menampung bilangan pelajar . Hal ini secara langsung akan melemahkan semangat para pelajar untuk bermain.
Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar kawasan
sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa kepada para pelajar. Hal ini
kerana keselamatan murid dalam sebarang aktiviti perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak dingini seperti berlaku kecederaan sama ada sebelum, semasa,
atau selepas aktiviti 1M1S dijalankan. Persekitaran kawasan untuk melakukan aktiviti juga perlu dititik- beratkan agar keselamatan murid lebih terjaga. Begitu juga, dengan keadaan
cuaca pihak sekolah perlu peka bagi memastikan aktiviti tidak dijalankan semasa cuaca buruk seperti hujan, petir dan terlalu panas yng boleh menjejaskan kesihatan murid.
3.6 PENDEKATAN 1 MURID 1 SUKAN 1M1S
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada.
Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan seperti berikut iaitu segala aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam
latihan sukan dan permainan yang di bawah pengurusan sekolah. Oleh itu, sukan yang ditawarkan dibawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan
fizikal. Seterusnya adalah, aktiviti sukan di sekolah yang diadakan sepanjang tahun ialah
berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah selalunya akan didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras
sukan di sekolah. Pendekatan seterusnya pula adalah, mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah
dan MSSD MSSN MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti dalam 1M1S. Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah
seperti olahraga, merentas desa, marathon, bola sepak, hoki, bola jaring, bola keranjang, ragbi, squash, sepak takraw, badminton, bola tampar, tenis, pingpong, kriket, softball,
baseball, golf, boling padang, tenping bowling, pentaque, memanah, menembak, renang, polo air, diving, jimnastik artistic, jimrama dan sebagainya. Setiap permainan ini adalah
bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah tersebut untuk mewujudkannya.
17
3.7 STRATEGI PELAKSANAAN 1 MURID 1 SUKAN 1M1S
Di bawah Dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah pihak sekolah boleh mengunakan beberapa strategi berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang telah sedia ada di
sekolah.Antara saranan strategi tersebut ialah yang pertama setiap sekolah harus melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan tertentu. Kedua,
sekolah juga harus melaksanakan tinjaun untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam sukan yang dikendalikan tersebut.
Selain itu,semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam atau luar sekolah dibawah Kelab Sukan dan Permainan haruslah dikenalpasti terlebih dahulu.
Tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid harus dititikberatkan begitu juga dengan takwim tahunan program sukan sekolah.
Guru-guru juga harus merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah yang boleh di muat turun melalui laman
web KPM. Disamping itu juga, penyediaan prasaran, kemudahan asas dan peralatan untuk
menjalankan aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah haruslah sesuai dan selamat. Penglibatan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam
melaksanakan program sukan sekolah haruslah di amik kira dan di pandang positif oleh pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru juga harus diberikan supaya
dapat meningkatkan prestasi murid dan guru serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat. Strategi Pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan terdapat lima kategori sekolah telah dikenal
pasti iaitu: 1.
Sekolah Satu Sesi 2.
Sekolah Dua Sesi 3.
Sekolah Kurang Kemudahan Asas Sukan 4.
Sekolah Ramai Murid 5.
Sekolah Kurang Murid Berdasarkan kelima-lima kategori ini, beberapa kaedah telah dicadangkan untuk
dilaksanakan rujuk Jadual 6.Sekolah-sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan
18
atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekiranya difikirkan sesuai.
3.8 FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN 1 MURID 1 SUKAN 1M 1S