berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada
pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann
David, Datuk Lee Chiong Wee, dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan.Sesungguhnya, usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada
antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini.
2.1.2 1 MURID 1 SUKAN 1M1S DAN KAITAN DENGAN TEORI KONFLIK
Dalam sistem pendidikan teori ini, melihat pendidikan sebagai alat untuk membentuk susun lapis masyarakat mengikut kehendak orang berkuasa atau mempunyai status yang lebih
tinggi. Collins 1971, telah mempertikaikan bahawa fungsi pendidikan dalam pendekatan ini telah memberi keutamaan pengajaran kepada golongan atasan atau tertentu sahaja termasuk
diluar dan didalam bilik darjah. Hal ini dapat dikaitkan dengan dasar 1M 1S dimana semua guru, ibu bapa dan murid perlu menerima polisi pendidikan ini sebagai arahan oleh pihak
yang lebih tinggi iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika mengikut teori ini terdapat tiga pekara penting yang berlaku dalam masyarakat iaitu konflik, perubahan dan paksaan.
Teori konflik dalam dasar 1 Murid 1 Sukan dapat dilihat apabila timbul konflik dalam diri guru apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh
dari sekolah, dan terlalu banyak tanggungjawab. Selain itu, guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya
guru hingga mengakibatkan pelajar kurang berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet 1979 yang telah membuat kajian untuk melihat
pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak
memberangsangkan. Manakala dari pihak pelajar pula halangan dan rintangan dilihat dari perspektif yang
berbeza kerana pada masa ini pelajar terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka
tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim
10
Yen Yen 1991 yang mendapati faktor utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan.
Mereka juga menganggap sukan kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan
pelajar tidak berminat menyertai kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya.
Oleh hal demikian, dapat diaplikasikan dalam teori konflik dimana konflik yang wujud dalam dasar 1 Murid 1 Sukan ini tidak dapat dihindarkan untuk berubah dimana guru, ibu bapa
perlu menerima dasar 1 Murid 1Sukan ini walaupun berlaku perdebatan atau perselisihan pendapat. Namun begitu, konflik disini bukan merosakkan masyarakat malah menyatukan
masyarakat contohnya, akan wujud kerjasama antara pihak sekolah dan ibubapa bagi menjayakan perlaksanaan ini.
2.1.3 1 MURID 1 SUKAN 1M1S DAN KAITAN DENGAN TEORI EVOLUSI