MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN 1M1S KONSEP 1 MURID 1 SUKAN 1M1S

murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing- masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia KPM melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

3.2 MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN 1M1S

Dalam jangka masa yang panjang, dasar ini berhasrat untuk melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun. Pelaksanaan dasar ini akan membantu bagi mengatasi masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid. Selain itu matlamat 1M1S ialah membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dalam kalangan murid melalui kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.3 KONSEP 1 MURID 1 SUKAN 1M1S

Konsep 1M1S dapat meningkatkan pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Konsep ini lebih diberi tumpuan kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Pada masa yang sama sacara tidak lansung konsep ini dapat mencungkil bakat-bakat murid yang berpotensi. Selain itu, konsep 14 1M1S dapat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Melalui konsep 1M1S juga dapat memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan murid sekolah dan warga sekolah. Di samping itu, konsep 1M1S dapat memberikan akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari bersukan dan boleh menggunakan konsep ini sebagai salah satu cara menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum kebangsaan. Hal ini bertujuan untuk melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan. Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan.

3.4 OBJEKTIF 1 MURID 1SUKAN 1M1S