

7.0 KESIMPULAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia, secara tidak langsung akan menjulang naik nama MALAYSIA ke persada dunia sukan.


(33)

Selain itu, Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi sukan dunia.

Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini juga dapat membawa kebaikan kepada semua pelajar kerana semua pelajar dapat menyertai dalam anjuran sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelaksaan dasar 1M1S juga bukan sahaja dapat mengilapkan bakat murid malah dapat juga memupuk modal insan dalam diri pelajar serta membantu membantu mereka dalam bersosial atau berkawan. Dasar ini juga turut akan menyumbangkan kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat kefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat akan cintakan negara.


(34)

RUJUKAN

Abdul Alim abdul Rahim. 1994. Pengurusan Kokum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Amir Hasan Dawi, (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. 2011. Buku Panduan

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Perpustakaan Negara Malaysia . Capaian internet http://www.slideshare.net/SyuqAhmad/presentation-dasar-1-murid-1-sukan-1m1s. Dimuat turun pada 1 Mei 2014. 9.45 AM.

Capaian internet http://www.scribd.com/doc/67421484/Power-Point-Pelaksanaan-Dasar-Satu-Murid-Satu-Sukan-1m1s-1. Dimuat turun pada 3 Mei 10.45 PM

Capaian internet http://eprints.utm.my/7912/1/EDUPRES_(F3)_3.pdf. Dimuat turun pada 21 April

2014. 10.25 PM

Capaian internet http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=150&keyword=&. Dimuat turun pada 8 Mei . 10.30 PM

Capaian internet http://www.slideshare.net/zubidahnaim/sosiologi20-pendidikan1.Dimuat turun pada 24 April 2014. 1.08 PM.

Capaian internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-1sekolah.html . Dimuat turun pada 10 Mei 2014. 8.30PM.

Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.


(35)

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1990). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.


(1)

menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan (bukan guru opsyen PJK atau Sains Sukan) terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis panduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru.Guru PJK dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian. Hal ini menyebabkan guru tersebut akan timbul rasa konflik dalam diri kerana meneroka sesuatu yang baru untuk menyampaikan maklumat kepada murid kerana guru juga tidak mahir dalam bidang tersebut.

Disamping itu, dilihat dari satu faktor bagi murid beragama islam terpaksa meninggalkan sesi persekolahan sekolah agama sebelah petang bagi mengikuti program satu murid satu sukan di sekolah. Kehadiran untuk 1murid 1sukan menyebabkan murid gagal untuk menghadiri kelas tambahan berbayar. Ibu bapa juga kurang faham mengenai konsep 1murid 1sukan dan kurang memberi kerjasama dalam memastikan kehadiran murid untuk aktiviti sukan. Ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan. Hal ini menyebabkan perlaksanaan program 1 Murid 1 Sukan kurang mendapat sambutan apabila dilakukan pada sebelah petang.

Justeru, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan guru sekolah itu sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini tidak penting dan banyak membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik menjamin masa depan yang cerah.

Dasar ini memberikan impak yang boleh mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara


(2)

berkenaan. Murid dan guru terpaksa pulang lewat ke rumah untuk perlaksanaan dasar ini. Hal ini secara tidak lansgung akan menimbulkan rasa kebosanan kepada diri murid dan tidak berminat serta ponteng ketika program 1 Murid 1 Sukan dijalankan.

6.0 CADANGAN DASAR POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN

Melalui perlaksanaan dasar polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) saya berpendapat seseorang murid yang aktif dalam kegiatan sukan akan terdidik untuk mengagihkan masa dengan sewajarnya. Dia akan menentukan masa untuk bersukan dan masa untuk belajar. Biasanya, murid-murid inilah yang akan memberikan perhatian yang sepenuhnya ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Kegiatan sukan serta mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dijalankan di sekolah harus dititik beratkan. Pihak kementerian harus menyediakan guru-guru yang betul-betul terlatih atau guru yang mempunyai opsyen Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan ini kerana disesetengah sekolah guru yang mengajar untuk mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan bukanlah guru- guru dalam bidang berkenaan. Guru yang dipilih mungkin dari opsyen bahasa melayu, sejarah, bahasaInggeris dan lain-lain. Sekiranya guru ini yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan sebagai contoh permainan bola sepak guru tersebut akan memberi sebiji bola kepada murid tanpa menggunakan kaedah atau teknik yang sebenar dalam permainan bola sepak sehingga murid-murid ini hanya bermain hingga habis waktu.

Namun begitu, sekiranya dasar 1 Murid 1 Sukan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan adalah guru yang opsyen berkaitan dengan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan guru tersebut akan dapat mengajar dan mengaplikasikan teknik-teknik serta cara-cara bermain Bola Sepak dengan betul. Contohnya, langkah-langkah pemanasan badan sebelum bermain bagi mengelakkan dari berlaku kecederaan semasa aktiviti permainan dijalankan. Guru tesebut juga dapat mengajar peraturan-peraturan bermain bola sepak dengan betul seperti ‘off side’ dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung guru tersebut dapat mendidik murid-murid cara bermain bola dengan betul. Dalam masa yang sama guru tersebut dapat mencari dan mengilap bakat murid-murid untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi seperti


(3)

Sekola Malaysia (MSSM) dan sebagainya. Peribahasa ada mengatakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu. Tidak mustahil dengan pendidikan yang betul serta usaha yang gigih murid-murid berkenaan dapat mewakili Negara satu hari nanti dan dapat menjulang nama Negara ke peringkat antara bangsa dan menjadi ahli sukan yang disegani.

Sebagai mana yang diketahui Polisi pendidikan satu murid satu sukan(1M1S) menitik beratkan aspek permainan seperti badminton,hoki,bola sepak,tenis, kriket dan sebagainya. Terdapat permasalahan disini dimana pihak Kementerian Pendidikan tidak menyediakan kemudahan,prasarana serta peralatan yang mencukupi. Hal ini akan menyebabkan akan menjejaskan matlamat dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Sebagai contoh dalam permainan badminton, peralatan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan kepada pihak sekolah seperti raket tidak mencukupi untuk menampung murid yang ramai. Murid-murid terpaksa menunggu mengikut giliran untuk bermain. Hal ini secara tidak langsung dapat melemahkan semangat murid untuk bermain di mana pada mulanya bersemangat untuk bermain. Bagi murid yang pasif adakalanya tidak bermain langsung ini kerana tidak mahu merebut untuk mendapatkan raket dan hanya sekadar sebagai pemerhati sahaja. Pihak Kementerian harus memandang pekara ini penting bagi menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan dan membuat penambah baikkan.Semua pihak haruslah berusaha dan berkerjasama bagi menjayakan dasar ini.

7.0 KESIMPULAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia, secara tidak langsung akan menjulang naik nama MALAYSIA ke persada dunia sukan.


(4)

Selain itu, Signifikan yang lain pula, matlamat 1M1S adalah untuk menjadi landasan terbaik menyediakan pelapis-pelapis sukan yang terdiri daripada bakat-bakat baru. Langkah ini amat tepat pada masanya kerana sudah menjadi resam dunia bahawa yang lama akan berlalu. Oleh itu, usaha ini sangat bertepatan dengan peribahasa patah tumbuh hilang berganti maka yang pergi perlulah diganti. Melalui strategi yang terancang seperti ini persediaan awal dapat digemblengkan dalam usaha melahirkan atlit muda yang lebih kompeten. Dengan yang demikian, negara tidak ketandusan wira-wira sukan. Para wira dan wirawati ini akan meneruskan misi menggalas tugas mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya, kemampuan bersaing di arena antarabangsa bakal mengangkat martabat negara agar kita mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan gergasi-gergasi sukan dunia.

Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini juga dapat membawa kebaikan kepada semua pelajar kerana semua pelajar dapat menyertai dalam anjuran sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelaksaan dasar 1M1S juga bukan sahaja dapat mengilapkan bakat murid malah dapat juga memupuk modal insan dalam diri pelajar serta membantu membantu mereka dalam bersosial atau berkawan. Dasar ini juga turut akan menyumbangkan kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat kefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat akan cintakan negara.


(5)

RUJUKAN

Abdul Alim abdul Rahim. 1994. Pengurusan Kokum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Amir Hasan Dawi, (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Amir Hasan Dawi, (2009). Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books. Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. 2011. Buku Panduan

Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Perpustakaan Negara Malaysia . Capaian internet http://www.slideshare.net/SyuqAhmad/presentation-dasar-1-murid-1-sukan-1m1s. Dimuat turun pada 1 Mei 2014. 9.45 AM.

Capaian internet http://www.scribd.com/doc/67421484/Power-Point-Pelaksanaan-Dasar-Satu-Murid-Satu-Sukan-1m1s-1. Dimuat turun pada 3 Mei 10.45 PM

Capaian internet http://eprints.utm.my/7912/1/EDUPRES_(F3)_3.pdf. Dimuat turun pada 21 April

2014. 10.25 PM

Capaian internet http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=150&keyword=&. Dimuat turun pada 8 Mei . 10.30 PM

Capaian internet http://www.slideshare.net/zubidahnaim/sosiologi20-pendidikan1.Dimuat turun pada 24 April 2014. 1.08 PM.

Capaian internet http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/10461-dasar-1murid-1sekolah.html . Dimuat turun pada 10 Mei 2014. 8.30PM.

Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.


(6)

Sharifah Alwiah Alsagoff, (1990). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.