Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal mengenai Dasar 1
Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak sekolah perlu menjelaskan mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepada murid, guru dan juga ibu bapa bagi
mengelakkan salah faham timbul di kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar
tersebut. Ini akan membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang dijalankan ini dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini.
Taklimat ini boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah pada setiap tahun sebagai contoh.
Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan di sekolah
boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana, dengan adanya organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan dapat di susun dengan
terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu juga, penghebahan atau pemberitahuan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah perlu
disebarkan kepada semua guru di sekolah dan ibu bapa bagi memberikan kebenaran untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah dan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
3.8.6 KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN
Untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan, kerajaan perlu menaiktarafkan kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia. Hal ini kerana, kemudahan dan prasarana sukan
seperti padang, peralatan bersukan dan sebagainya perlu berada di dalam keadaan yang baik dan teratur bagi membolehkan murid menggunakan peralatan dan padang
tersebut untuk melakukan aktiviti sukan. Pada masa kini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai padang yang baik dan ada sesetengah sekolah mempunyai padang yang
kecil khususnya di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah sebegini terpaksa bergantung dengan padang atau stadium yang terletak di luar kawasan
sekolah bagi menjayakan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan dan sebagainya. Selain itu juga, sekolah turut menghadapi masalah dengan peralatan
permainan yang tidak bersesuaian dan ada juga yang tidak berada di dalam keadaan yang sempurna. Keadaan ini akan menjejaskan kegiatan sukan di kalangan murid
24
disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti sukan tersebut. Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan
daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan peralatan untuk bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan boleh membantu
menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan memberikan tambahan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina padang
permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyai padang permainan ataupun memiliki saiz padang yang kecil dan juga menyediakan jumlah peralatan permainan
yang mencukupi kepada murid sekolah agar pelaksanaan 1 Murid 1 Sukan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
4.0 KELEBIHAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN 1 M 1 S
Melalui polisi pendidikan 1 Murid 1 Sukan ini terdapat pelbagai kelebihan dapat diperolehi di antaranya pengisian masa lapang oleh murid dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini
demikian kerana murid-murid yang melibatkan diri dalam aktiviti sukan dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah dan terlibat dalam gejala negatif.
Sebagai contohnya, murid-murid dapat menyertai aktiviti sukan atau pemainan seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, bola tampar, bola keranjang, dan sebagainya. Aktiviti yang
dilakukan itu memang memberikan manfaat yang banyak kepada mereka. Jadi, dengan mengikuti program ini, murid-murid dapat menggunakan masa dengan berkesan dan dapat
mengelakkan diri daripada aktiviti yang kurang sihat seperti merempit, melepak di pusat- pusat hiburan dan sebagainya.
Selain itu, program ini dapat mewujudkan budaya yang mementingkan kesihatan dalam kalangan murid sekolah. Perkara ini penting kerana murid yang aktif dalam
aktiviti sukan akan menyebabkan badan mereka sihat dan cergas. Apabila badan mereka sihat, otak mereka akan cerdas dan murid-murid akan mudah untuk menerima pelajaran dan
seterusnya mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Dengan perkataan lain, murid- murid yang sihat dan cerdas ini akan dapat menjawab soalan dalam pelajaran dengan
cemerlang. Hal ini membuktikan bahawa melalui program ini, murid akan sihat dan cergas serta mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Selain itu, budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah dapat dipupuk agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat
otak cerdas. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan
25