1.1 Perspektif sosiologi
Perspektif sosiologi merupakan disiplin sosiologi yang mempunyai perspektif yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku sosial. Kebanyakan persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli
dalam sosiologi merangkumi teori, analisis, dan mentafsir data secara saintifik. Kebanyakan hasil kajian ahli-ahli sosiologi adalah bersifat objektif. Secara umumnya bidang sosiologi
memberi tumpuan perspektif sosiologi pada tingkahlaku masyarakat. Sosiologi juga merupakan satu disiplin sains kemasyarakatan. Tujuan utama sosiologi alah untuk
menyelidik, mengetahui, dan memahami struktur asas masyarakat, faktor-faktor yang menyatukan dan melemahkan kumpulan, dan keadaan-keadaaan yang akan mengubah
kehidupan masyarakat.Isi kandungan sosiologi adalah luas dan kompleks, berbagai-bagai pengetahuan diperolehi daripada penyelidikan teknologi.
Selain itu, dunia ini tidak terdiri daripada suatu realiti yang dilihat sama oleh semua orang. Hal ini kerana setiap ppandangan atau pendapat seseorang adalah berbeza antara satu
sama lain. Sebagai contoh, sebuah negara yang maju, tetapi bebagai-bagai orang akan melihatnya dan interpretasi yang berlainan tentang negara tersebut. Negara yang
mementingkan kemajuan teknologi akan melihat negara maju ini dari aspek kemajuan teknologi yang canggih, negara yang mementingkan ekonomi akan melihat dari aspek
kekayaan hasil bahan mentah dan peluang keuntungan untuk bekerjasama dengan negara maju ini, ada sesetengah negara lain pula melihat dari kestabilan politik negara maju ini
untuk menjalinkan kerjasama bagi mengukuhkan kedudukan mereka.Setiap orang atau negara akan memberi perspektif yang berbeza bagi negara yang sama.Akibatnya mereka ini akan
melihat pekara-pekara yang berlaina, tentang pekara yang sama. Dengan jalan pemikiran yang sama sosiologi membawa perspektif tersendiri tentang masyarakat dan tingkahlaku
sosial. Perspektif sosiologi mengundang kita melihat persekitaran masyarakat yang biasa
kita lihat dengan kaca mata yang baru. Perspektif merupakan suatu kumpulan andaian
mahupun keyakinan tentang suatu hal , dengan perspektif orang akan memandang sesuatu hal berdasarkan cara - cara tertentu . Perspektif membimbing setiap orang untuk menentukan
bahagian yang relevan dengan fenomena yang terpilih dari konsep - konsep tertentu untuk dipandang secara rasional . Secara ringkas dapat disimpulkan bahawa perspektif adalah
rangka kerja konseptual , sekumpulan andaian, nilai , gagasan yang mempengaruhi perspektif manusia sehingga menghasilkan tindakan dalam suatu konteks situasi tertentu.
2
Selain itu, sosiologi akan menunjuk kita dunia-dunia orang kaya yang berkuasa, dunia orang miskin yang lemah dan sebagainya. Oleh kerana orang-orang dalam contoh ini
mempunyai pengalaman yang berlainan , maka mereka ini mempunyai realiti sosial yang berlainan. Maka dengan ini sosiologi mengizinkan kita mengakui dan menghormati sudut
pandangan yang berlainan jika dibandingkan dengan sudut pandangan kita sendiri. Disipilin sosiologi adalah perspektif yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah laku sosial.
Persoalan yang dikaji oleh ahli-ahli sosiologi ialah berasaskan pada teori, analisis, dan mentafsir data secara saintifik. Laporan daripada ahli-ahli sosiologi adalah tepat dan seboleh-
bolehnya mengelakkan berlakunya berat sebelah. Dengan kata lain, hasil kajian daripada ahli- ahli sosiologi adalah bersifat objektif.
Melalui perspektif sosiologi membuat kita melihat sesuatu peluang atau kekangan dalam hidup kita secara mendalam dan kritikal. Apabila kita melihat sesuatu melalui kanta
sosiologi, kita dapat menyimpulkan bahawa dalam kehidupan kita boleh terlibat dalam menentukan sesuatu tetapi masyarakat berhak membuat penentuan terakhir. Maka lebih
banyak kita memahami tentang kehidupan, semakin selesa dan bijak kita mengendalikan kehidupan. Hal ini kerana, sosiologi membantu kita mencapai matlamat kita dengan lebih
berkesan. Secara umumnya, tumpuan perspektif sosiologi ialah pada tingkahlaku masyarakat, memahami corak interaksi dan proses kelompok. Ia meliputi dua bidang mikrokecil dan
makro besar. Mikro sosiologi adalah bersifat kecil atau individu. Manakala makro sosiologi iaitu masalah yang besar contohnya peperangan, pengangguran, kemiskinan dan lain-lain.
Namun begitu antara mikro dan makro wujud perkaitan antara satu sama lain.Misalnya, masalah individu yang terlibat seperti penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan berlku
kecurian dimana masalah ini akan menimbulkan pemasalahan yang melibatkan orang ramai. Hal ini bukan sahaja memberi kesan yang negatif pada individu berkenaan malah memberi
impak yang buruk kepada masyarakat sekeliling. Oleh sebab bidang sosiologi dianggap besar maka ia secara tidak lansung ada kaitan dengan masalah sains sosial yang lain seperti
ekonomi, sejarah, psikologi dan sebagainya.
