SUMBER a Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

3.8.1 SUMBER a Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan

Bagi melaksanakana dasar ini pihak KementerianPelajaran Malaysia telah mengeluarkan sebuah buku panduan kepada guru-guru di sekolah bagi melakasanakan dasar tersebut. Buku panduan ini bukan sahaja sebagai panduan atau rujukan guru-guru di sekolah malah ia juga menjadi rujukan ibu bapa dan murid yang mana masih tidak memahami dasar yang telah diketengahkan oleh kerajaan. Oleh itu, buku panduan yang dikeluarkan telah di muat naik upload ke dalam internet supaya semua pihak dapat penjelasan yang teperinci mengenai dasar Pendidikan 1M 1S. Hasil usaha ini mnyebabkan semua peringkat masyarakat boleh memuat turun download seterusnya memhami dasar tersebut. Dengan cara tersebut, semua peringkat akan memahami Dasar 1 Murid 1 Sukan 1M1S membolehkan kejayaan dasar yang diketengahkan boleh dicapai. b Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah Selain buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah unit sukan turut menyediakan buku panduan Olahraga di sekolah dan diedarkan keseluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Tujuan buku panduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan kepada guru-guru dalam melaksanakan kan Dasar 1 Murid 1 Sukan walaupun di sekolah tersebut tidak terdapat kemudahan sukan yang lengkap. Justeru itu, sukan olahraga yang tidak memerlukan peralatan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dengan adanya sukan olahraga membolehkan semua pelajar terlibat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga, buku panduan ini membolehkan para guru menganjurkan kejohanan olahraga mengikut peraturan sebenar atau standart yang telah ditetapkan oleh Persatuan Olahraga Kebangsaan. c Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan Dengan adanya manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan akan membolehkan dasar yang diwujudkan menampakkan kejayaan. Manual latihan sukan ini menyediakan 10 jenis modul iaitu manual latihan Sepak Takraw Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Ping Pong Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Olahraga Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Hoki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Tampar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Sepak Sekolah dan Sekolah Menengah, Bola Keranjang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Jaring Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Baling Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Badminton Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan 1 modul bagi murid 20 keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru sukan supaya dapat membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang mereka ceburi. Bagi melaksanakan dasar ini secapat mungkin,guru-guru sukan boleh mendapatkan semua modul-modul yang dikeluarkan oleh kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.8.2 TENAGA PENGAJAR a Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM Sukan Dalam menjayakan dasar ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh kementerian untuk memastikan 1 Murid 1 Sukan ini dapat dilaksanakan dengan lebih jayanya di mana pihak kementerian telah melantik 6 Institut Pendidikan Guru Malaysia IPGM Sukan di seluruh Malaysia bagi melatih guru pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah KPLI atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP. Dengan latihan secukupnya diberikan kepada guru pelatih ketika di institut berkenaan membolehkan tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan lebih mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal. b Latihan Dalam Perkhidmatan Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan tenaga pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih guru-guru sebagai jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan KDP. Kursus ini diadakan ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti sekolah. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-guru yang sedia ada di sekolah. Usaha sama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dengn Kementerian Pelajaran Tinggi juga dilaksanakan bagi melatih guru-guru yang sedang berkhidmat bagi mendapat latihan sukan di institut pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru tersebut akan bertamabah denagn lebih lagi. Seterusnya, kementerian juga bercadang supaya jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu kerjaya baru di sekolah. Ini merupakan satu langkah kementerian supaya dengan wujudnya jawatan jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang ada dari segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak dilaksanakan.

3.8.3 INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU. a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan