INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU. a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan
keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru sukan supaya dapat membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Bagi melaksanakan
dasar ini secapat mungkin,guru-guru sukan
boleh mendapatkan semua modul-modul yang dikeluarkan oleh kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.8.2
TENAGA PENGAJAR a
Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM Sukan
Dalam menjayakan dasar ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya di mana
pihak kementerian telah melantik 6 Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM Sukan di seluruh Malaysia bagi melatih guru pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah KPLI atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP. Dengan latihan secukupnya diberikan kepada guru pelatih ketika di institut berkenaan
membolehkan tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan lebih mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal.
b Latihan Dalam Perkhidmatan
Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan tenaga pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih guru-guru sebagai
jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan KDP. Kursus ini diadakan ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah. Ia bertujuan
memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang sedia ada di sekolah. Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengn Kementerian Pelajaran
Tinggi juga dilaksanakan bagi melatih guru-guru yang sedang berkhidmat bagi mendapat latihan sukan di institut pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan
kemahiran guru-guru tersebut akan bertamabah denagn lebih lagi. Seterusnya, kementerian juga bercadang supaya jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu
kerjaya baru di sekolah. Ini merupakan satu langkah kementerian supaya dengan wujudnya jawatan jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang
ada dari segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak dilaksanakan.