KELEMAHAN POLISI 1 MURID 1SUKAN 1M 1S

lebih cenderung menjadi “ulat buku” kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain itu mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan gelanggang untuk bersukan. Hal ini secara tidak lansung dapat mengatasi masalah interaksi antara rakan dan guru .

5.0 KELEMAHAN POLISI 1 MURID 1SUKAN 1M 1S

Dasar satu murid satu sukan yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan banyak maklumbalas yang positif mahupun negatif . Masyarakat Malaysia berpendapat penglibatan murid secara aktif terutamanya dalam bidang sukan ini akan memberi kesan yang negatif ke atas prestasi akademik mereka. Hal ini kerana, segelintir masyarakat berpendapat bahawa pelajar yang aktif bersukan tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Prestasi akademik yang merosot sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan dalam bidang pelajaran berbanding dengan murid lain kerana murid tersebut sering menghabiskan masa untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi. Rugutan dan pandangan sebegini seringkali kedengaran terutamanya dari pihak ibu bapa ataupun masyarakat sekeliling. Selain itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan walaupun tahap kecerdasan adalah sama. Mengikut beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah menengah menghargai aktiviti kokurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Ini menunjukkan dasar satu murid satu sukan akan lebih berjaya jika dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah menengah. Kajian juga menunjukkan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan mendatangkan implikasi yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran. Program satu murid satu sukan juga mempunyai kelemahan kerana ia tidak relevan kepada guru. Ia adalah dasar khusus untuk murid sekolah. Dasar 1M1S merupakan satu usaha 28 menggerakkan generasi muda negara supaya dapat bergerak aktif secara fizikal sambil memperoleh ilmu pengetahuan tentang sukan yang diceburi. Walau bagaimanapun, kejayaan perlaksanaan dasar 1M1S, memerlukan komitmen guru walaupun ia tidak relevan kepada individu guru itu. Buat sementara waktu, guru bukan berlatar belakangkan sukan bukan guru opsyen PJK atau Sains Sukan terpaksa diarahkan untuk melaksanakan dasar ini berlandaskan garis panduan yang ditentukan, bukannya berasaskan kemampuan sedia ada guru.Guru PJK dan guru Sains Sukan tidaklah seramai mana di sekolah-sekolah harian. Hal ini menyebabkan guru tersebut akan timbul rasa konflik dalam diri kerana meneroka sesuatu yang baru untuk menyampaikan maklumat kepada murid kerana guru juga tidak mahir dalam bidang tersebut. Disamping itu, dilihat dari satu faktor bagi murid beragama islam terpaksa meninggalkan sesi persekolahan sekolah agama sebelah petang bagi mengikuti program satu murid satu sukan di sekolah. Kehadiran untuk 1murid 1sukan menyebabkan murid gagal untuk menghadiri kelas tambahan berbayar. Ibu bapa juga kurang faham mengenai konsep 1murid 1sukan dan kurang memberi kerjasama dalam memastikan kehadiran murid untuk aktiviti sukan. Ibu bapa yang tidak menyokong kerana kos yang perlu dikeluarkan akibat tempoh panjang bagi sesi latihan rumah sukan. Hal ini menyebabkan perlaksanaan program 1 Murid 1 Sukan kurang mendapat sambutan apabila dilakukan pada sebelah petang. Justeru, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan guru sekolah itu sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini tidak penting dan banyak membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat untuk melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik menjamin masa depan yang cerah. Dasar ini memberikan impak yang boleh mengganggu keseluruhan jadual dan perancangan pihak sekolah dan menjejaskan banyak perkara lain. Jika dahulu perancangan sukan dan aktiviti kokurikulum akan berlangsung dari awal tahun dan akan berakhir sekitar bulan April tetapi kini jadual sukan atau merentas desa adalah dari awal tahun hingga bulan Jun atau Julai. Kesannya banyak perancangan lain tidak dapat disusun dengan teratur dan semakin menimbulkan kebosanan kerana jadual padat dan panjang bagi menghadapi acara 29 berkenaan. Murid dan guru terpaksa pulang lewat ke rumah untuk perlaksanaan dasar ini. Hal ini secara tidak lansgung akan menimbulkan rasa kebosanan kepada diri murid dan tidak berminat serta ponteng ketika program 1 Murid 1 Sukan dijalankan.

6.0 CADANGAN DASAR POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN