Penilaian untuk guru khususnya guru sukan juga dijalankan yang mana setiap guru yang terlibat dalam menguruskan sesuatu aktiviti sukan sama ada di peringkat
sekolah, daerah, negeri mahupun ke peringkat kebangsaan akan diberikan insentif atau anugerah sebagai penghargaan atas usaha dan khidmat mereka. Dengan cara ini,
guru akan rasa lebih dihargai dan bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.
3.8.4
JARINGAN KERJASAMA
Antara faktor lain yang menjadi faktor kepada kejayaan 1 murid 1 sukan ini ialah dengan adanya jaringan kerjasama daripada pelbagai kementerian seperti
Kementerian Belia dan Sukan Majlis Sukan Negara, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan.
Dengan adanya jaringan kerjasama ini, segala kemudahan dan peruntukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti sukan akan mudah dilaksanakan.
Misalnya, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung pada 2 julai 2011 di seluruh negara yang berjaya mencipta rekod Malaysia Book of
Records MBOR sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126 pelajar daripada 9,980 buah sekolah adalah hasil daripada jaringan kerjasama Kementerian Belia dan
Sukan Majlis Sukan Negara serta beberapa lagi kementerian lain.
3.8.5 PERUBAHAN MINDA
Dalam melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran tetapi juga di dalam kegiatan kokurikulum, perubahan minda bukan sahaja di kalangan murid
malah ibu bapa dan guru juga perlu dilakukan dimana guru dan ibu bapa khususnya perlu menyedari bahawa kegiatan kokurikulum sangat penting di dalam mencergaskan
minda pelajar selain melahirkan murid yang sihat dan bertenaga untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, badan yang sihat akan
membolehkan murid menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka di dalam kelas. Justeru itu, guru dan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aspek kokurikulum
dan bukannya kurikulum semata-mata.
23
Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak sekolah mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal mengenai Dasar 1
Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak sekolah perlu menjelaskan mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepada murid, guru dan juga ibu bapa bagi
mengelakkan salah faham timbul di kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga perlu memberi penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar
tersebut. Ini akan membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang dijalankan ini dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini.
Taklimat ini boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah pada setiap tahun sebagai contoh.
Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan di sekolah
boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana, dengan adanya organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan dapat di susun dengan
terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu juga, penghebahan atau pemberitahuan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah perlu
disebarkan kepada semua guru di sekolah dan ibu bapa bagi memberikan kebenaran untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah dan
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
3.8.6 KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN