1.2.1 Perspektif sosiologi dalam teori fungsionalisme
Pandangan fungsionalis diperkenalkan oleh Durkheim, untuk membolehkan kita melihat apa yang ada pada masyarakat beserta masalah sosialnya. Perkataan fungsionalisme berasal
daripada perkataan inggeris iaitu Funcition yang bermakna fungsi. Maka perspektif fungsionalisme berhubung dengan fungsi. Perubahan sosial secara cepat seperti industrialisasi
atau revolusi politik dapat mengubah nilai dan norma yang ada serta juga struktur sosial pada masyarakat, pada masa itu terjadinya ketidakadaan norma atau apa yang disebut dengan
anomie sebagai dari hasil perubahan sosial secara masif tersebut. Dari hal tersebut adanya masalah sosial yang muncul diantara masyarakat, namun masalah sosial tersebut tidak dapat
diselesaikan dengan hanya mengubah perilaku dari individu tersebut tetapi juga harus mengubah semua struktur dan juga nilai norma yang ada pada masyarakat.
Selain itu dapat dilihat teori Fungsionalisme dalam konsep sosiologi melihat struktur pada pandangan makro, yang lebih fokus bagaimana masyarakat terbentuk dan juga
menjaga tindakan sosial yang ada. Masalah sosial tidak dilihat apakah baik atau buruk, tetapi lebih kepada bagaimana masalah tersebut dapat mempengaruhi masyarkat dan juga
fungsinya. Mengikut perspektif teori fungsionalisme masyarakat akan sentiasa bergerak kearah ekuilibrium atau keseimbangan.
Menurut Robert K. Merton melihat dan menilai masalah sosial tersebut melalui fungsi nyata dan tidak nyata Sharifah Alwiyah Alsagoff 1992 dimana fungsi nyata
ialah fungsi jelas dan sememangnya dirancang manakala fungsi tidak nyata adalah tidak mudah dikenal atau tidak dirancangkan. Contohnya fungsi nyata sekolah ialah mengajar
kebolehan menulis,membaca dan mengira dan kemahiran lain yang diperlukan dalam masyarakat. Namun begitu sekolah mempunyai fungsi tidak nyata contohnya ialah ketika
murid berada disekolah tidak digunakan dengan sempurna seperti mereka tidak berkeliaran diluar kelas. Seorang ahli sosiologi yang menggunakan atau berpandukan perspektif
fungsionalisme perlu memikirkan akibat-akibat sesuatu yang dikaji samada memberi kesan positif atau negatif terhadap pekara yang dikaji.
1.2.2 Perspektif sosiologi dalam teori konflik
6
Teori konflik bererti perselisihan faham atau pendapat dan salah faham tidak bermuafakat tidak sepakat, tidak setuju dalam mencapai sesuatu tujuan tertentu, menyimpang dari
motivasi tertentu atau keberatan melakukan sesuatu. Konflik berlaku dalam semua aspek hubungan sosial. Ia berbentuk secara hubungan antara individu dengan individu , hubungan
individu dengan kelompok, atau dengan kelompok dengan kelompok. Oleh itu, konflik sering berlaku dalam berbagai-bagai bidang seperti dalam ekonomi, politik, agama, sosial,
psikologi, budaya dan lain-lain. Teori konflik bermula daripada pandangan asal Karl Marx dan diikuti oleh Weber.Melalui teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial
Pada kebiasaannya sekiranya berlaku sesuatu konflik akan menyebabakan berlaku perdebatan . konflik yang berlaku tidak dapat dielak untuk berlaku perubahan . Menurut Amir Hasan
Dawi, 2009 dalam sesuatu konflik akan terdapat satu pihak yang kalah dan satu pihak yang menang.
Seperti halnya dengan perspektif fungsionalisme pandangan konflik juga melihat masyarakat secara makro. Andaian perspektif konflik adalah berlainan dengan perspektif
fungsionalisme. Hal ini kerana perspektif teori konflik melihat masyarakat sentiasa berubah dan konflik sentiasa ada. Konflik yang berlaku disini bukan lah satu keganasan tetapi konflik
ini merujuk kepada permusuhan, persaingan dan tidak bersetuju kepada sesuatu matlamat. Konflik disini tidak berlaku kadangkala sahaja malahan merupakan satu proses terus menerus
dan merupakan hakikat kehidupan sesebuah masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Pekara yang boleh dilihat pada masyarakat seperti kuasa, kemewahan pangkat dan sebagainya.
Namun begitu, perspektif konflik bukan menyatakan konflik sosial ini merosakkan masyarakat,sebaliknya konflik membawa perubahan yang positif. Contohnya, melalui konflik
dapat menyatukan kumpulan-kumpulan dalam mencapai kepentingan bersama dan konflik antara kumpulan yang bersaingan tentang sesuatu masalah sosial yang dihadapi akan
menyebabkan berlakunya perubahan yang memberi manfaat. Perubahan ini tidak akan berlaku sekiranya tidak ada konflik.
1.2.3 PERSPEKTIF TEORI INTERAKSIONALISME