1 MURID 1 SUKAN 1M1S DAN KAITAN DENGAN TEORI EVOLUSI

Yen Yen 1991 yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Oleh hal demikian, dapat diaplikasikan dalam teori konflik dimana konflik yang wujud dalam dasar 1 Murid 1 Sukan ini tidak dapat dihindarkan untuk berubah dimana guru, ibu bapa perlu menerima dasar 1 Murid 1Sukan ini walaupun berlaku perdebatan atau perselisihan pendapat. Namun begitu, konflik disini bukan merosakkan masyarakat malah menyatukan masyarakat contohnya, akan wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa bagi menjayakan perlaksanaan ini.

2.1.3 1 MURID 1 SUKAN 1M1S DAN KAITAN DENGAN TEORI EVOLUSI

Teori evolusi atau teori ubah ansur, memegang pada andaian bahawa perubahan boleh dijangkakan dalam bentuk linear yang kumulatif daripada satu tahap ke tahap yang lain dari tahap mudah kepada tahap yang kompleks. Menurut Rozalli, 2005. Perubahan secara evolusi berlaku secara beransur-ansur, tidak menyeluruh, bersifat menambah atau mengubah sedikit sistem dan hanya aspek-aspek tertentu dalam masyarakat yang berubah. Idea evolusi juga mempunyai unsur- unsur seperti kemajuan, pembangunan, pencapaian dan setiap peringkat melambangkan tingkat yang lebih tinggi daripada tingkat terdahulu dalam kehidupan manusia. Keadaan evolusi ini akan berterusan sehinggalah masyarakat dikatakan mencapai kehidupan yang sangat hampir kepada kesempurnaan atau keunggulan. Dalam perlaksanaan polisi atau dasar 1 Murid 1 Sukan teori evolusi dapat dikaitkan dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini. Dimana dasar ini telah diperkenalkan disemua sekolah agar semua masyarakat dapat menerima perubahan yang dilakukan secara beransur-ansur. Pihak kementerian tidak membuat perubahan ni secara revolusi kerana mereka telah menggunakan beberapa pendekatan strategi agar perlaksanaan ini dapat dilakukan dengan lebih efektif. Menurut Spencer orang yang kuat akan memenangi perjuangan hidup dan menjadi bertambah maju. Manakala golongan yang tidak dapat menyesuaikan diri akan terus lemah. Amir Hasan Dawi, 2009. Melalui dasar ini pelajar, ibu bapa yang dapat menerima perubahan ini akan memberi pelbgai kebaikan kepada mereka contohnya secara tidak langsung dapat menambah pelbagai 11 kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam diri dan dapat membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Begitu juga, dapat dilihat melalui dasar 1M 1S mempunyai kaitan dengan teori evolusi di mana murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai kesihatan yang baik perlu mengikut dasar 1M1S diberi peluang untuk menjalankan aktiviti sukan. Berbeza dengan dahulu di mana murid-murid berkeperluan khas tidak diambil berat dengan kekurangan yang terdapat pada diri mereka. 3.0 Analisis Kritikal polisi pendidikan 1 Murid 1 sukan 1M1S 3.1 PENGENALAN POLISI PENDIDIKAN 1 MURID 1 SUKAN Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak- kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai - nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Selain itu, melihat kepada sorotan sejarah pendidikan di negara kita, pastinya kita sedar bahawa pendidikan di negara kita telah melalui pelbagai peringkat. Perkembangan pendidikan di Malaysia jelas menunjukkan perbandingan yang ketara dalam hala tuju dan falasafah pendidikan era sebelum merdeka dan zaman pascamerdeka. Pendidikan di Malaysia telah melalui saat suka dan duka serta sering berlaku perubahan demi perubahan untuk memartabatkan pendidikan. Hal ini dapat dilihat dalam salah satu polisi pendidikan di Malaysia iaitu 1Murid 1 sukan 1M1S. Dasar 1M1S mendokong dasar sukan untuk semua, yang mana dasar itu menitikberatkan penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar itu dibentuk atas rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan. Disamping itu Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang- kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini selaras 12 dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. Dasar ini tidak hanya memandang murid aliran normal sahaja malahan dasar 1M1S memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas untuk melibatkan diri dalam sukan dimana setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan , Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Selain itu, Dasar 1Murid 1Sukan yang telah diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada tahun 2011 telah banyak mendatangkan manfaat kepada murid. Dasar ini memang penting untuk program pembangunan sukan di sekolah-sekolah. Dasar 1Murid 1Sukan menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan sukan sekolah iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dasar ini dikatakan berupaya untuk meningkatkan kadar penglibatan dan penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan atau permainan di sekolah. Oleh itu, pelbagai manfaat dasar tersebut akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam perbincangan seterusnya. Disamping itu, aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh hal yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Matlamat dasar ini memberikan perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah SPTS. Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal 13 murid selaras dengan ungkapan minda yang cerdas terletak pada tubuh yang sihat. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Langkah ini dilihat amat praktikal sekali apabila semua aktiviti sukan diuruskan secara terancang dan profesional oleh pihak sekolah. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan IMIS, sudah pasti setiap pelajar berpeluang mencuba bakat masing- masing. Oleh itu, tiada pihak yang terasa diri terabai dan disisihkan. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia KPM melaksanakan Dasar 1Murid 1Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

3.2 MATLAMAT 1 MURID 1 SUKAN 1M1S