3
Sosiologi juga merupakan ilmu pengetahuan tentang pergaulan hidup manusia antara seorang dengan seorang, hubungan perseorangan dengan golongan dan hubungan golongan
dengan golongan. Selain itu, sosiologi berkaitan dengan interaksi sosial,budaya, stratifikasi,birokrasi,populasi,peranan jantina, umur,ekologi, politik dan kuasa nilai norma
dan jenayah Asas Sains Sosial dari perspektif sosiologi,1996. Sosiologi juga merupakan mengkaji tentang masyarakat manusia dan tingkahlaku sosial, serta memberi tumpuan kepada
kumpulan-kumpulan,institusi dan badan sosial. Antara tokoh-tokoh sosiologi yang terkenal ialah Herbert Spencer 1920-1903
konsep ‘Survival of fittest’ mempercayai masyarakat berkisar mengikut Principal of Natural laws, Emile Durkheim 1858-1917 teori yang menekankan kestabilan sosial, Auguste Comte
1798- 1857 merupakan bapa sosiologi dan membahagikan teori kepada beberapa peringkat iaitu peringkat keagamaan atau teologi,peringkat metafizik dan abstrak dan juga peringkat
saintifik atau positif , Ibdu Khaldun 1932-1406 yang meliputi perbandingan masyarakat desa dan kampung, Karl Marx 1818-1883 ‘ Economic Determinism teori yang menekankan
konflik sosial dan perubahan konflik Max Weber 1864-1920 yang memperkenalkan konsep birokrasi.
Konsep asas sosiologi terdiri daripada bangsa, Etnik, Kerakyatan dan kewarganegaraan dan masyarakat. Manakala konsep umum sosiologi terdiri dari budaya,
Sosialisasi, Enkulturasi. Bangsa memberi takrifan perkongsian ideadari segi aspek genetik, kaum, keturunan klasifikasi biologi, menggambarkan satu populasi atau kumpulan individu
yang boleh dibezakan dengan kumpulan lain melalui sifat tertentu dan kepercayaan atau persepsi mengenai asal usul keturunan. Sifat yang sering digunakan untuk klasifikasi bangsa
adalah seperti warna kulit dan rambut , Bentuk muka, badan , Tekstur kulit dan rambut. Melalui Etnik pula merujuk kepada kumpulan individu dari keturunan yang sama dan
mewarisi ciri-ciri tertentu. Etnik bermaksud perbezaan budaya yang diwarisi oleh setiap kumpulan manusia. Kebudayaan ini kepada pertuturan,agama, makanan kebiasaan dan negara
asal. Dalam sesebuah negara yang mempunyai banyak etnik, misalnya Melayu, Cina dan India dan lain-lain lagi. Walaupun manusia mempunyai warna kulit yang hampir sama
mungkin mempunyai cara kebudayaan yang berbeza-beza, iaitu hasil daripada yang dipelajari atau persekitaran. Oleh hal demikian ia tidak dikaitkan dengan baka. Contohnya
orang Banjau mempunyai cara gaya hidup yang berbeza dngan orang melayu Brunei, orang Cina Islam di negeri China berbeza kebudayaan dengan orang Cina di Malaysia. Sebagai
4
contoh orang Cina di Malaysia suka makan nasi tetapi orang Cina dinegeri Cina suka makan mee.
Selain itu, konsep asas sosiologi kerakyatan berkaitan dengan hubungan antara seorang individu dengan individu yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan negara, budaya
,kesetiaan merangkumi aspek perundangan terhadap individu yang mempunyai taraf kewarganegaraan dan membolehkan individu tersebut mendapat perlindungan dari negara
tersebut di bawah rang undang-undang antarabangsa, sesebuah negara mempunyai hak untuk menentukan dan memberi status kerakyatan kepada individu yang berada di negara tersebut
Hak dan kuasa negara memberi kerakyatan diperketatkan dengan adanya konvensi tiada kerakyatan khusus statelessness dan juga pelbagai perundangan seperti konvensi kesatuan
Eropah bagi aspek kerakyatan. Disamping itu, konsep sosiologi menerangkan kerakyatan diperolehi atau ditetapkan
oleh tempat di mana seseorang individu itu dilahirkan menggunakan prinsip jus soli atau berdasarkan keturunan . Kerakyatan boleh diperolehi pada masa lain berdasarkan faktor lain
seperti perkahwinan, Pertukaran status kerakyatan melalui proses naturalisasi. Kewarganegaraan di barat seperti di UK bermaksud kerakyatan warganegara UK berhak
mengundi atau bertanding dalam pilihanraya. Di tempat tertentu, warganegara tidak mempunyai hak untuk mengundi kecuali telah mendapat taraf kerakyatan di US.
Disamping itu konsep asas sosiologi masyarakat ialah kumpulan individu yang berinteraksi dan mengambil bahagian yag sama dalam kebudayaan. Contohnya di negara
Malaysia terdiri daripada berbagai kaum yang mana mebentuk masyarakat yang kecil. Tiap- tiap masyarakat mempunyai ciri-ciri tersendiri hasil dari perkembangan sejarah dan
persekitaran.I a termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan,sistem kawalan sosial, mengekalkan budaya yang diwarisi, sistem nilai yang hampir sama. Struktur
sosial menjadi peraturan semua masyarakat manusia. Struktur sosial menjadi peraturan semua masyarakat manusia. Struktur sosial ialah perhubungan-perhubungan yang
dirancangkan diantara komponen-komponen asas didalam sesuatu sistem sosial. Komponen tersebut ialah status, peranan, kumpulan dan institusi.
1.2 KAITAN TEORI SOSIOLOGI DALAM KONSEP-KONSEP BERKAITAN