disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti sukan tersebut. Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan
daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan peralatan untuk bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan boleh membantu
menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan memberikan tambahan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina padang
permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang permainan ataupun memiliki saiz padang yang kecil dan juga menyediakan jumlah peralatan permainan
yang mencukupi kepada murid sekolah agar pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
4.0 KELEBIHAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN 1 M 1 S
Melalui polisi pendidikan 1 Murid 1 Sukan ini terdapat pelbagai kelebihan dapat diperolehi di antaranya pengisian masa lapang oleh murid dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini
demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif.
Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau pemainan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang
dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat
mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat seperti merempit, melepak di pusat- pusat hiburan dan sebagainya.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam
aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid- murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan
cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Selain itu, budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat
otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan
25
memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal ini secara tidak langsung dapat mengatasi masalah pelbagai penyakit masyarakat Malaysia diperingkat awal lagi. Hal
ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian.
Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kesihatan seperti kegemukan dan obesiti semakin. Pekara ini dapat diperkukuhkan lagi dimana pada tahun 2011,
dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan
memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Oleh hal demikian
bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar 1 Murid 1 Sukan ini.
Seterusnya, dasar ini berupaya untuk menggalakkan penyertaan setiap murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Hal ini demikian kerana setiap murid berpeluang untuk
melibatkan diri dalam bidang permainan atau sukan yang diminati oleh mereka. Selain itu, perkara ini menunjukkan bahawa tidak ada murid yang diabaikan atau dipinggirkan daripada
melibatkan diri dalam permainan atau sukan yang diminatinya. Contohnya murid keperluan khas juga di beri peluang untuk menyertai program ini bagi yang tidak mengalami masalah
kesihatan. Jadi, dengan cara itu pihak sekolah berupaya untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti sukan atau permainan. Oleh itu, jelaslah bahawa dasar ini dapat menggalakkan
penyertaan dan penglibatan murid-murid dalam aktiviti sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Melalui langkah ini secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada
murid terutama murid luar bandar untuk bermain pelbagai jenis permainan yang mereka tidak ketahui.
Program 1 Murid 1 Sukan 1M 1S juga dapat memupuk integrasi kaum dikalangan pelajar. Melalui
Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dapat ditunjukkan dengan
perlaksanaan program ini disekolah dimana dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau
permainan tertentu, murid-murid akan menghayati semangat kesukanan ketika melibatkan diri dalam sesuatu permainan atau sukan. Sebagai contohnya, murid-murid turut berpeluang
untuk bergaul dengan murid yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain- lain dalam sesuatu permainan atau sukan. Perkara ini membolehkan murid-murid berinteraksi
dengan lebih erat bersama rakan-rakan sepasukan yang terdiri daripada berbagai-bagai
26
kaum.Tegasnya, dasar tersebut dapat membentuk murid yang menghayati semangat kesukanan dan perpaduan kaum di negara ini. Hal ini selaras dengan saranan kerajaan yang
berkonsepkan 1 Malaysia dimana
Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negaranegara lain
di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk
selama 57 tahun kebelakangan ini.
Dasar 1 Murid 1 Sukan ini dalaksanakan merupakan langkah kerajaan dimana pihak kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina
sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan
sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan
bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan
amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Disamping itu, melalui dasar 1 Murid 1 Sukan dapat membolehkan guru-guru
mencungkil bakat murid dalam bidang sukan atau permainan. Melalui sukan yang disertai oleh murid, bakat mereka dapat disuburkan dengan bimbingan dan latihan daripada guru
kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Murid yang telah dilatih itu boleh mewakili sekolah sebagai pemain bola sepak, hoki, badminton, squash, boling,
olahraga, dan sebagainya. Murid-murid dapat membuktikan bakat dan potensi mereka itu dan berlatih dengan gigih untuk mencapai kemenangan. Perkara itu membuktikan bahawa dasar
ini dapat mengembangkan bakat murid-murid dalam sukan atau permainan yang diminati oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan pelajar yang boleh memberi
keuntungan kepada negara . Hal ini kerana bakat yang ada pada seseorang pelajar dapat dicungkil di peringkat awal lagi.
Antara kebaikan yang lain ialah Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal pelajar .Dasar ini boleh
memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Murid-murid pada zaman ini
27
lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka
sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain
itu mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk
bersukan. Hal ini secara tidak lansung dapat mengatasi masalah interaksi antara rakan dan guru .
5.0 KELEMAHAN POLISI 1 MURID 1SUKAN 1M 1S