OBJEKTIF 1 MURID 1SUKAN 1M1S PRINSIP-PRINSIP 1 MURID 1 SUKAN 1M1S

1M1S dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Melalui konsep 1M1S juga dapat memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah. Di samping itu, konsep 1M1S dapat memberikan akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari bersukan dan boleh menggunakan konsep ini sebagai salah satu cara menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan. Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan.

3.4 OBJEKTIF 1 MURID 1SUKAN 1M1S

Berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;-

1. Meningkatkan kecergasan jasmani 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

3. memupuk perpaduan di antara kaum 4. membentuk budaya sukan di kalangan murid

5. memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal 6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal

7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

3.5 PRINSIP-PRINSIP 1 MURID 1 SUKAN 1M1S

Dalam melaksanakan dasar 1M1S ini beberapa prinsip haruslah diambil kira atau pertimbangan oleh pihak kementerian pelajaran dan juga sekolah. Antara prinsip-prinsip 1M1S ialah setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan perlu dan diwajibkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Hal ini kerana, dasar 1M1S ini telah diwajibkan oleh pihak kementerian pelajaran kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan. Manakala, di peringkat sekolah menengah pihak kementerian telah mewajibkan dasar ini kepada pelajar Tingkatan 1 15 hingga Tingkatan 6. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah SPI Bil. 162010 bertarikh 1122010. . Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Selain itu, prinsip yang seterusnya adalah, murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan daripada pihak sekolah terlebih dahulu. Prinsip yang ketiga dan perlu dipertimbangkan ialah, asas kepada 1M1S adalah merupakan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Manakala, segala sumber untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S ini. Prinsip seterusnya adalah, mengutamakan penglibatan dan penyertaan yang aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya dapat membangkitkan semangat kesukanan antara pelajar. Disamping itu, prinsip ini juga menyatakan bahawa keterlibatan penyertaan para pelajar dalam sukan adalah merupakan asas kepada perkembangan intelek, rohani, jasmani dan emosi murid. Hal ini, akan membantu para pelajar dalam menumpukan perhatian terhadap pembelajaran didalam kelas dan juga membantu pelajar menjadi lebih aktif dalam pergaulan serta menyihatkan tubuh badan dan kecerdasan minda para pelajar. Selain itu, ibu bapa dan agensi luar dan rakan sebaya juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar ini iaitu mereka digalakkan untuk menyumbangkan kepada pembangunan sukan di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Prinsip seterusnya, setiap sekolah yang sudah mempunyai prasarana yang mencukupi, kemudahan dan peralatan sukan perlu mengoptimumkan sebaik mungkin penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid dalam kegiatan sukan. Hal ini kerana, apabila peralatan sukan yang tidak mencukupi akan membuatkan para pelajar untuk tidak berminat dalam menglibatkan diri dalam sukan permainan. Sebagai contoh, ada sesetengah sekolah tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti dalam permainan Badminton. Terdapat sesetengah sekolah tidak mempunyai bilangan Raket yang mencukupi bagi 16 menampung bilangan pelajar . Hal ini secara langsung akan melemahkan semangat para pelajar untuk bermain. Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar kawasan sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan jiwa kepada para pelajar. Hal ini kerana keselamatan murid dalam sebarang aktiviti perlu diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan tidak dingini seperti berlaku kecederaan sama ada sebelum, semasa, atau selepas aktiviti 1M1S dijalankan. Persekitaran kawasan untuk melakukan aktiviti juga perlu dititik- beratkan agar keselamatan murid lebih terjaga. Begitu juga, dengan keadaan cuaca pihak sekolah perlu peka bagi memastikan aktiviti tidak dijalankan semasa cuaca buruk seperti hujan, petir dan terlalu panas yng boleh menjejaskan kesihatan murid.

3.6 PENDEKATAN 1 MURID 1 SUKAN 1M1S